Ahad, 11 Oktober 2009

Penyeri Idamanku



Penyeri yang aku rindui


adalah wanita yang mencintai Ilahi
tersulam dalam peribadi
hingga terpesona olehku, seorang lelaki
cinta, takut & harap pada-Nya menguasai diri
saban ketika, waktu & hari
hingga jasadnya ditelan bumi


Penyeri yang aku sayangi


lidahnya basah dengan zikrullah
sudut hatinya mengagungkan Allah
wajahnya memancarkan nur Ilahi
lantaran wudhuk menghiasai diri
hingga mataku tak puas merenungi


Wanita yang aku cintai


terhijab auratnya dari mata ajnabi
maruah dirinya dijaga rapi
mulia & terpelihara di mata sesiapa
bak mutiara putih ditutup baldu
menjadi pujaan kalbuku

Wanita yang aku impikan


menarik tanganku ketika kealpaan
lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan
lalu dibisikkan azimat penuh tulus
"Sayang, kembalilah kita mengingati ar-Rahman"

Wanita yang aku kasihi


cukup dengan apa yang ada
malah bersyukur tiada hentinya
redha pada apa yang tiada
malah memuji Kau yang Maha Kaya
dihiasi dengan sifat sabar pula
kerana dia cintakan hidup sederhana
yang langsung tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sanjungi


menjadi bulan kepada bakal zuriatku
menyimbah mereka dengan cahaya
menerangi kegelapan mereka
agar membesarlah semuanya
dalam acuan cahaya berganda sinarnya
untuk menyambung perjuangan Baginda S.A.W.
membawa cahaya buat umat seluruhnya


Sesungguhnya
penyeri yang aku idamkan itu
tak pernah luput dalam doaku
setiap detik & waktu
dia adalah dirimu
penyeri idamanku..

(semoga puisi ini menjadikan sumber inspirasi kepada mereka yang bergelar wanita untuk menjadi seindah mawar berduri.)

Penyeri Idamanku

-Penyeri Idamanku...-

Diambil dari laman web www.iluvislam.com

Penyeri yang aku rindui


adalah wanita yang mencintai Ilahi
tersulam dalam peribadi
hingga terpesona olehku, seorang lelaki
cinta, takut & harap pada-Nya menguasai diri
saban ketika, waktu & hari
hingga jasadnya ditelan bumi


Penyeri yang aku sayangi


lidahnya basah dengan zikrullah
sudut hatinya mengagungkan Allah
wajahnya memancarkan nur Ilahi
lantaran wudhuk menghiasai diri
hingga mataku tak puas merenungi


Wanita yang aku cintai


terhijab auratnya dari mata ajnabi
maruah dirinya dijaga rapi
mulia & terpelihara di mata sesiapa
bak mutiara putih ditutup baldu
menjadi pujaan kalbuku

Wanita yang aku impikan
menarik tanganku ketika kealpaan
lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan
lalu dibisikkan azimat penuh tulus
"Sayang, kembalilah kita mengingati ar-Rahman"

Wanita yang aku kasihi
cukup dengan apa yang ada
malah bersyukur tiada hentinya
redha pada apa yang tiada
malah memuji Kau yang Maha Kaya
dihiasi dengan sifat sabar pula
kerana dia cintakan hidup sederhana
yang langsung tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sanjungi
menjadi bulan kepada bakal zuriatku
menyimbah mereka dengan cahaya
menerangi kegelapan mereka
agar membesarlah semuanya
dalam acuan cahaya berganda sinarnya
untuk menyambung perjuangan Baginda S.A.W.
membawa cahaya buat umat seluruhnya


Sesungguhnya
penyeri yang aku idamkan itu
tak pernah luput dalam doaku
setiap detik & waktu
dia adalah dirimu
penyeri idamanku..

semoga puisi ini menjadikan sumber inspirasi kepada mereka yang bergelar wanita untuk menjadi seindah mawar berduri.

Ahad, 4 Oktober 2009

12 barisan...

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah: Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.”(Surah an-Naba’, ayat 18).


Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri."
Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.
Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya.”
Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”
Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan keempat, diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.
Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan.
Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.
Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran.
Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat.
Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih.”


diambil daripada laman web www.iluvislam.com

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari