Jumaat, 6 Mac 2015

VIVIX HADIAH UNTUK IBU

Assalamualaikum!
salam ceria semua.
hee...


Hari ni zati nak cakap tentang vivix. Vivix ni banyak kelebihannya. Ni la antaranya :

Sesuaikan untuk dijadikan hadiah mak kita? kenapa zati cakap camtu?
Sebabnya, sebelum zati join shaklee, zati duk cari apa hadiah yang sesuai tuk mak mertua zati sempena ulangtahun kelahirannya. fikir punya fikir. zati pun dapat idea nak bagi supleement.

hah!

supplement apa erk yang sesuai tuk mak - mak ni?

google punya google, mata zati tertumpu kepada gambar vivix. zati pun cari kelebihan vivix ni.o..ruanya memang banyak kelebihan vivix.

eh, harganya berapa? mahal ke x?

oh..mahal jugak harganya..huu.. bagithu suami yg nak beli vivix tuk maknya. tapi harganya mahal la sikit.huu.
Dia pun bagithu x pe..mahal sikit lagipun setahun sekali.

aah..betul tu. lagipun mak kita dah banyak bekorban untuk kita. jadi, apa salahnya kita hadiahkan supplement yang mahal sikit kat mak kan?

ok, doakan zati juga ye dimurahkan rezeki sebab nak hadiahkan ibu zati vivix ni...doakan ye.


nak order vivix ngan zati boleh je..:

0179309841 (whatApp)
0199112147 ( call)



sharing story: aku kawen time study!



assalamualaikum!

Rindu unisza...rindu nak pegang buku lagi..pergi library,jumpa kawan, sembang2, buat assgnmt,mmg rasa rindu.

Masih ingat, hari pertama dftar untuk intake degree,dah tanamkan azam tuk dapat dean list setiap sem.

Hari berlalu hari, mmg dgn buku je. Tak pernah keluar g pasar Malam.malahan x thu jalan untuk ke mydin. Mmg org cakap ulat buku.Mmg kena jd ulat buku sbb aku x pandai macam org lain.ibu mmg dah pesan..

" kakak kena lebih kan usaha.sbb kakak bukannya gifted.kalau org lain baca sekali je buku akk kena baca buku sampai 3 Kali.. usaha inshaallah berjaya."

Dari situlah aku, mmg study hard. Masa tu g library malam2 sorg je.

Alhamdulillah dapat dekan time tu.gembira sgt.Tp jgn cakap aku x berpersatuan pulak. Aku jd ahli pemikir. Dan pernah conduct ceramah Bawah pemikir....jd ajk kecil time ada talk apa ntah. Da lupa.

Semester dua pula,

Aku masih begitu. Alhamdulillah dapat lagi dekan.

Semester ketiga adlh semester yg banyak dugaan. Aku x leh asrama. So aku duk luar. Abah ad sewa ofis dpan UniszA. So, aku tinggal kat sana.mmg cukup lgkap. Cuma aku duk sorg. Dalam bgunn tu hanya aku sorg je. Time Malam mmg takut. N semester tu mmg ada kelas Malam. So, aku lepas maghrib jalan kaki ke Kelas.time tu musim hujan.sblum sampai Kelas, baju aku sudah basah. Kkdg ad kawan yg tumpangkan tuk pulang.

Pagi,aku ke kls jalan kaki.biasa je. sbb xdalah jauh sgt dr bgunan ofis ke Kelas. Tapi kkdg Allah hntrkan manusia2 yg baik hati bagi tumpang kereta.alhmdulillah. hilang lenguh kaki.

Semester tu jugak aku kahwin. Preparation semua ibu abah buat.  Aku kawen seminggu sblum mggu akhir study week.Aku amik cuti hari rabu dan hari kahmis tu baru aku dapat tgk dress pengantin yg ibu tempah. kahwin  hari sabtu. Dan esoknya ahad aku pulang ke kampus. Pukul 4 pagi hari ahad tu jugak aku siapkan assgmt subjek English.

Time tu, aku ingat mmg aku x dpt dekan sem trsbut. Tapi Allah bantu. Alhmdulillah.

Sem 4. Sem yg paling menguji. Time tu aku pregnant.mmg teruk alahan.pernah masuk wad. Kalau time kuliah, jika aku x larat,aku keluar je n baring kat surau. Beg semua aku suh kawan tlg hantar lepas kelas. Sedih sgt . byk jugak kuliah yg aku ponteng. Aku xdpt fokus belajar. Tp mujur suami aku banyak membantu.
Dan akhirnya aku dpt dean list . Alhmdulillah. Mmg time tu aku harapkan keaijaban berlalu.

Mmg amanah aku untuk aku dpt dean list lepas kahwin sbb ibu cakap kakak kena belaja molek.org tgk kita lepas kahwin. Buktikan kahwin awal tu bukan sbb xleh berjaya...

 Awal semester 4, aku bersalin anak pertama. Aku x amik masa yg terlalu lama berpantang. Xsilap, hari 28 aku sudah ke UniszA. Dalam tmpoh berpantang, atuk aku meninggal.Tapi sempat aku menjenguknya. Dia meninggal seminggu selepas aku menjenguknya.

Dalam  tmpoh berpntg jugak aku mtk tlg Dayah (kwn baikku) tlg dftr subjek untukku. Trm kasih Dayah!
afif, anak first
Semester 5 aku sedikit hilg fokus. Ank, aku jaga sndiri. Xatar pengasuh sbb kecik lagi.Time tu suami aku xdpt cuti sambung belaja lagi. So, kami gilir2 jaga. Alhamdulillah Kelas yg dia ajar x sama waktu dgn kuliah aku. Cuma, ada dua Kali je bertembung. So, aku ponteng dua kali.Tapi aku dah bgth lect siap2 yg anak aku Xda yg jaga.

Banyak benda yg aku kena fokus. Tapi, seminggu yg diberikan tuk study week mmg aku pulun. Suamiku tlg ajar.kekadg kitaorg tidur lewat. Sbb dia nak pasti kan aku study. Kalau x faham aku boleh Tanya dia.
Tapi, itulah aku..aku bukan budak yg gifted pandai. Aku kena berusaha.. Tapi,semester tu Allah uji aku xdpt dekan. Sedih Sgt...mmg sedih. 3.47. Itulah pointer di semester tu.

Aku menangis. Tapi suami aku pujuk. Katanya, dah ok result tu sbb aku ada anak n suami. Lainla Kalau single lagi. Fokus cuma satu.

Then,sem 6, aku pregnant lagi. Aku x jangka. Rezeki anak bertambah. Tp aku bersyukur.alhmdulillah, kurang morning sickness.ada muntah2.. Cuma x macam sebelum ni.Semester 6 berlalu seperti sem 5. anak makin membesar. perlukan perhatian. time tu study last minute. result pun menyedihkan. aku hanya dapat 3.49. ya Allah...time tu aku rasa aku xdapat dekan sbb anak. anak punca kegagalanku. astaghfirullah...
sampai begitu sekali aku fikir. tapi time nak tido malam tu, aku tgk anak aku yg dah terlelap. aku perhatikan dia... dia x bersalah! aku yg x pndai manage...aku yg bersalah.

sem 7 aku dah frust...aku rasa aku xnak tanam azam nak dean list. tapi, even gtu..aku tetap struggle...malam sebelum deliver second baby aku masih lg smpat amk test. aku berpantang kejap je.dalam 30 hari lebih aku masuk kelas. alhmdllah dalam pantang suamiku grad phd kat usm.aku join sekali.
stdy week pun bermula,pulun study sambil riba anak.suami duk sebelah tlg ajar. kalau aku tido kul 1 pgi, dia pun tido kul 1 pagi. mmg dia akan bantu.
alhmdulillah, result kuar.dapat dekan. tapi sedih x dapau first class honours.3.60 cgpa keseluruhan sem.
tapi x mengapa. alhmdlillah Allah bg rezeki dapat dl lagi time anak dua.

Kawan, aku cerita kisah aku di sini bukan untuk apa-apa.Tapi untuk mengatakan inilah yang akan dilalui bila amk kputusan nak kawen awal. Inilah yg aku lalui. Dan ini hanyalah separuh dari pengalamanku.

Dekan list x penting sbnrnya. tapi aku nak berdakwah tuk galakkan kahwin awal. Oleh itu aku kena  berjaya lam exam smile emoticon

Doakan aku untuk sambng master dlm masa terdkt. permohonn x leh wat lg sbb surat tamat belaja xdpt lg.

aku,
izzati anas

Selasa, 3 Mac 2015

DRESS MUSLIMAH MURAH

bismillah

penghabisan stok...

rm 45.00 sehelai
free size(xxl)
friendly bf


kaler available;
hitam
pink
hijau turqoise
royal blue
peach
mustard


bermint?
izzati : 0179309841



VIT C SHAKLEE MEMANG BEST!

Assalamualaikum.

     Kali ini zati nak cerita tentang cantik-cantikkan diri. heee. Bila dah kahwin ni makin suka usha page tentang kecantikan diri ini.

    Dah buka page tu dan page ni, maka mata tertumpu pada vit c shaklee. Macam best je. Lagipun zati skang ni takut nak pakai produk luaran( pencuci,pelembap). Takut tak sesuai jadi makin teruk ada la.huhu.

Ni dia SEBAB zati TERTARIK DENGAN VIT C SHAKLEE.





 Banyak lagi kelebihannya.hee. lepas je baca semua ni, maka zati pun bagitahu orang rumah. n orang rumah bagi lampu hijau tanda bagi izin tuk beli. :)

 Best bila makan vit c shaklee. alhamdulillah jerawat jarang naik. lagi 1, gusi da kurang berdarah :)

erm, ramai yang ingat produk Shaklee mahal semuanya. Tapi Tak sebenarnya kalau difikirkan logik.
Sebabnya kalau macam zati , vit c tu ada 180 biji..Jadi untuk habiskannya dalam 3 - 4 bulan. Baru abis sebotol.so, xdelah nak spend tiap bulan tuk beli vit c kan.
Jd, duit tuk beli vit c next month bole guna tuk beli benda lain pulak.hee..
Jimatkan?

nak tahu harganya?

heee

skang zati dah jadi ahli shaklee.. dan sape yang berminat bolehlah pm zati (id : 184683 )
di
FB : Izzati Anas
whatsapp: 0179309841
call : 0199112147
area : terengganu

APAPUN HANYA ALLAH MAHA MENYEMBUHKAN

#shaklee
#vitcshaklee
#terengganu
#testimoni diri sendiri



Isnin, 2 Mac 2015

BERBLOGER LAGI :)


Assalamualaikum.

alhamdulillah atas segalanya.

Hampirsetahun x bukak blog ni.huhu. Sebabnya busy dengan study sebagai pelajar tahun akhir dan keluarga baru.hee.

ringkasnya,

-saya sudah abis belaja bulan jan 2015 lalu
-InshaALLAH akan sambung master dalam masa terdekat di Unisza
-sudah berkahwin bulan Dis 2012
-dikurniakan 2 orang anak

:)

Nantikan pengalaman saya menjadi pelajar at da same time menjadi isteri dan ibu di entri yang lain.






Isnin, 30 Disember 2013

Sudah Kembali :)

Assalamualaikum.

:)

alhamdulillah, berpeluang menjenguk blog ini. sudah hampir satu tahun lebih tidak menulis di helaian ini..huhu.

apapun, nantikan entri-entri yang akan datang inshaAllah. Banyak yang saya ingin kongsikan..

Sekarang dalam fatrah final exam... 

ok.. wish me luck :)

Khamis, 16 Ogos 2012

A dedication to my inspiration


A dedication to my inspiration
-Terima kasih atas segalanya -

Kuyakin dia tidak pernah tahu
Betapa dia punya warna yang
Membuatkan diriku sentiasa bersemangat
Dalam melangkah maju kehadapan

Dia selalu menulis untukku satu perkataan : cayoik3!

Kuyakin dia itu ikhlas orangnya
Memberi nasihat dalam salahku
Ajari ilmu dalam jahilku
Menjadi doktor dalam sakitku

Dia selalu begitu seumpama sang mentari pagi yang sentiasa  menyinar

Iya,
Ingin saja kusuarakan padanya
Biar dia mengerti dan tahu
Bahawa dia punya value dalam hidupku
Bahawa dia punya nilai disisiku

Terima kasih kerana membuatku sentiasa terinspirasi

Ya Allah,
Engkau berikanlah kepadanya
Yang terbaik untuk kebaikan akhiratnya

Ya Allah
Engkau  permudahkanlah segala urusannya
Agar dia merasakan kehadiran pertolongan dari-Mu

Ya Allah
Andai dia semakin jauh dariku
Andai dia tidak lagi seperti dulu
andai tiada lagi kata  ucapan semangat darinya
kumohon biarlah spiritnya mahupun auranya kekal dalam semangatku
walaupun dia tidak lagi menjadi bayangku
amin…

(bermula saat ini, saya ingin menulis ‘karangan roman’ untuk setiap insan yang dekat dengan hati saya inshaAllah.. kerana saya bimbang saya tidak punya ‘masa’ lagi untuk menghargai mereka sekurang-kurangnya dengan menulis perihal kebaikan mereka. ajal maut seseorang itu hanya Allah yang tahu  )



helaian yang dilihat

jalan-jalan dari