Sabtu, 24 Disember 2011

Nak tak bertiga?

Assalamualaikum

Sengaja menulis ketika masih berada dalam tempoh study week kerana bagi saya menulis merupakan satu wadah yang boleh menghilangkan rasa tension. Tambah-tambah lagi, selain darupada menulis, berzikir kepada Illahi saya sudah tidak punya sesuatu lagi yang interesting untuk menyegarkan fikiran daripada terus diulit kusut.

Saya punya satu cerita…saya juga punya pendapat…cerita ini berlaku beberapa minggu yang sudah.

Ketika saya bersantai di dalam bilik sambil melakar draf jadual harian saya khusus pada waktu study week , roommate saya yang baru sahaja pulang dari kuliah terus bertanya satu soalan kepada saya. Terkaget mendengar pertanyaannya.

“ Ti, nak tak payung emas?”

Hah? Apa?

“nak tak payung emas?”

Saya terdiam seribu bahasa untuk beberapa minit. Bagaimanakah saya ingin menjawab persoalan ini sedangkan saya belum berkahwin. Kerana kata orang, seseorang yang belum berumah tangga, pasti akan menjawab persoalan yang berkaitan rumahtangga menurut hati bukan rasional dan secara realiti..

Akhirnya, bibir yang tadinya terkunci rapat cuba diuka perlahan-lahan.

“actually, dari dulu lagi, masa kat sekolah ustaz dan cikgu sering bertanyakan hal-hal inikepada pelajar termasuklah saya. Waktu tu saya jawab kat ustaz bila dia bagi permasalahan seorang kawannya yang ada kaitan dengan berpoligami. Dan saya jawab kat ustaz tu, kesetiaan suami tidak penting bagi seorang isteri. Tetapi, kejujuran suami itu sangat-sangat penting bagi isteri dan jawaban itu masih saya pegang sehingga kini.”

Jelas saya pada roommate.



Sebenarnya, saya tidak mahu berfikir atau bercakap atau menulis mengenai ini lagi kerana saya belum menempuhinya lagi alam itu. Saya tidak boleh mendabik dada dengan jawaban sebegini apabila ada yang mengatakan kepada saya : baguslah awak! Lagi-lagi, ini hanyalah jawaban dari seorang yang muda dan belum berpengalaman berumah tangga. Mungkin selepas berada dalam situasi yang berlainan, jawaban saya akan berubah.


Cuma, hak itu jangan dinafikan sama sekali andai suami itu punya kelayakan!


Saya jadi pelik akhir-akhir ini kerana apabila saya berpeluang mengunjungi blog-blog ustazah yang terkenal. Mereka menulis mengenai poligami. Ada yang bersetuju dengan berpoligami(kerana beliau juga merupakan isteri kedua kepada seseorang figura agama di Malaysia) dan ada juga ustazah yang tidak bersetuju secara tidak lansung(penulis novel keagamaan). Situasi ini pastinya akan mengelirukan pembaca. Sebaiknya, mereka yang tidak punya pengalaman usah bercakap banyak khususnya tentang ini. lagi-lagi yang membantah secara halus.

ok…that’s all..

Tahniah kepada sepupu saya(Rosmi ,24tahun) yang akan bergelar raja sehari… habis final exam( as a final year student) terus akad nikah yer! Sengaja wish awal…

Isnin, 19 Disember 2011

MUNGKIN YANG TERAKHIR

Assalamualaikum!

Dek hambatan waktu yang sering sahaja mencemburui, saya jadi jarang-jarang menulis di laman maya ini…


Dua minggu lagi, saya akan menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini sebagai pelajar tahun 1(semester 1) Fakulti Kontemporari Islam (FKI). Sungguh mendebarkan, menggusarkan hati dan macam-macam lagi. Tambahan pula, inilah kali pertama menduduki final exam sebagai bukan seorang pelajar undang-undang( yang tak lama dulu panggilan ‘budak law’ begitu sinonim dengan tuan empunya diri ini). erm, bahasa arab pun belum lagi mencapai skala yang harus dicapai bagi setiap pelajar FKI.


Terkejut dan kaget apabila melihat jadual final exam! Sangat padat! Satu hari ada dua exam (pagi petang) untuk tiga hari berturut-turut. Sebelum ini(ketika diploma tak lama dulu) jadual tak pernah sepadat ini. dan buat pertama kalinya juga akan menduduki exam untuk satu subjek secara individu(kuarantin) kerana subjek yang saya ambil clash waktu.


Sekarang ini, saya sedang cuba untuk menenangkan diri setelah melihat jadual final exam. Mencari jalan dan merangka waktu untuk digunakan sebaik mungkin. Dan mungkin juga tempat untuk saya menelaah atau mengulangkaji pelajaran juga bertukar tempat. Bukan lagi di bilik. Tetapi di surau. Ya, surau Farabi! Jika ketika diploma dahulu, surau habibah akan menjadi rumah kedua saya. Namun, pada kali ini, surau farabi akan menerima saya sebagai ‘ahli’.


Semoga, saya dapatkan betulkan niat sebelum revision bagi setiap sebjek. Study/revision bukan semata kerana nak exam.

Usah kerana exam,
Solat berjemaah ditinggalkan.

Usah kerana exam,
Kaki tidak lagi menjejaki surau

Usah kerana exam,
Yang tersenyum jadi masam gelabah

Usah kerana exam,
Diri menjadi nafsi-nafsi

Usah kerana exam,
Kebergantungan pada usaha terlampau

Usah kerana exam,
Allah diketepikan usaha didahulukan

Rabbi yassir wala tu’assir ya karim

Doakan saya;) wish me luck;)



Pesan saya: jangan meniru dalam final exam, kuiz, test atau apa-apa sahaja. Erm, final exam pun ada yang meniru dengan pelbagai taktik.. Walau belum ditangkap namun Allah maha Melihat! Keberkatan itu penting.



Saya anti meniru test, exam, kuiz, assignment!
Blok I
UniSza

Khamis, 15 Disember 2011

Aku percaya Engkau sayang padaku


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

(lirik : Ya Allah ini begitu mendalam maksudnya)

Jumaat, 9 Disember 2011

Palestin, tunggu kami!

Terfikir dan terfikir...

Di sana
Saudara seislam ditindas demi menegakkan Islam
di sini
Kita hanya buat tak endah dengan suruhan agama

Di sana
Sudah ada Marwa Syarbini yang terbunuh demi menjaga kesucian jilbab
Di sini
tuntutan menutup aurat hanya sekadar mainan

Di sana
Air mata mengalir tanpa henti bersedih kerana Umat Islam diperang habis-habisan
Di sini
air mata turun kerana berpisah dengan kekasih hati

cukup!
cukup!
Di sini hanya mementingkan diri sendiri!


ya Allah,
kupohon,
engkau berikanlah kami
kekuatan dan idea yang bernas
segala strategi memungkinkan
kami membantu
saudara seislam kami di sana
Palestin

ya Allah,

sungguh kami takut
apabila kami berhadapan dengan-Mu
mereka menjadi saksi bahawa
kami tidak pernah membantu mereka
dalam berjuang menegakkan syiar-Mu di sana
Palestin
tanah Mulia ISLAM

wordless

Khamis, 1 Disember 2011

bagaimanakah harusku jawab tulus tentang cinta




bagaimanakah harusku jawab tulus tentang cinta
kerana jelasnya tiada siapa yang mampu mengukirnya
kurniaan illahi yang tak mampu ditolak pergi
kusyukuri kurniaan ini
kuhargai kurniaan ini

ketika berlabuh senja
hanya bersimpuh memohon
agar cinta pada-Nya tidak terkemudian
dari cinta makhluk …

"cintailah ayah..bonda..adik beradik...saudara seislam....namun, biarlah cinta kepada Allah itu letaknya yang tertinggi"

“Sudah kubuka Surat CintaMu”

Dugaan pasti melanda pada setiap batang tubuh yang melalui kehidupan. Namun, dugaan untuk setiap manusia itu berbeza walaupun seakan sama ceritanya. Ia berbeza bagi setiap individu yang berbeza. Dan pemikul ujian tersebut sudah tentu berbeza tahap sabarnya.

Dugaan itu kadang-kadang membuatkan seseorang tidak lena tidur. Tidak lalu makan. Setiap minit pasti berfikir bagaimanakah harus untuk menyelesaikannya. Nafas lagi sesak andai tiada teman pun yang membantu. Di saat itu, bibir terkunci rapat. Hanya hati yang bertaut doa meminta belas kasih Tuhan untuk menyegerakan jalan keluarnya.

Di saat mengatur doa, Tuhan sudah pun mengatur jawabannya. Hanya tunggu waktu sahaja, pasti doa itu akan terjawab. Sesungguhnya,Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Daripada Dia datangnya dugaan , sudah tentu hilir pada masalahnya juga terletak pada-Nya.

Sahabat-sahabatku yang dilanda murung jiwa,

Ramai yang tersalah sangka akan dugaan. Mereka atau mungkin kita juga fikir, dugaan hanyalah perkara yang mereka tidak sukai berlaku pada diri mereka. sedangkan dugaan juga boleh berlaku ketika mereka dijemput bahagia. Dugaan seumpama ini sangat menguji jiwa mereka yang sedang leka dibuai bahagia.

Duhai sahabat-sahabatku, dunia bukan untuk ditangisi,

Kuatkanlah hatimu ketika dilanda dugaan dalam dugaan mahupun dugaan di dalam nikmat. Sambutlah ia dengan hamparan senyuman manis. Moga dalam hatimu akan tumbuh mawar sabar sebelum melalui denai redha.

Duhai saudara saudari yang kucintai,

Sesungguhnya, doa itu magis. Berdoalah! ratapilah akan dosa-dosa lalu agar diampunkan Allah. Takut-takut, dugaan yang datang itu adalah kerana dosa-dosa yang kita perbuat tak lama dulu. Mana tahu itu juga surat cinta dari Allah. Warkah yang membawa aksara-aksara pengampunan-Nya lantas mardhatillah pun beradu bila kita bersabar.

Ya Allah, di saat ini
HambaMu rebah di atas sejadah
Berteleku mengangkat kedua tangan merintih
Meminta ampun akan segala dosa-dosa
Yang lalu
agar dosaku yang melimpah
Itu terampun dengan luasnya sifat rahmatMu

Ya Allah,
Gagahilah diriku untuk bertaut pada dahan-Mu
Jangan biarkan dahan itu mereput
Seusai dugaan demi dugaan melanda
Diriku
Pegangilah tanganku dengan erat
Supaya aku tidak jatuh
Di saat aku melewati
Tanah-tanah yang berbukit
Kerana aku tahu di akhir laluan itu
Ada laluan sungai yang hening dan
Suasana pemandangan senja yang mengasyikkan
Amin..



“Cintailah diriku dengan sifat-Mu yang Maha Cinta
Redhailah diriku dengan Sifat-Mu yang Maha Pengampun”
Hamba-Mu;
Izzati Anas a.k.a Tara Tiana
Blok I , UniSZA
26 November 2011; sabtu

Selasa, 22 November 2011

yang belum kita tahu

Assalamualaikum

Helaian maya ini sudah lama tidak dilakar tulisan. Puisi-puisi juga jarang –jarang menutur kata. Tanda pemilik helaian ini sibuk dengan aktiviti pengajian di kampus. Seperti biasa, kehidupan dilalui dengan mendatar dan kadang-kadang ada juga cabaran mengejutkan jiwa ini yang sedang ralit dengan kehidupan sendiri.


Hari ini saya sudah tidak tahu bagaimana untuk menulis lagi

Hari ini juga saya tidak tahu untuk berpuisi seperti hari-hari yang lalu

Hairan saya akan diri saya…

Apakah jiwa ini sudah berubah malah tidak lagi menjadi diri yang lalu?

Saya juga tidak tahu.

Saya juga hairan dengan diri saya..

Entah…

Mungkin dalam proses menjadi seorang yang dewasa

Meneliti harapan lalu dalam hidup satu persatu

Jika tak lama dulu saya ingin berumur 21 tahun

Dan sekarang saya sudah pun berumur 21 tahun

Jika tak lama dulu saya ingin menyambung pengajian dalam bidang syariah

Dan sekarang Allah telah memakbulkannya

Namun,

Impian saya dalam bercita-cita sedikit berubah

Jika tak lama dulu peguam syariah atau pensyarah itu sebagai cita-cita

Dan sekarang saya sedang jatuh cinta dengan institusi perbankan islam

Antara cabang syariah

bila fikir-fikir pula

ketepikan soal cita-cita untuk sementara

teruskan pengajian setinggi yang boleh

baru fikir apa yang patut

tapi tak terkilan

kalau tak berprofesion untuk masa mendatang

moga dapat bergelar ibu yang berintelektual


hidup seharusnya berimpian

tetapi impian seharus ada impian A dan impian B

jika tak menjadi impian A

impian B masih berguna

back up itu harus ada

untuk setiap impian

moga tidak terkilan

jika impian tidak termakbul

mungkin punya hikmah

yang belum kita tahu






Jumaat, 11 November 2011

terima kasih barisan kepimpinan PMKI! syukran!

Assalamualaikum


Peristiwa itu telah berlalu hampir tiga minggu yang sudah. Memorinya pasti terpatri dalam sebuah ingatan yang takkan luput dek usia.

Pada hari tersebut, kami, sebagai warga junior PMKI(Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam) telah diwajibkan hadir dalam sesi taklimat penting bersama wakil barisan PMK di dewan kuliah utama(dku). saya dan rakan-rakan fikir ini hanyalah satu taklimat mengenai sebuah program secara besaran yang akan diadakan tak lama lagi. Namun, rupanya itu andaian semata.

Sesungguhnya, taklimat pada hari tersebut adalah taklimat mengenai aurat, sikap yang sewajarnya harus ada pada muslim dan muslimah. Alhamdulillah! Inilah yang saya mahukan taklama dulu lagi. Hati saya berbisik senyum ketika Mr YDP mengukir kata mengenai aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta sikap yang harus ada pada muslim dan muslimah lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa/I FKI.
Syukran…Mr YDP! Dan syukran juga pada barisan PMKI kerana sudi menjaga kami dan menasihati kami. Kami sangat menghargainya.


Ya, masih segar di ingatan saya ketika belum lagi mendapat gelaran sebagai pelajar fakulti Islam. Terasa diri ini tidak siapa yang peduli. Siapapun tidak kisah sama ada untuk menutup aurat atau menjaga batas pergaulan ketika dalam kampus. Semuanya atas individu kerana kata MEREKA ini hak kebebasan masing-masing! Cuma, bagi yang cukup menjaga, Allah telah berikan kekuatan kepadanya untuk terus tsabat dengan syariat. Namun, bagi mereka yang tidak kuat dek arus yang membawa terlalu kuat berbanding iman senipis kulit bawang pastinya juga hanyut ke muara.(terima kasih ibu dan abah serta adik coz banyak support ketika kakak berada dalam episod itu)


Cukuplah peristiwa demi peristiwa berada di jalan yang sukar menjadikan saya dan juga kawan-kawan yang lain terus cekal dan tabah mengharungi episod duka. Dan ini mungkin disebabkan ramai yang berada bukan dalam pengajian Islam tidak memahami konsep pergaulan dan lain-lain. Dan yang ‘sakitnya’ adalah yang memegang barisan kepimpinannya juga bukan dalam kalangan mereka yang tegas dalam urusan agama. jadi, anak-anak buah pun terus terbuai.


Entahla, mengapa pada hari tersebut saya terasa touching sangat dan sempat memegang mikrofon untuk memberikan penghargaan kepada barisan kepimpinan PMKI dan sedikit perkongsian peribadi ketika saya bergelar mahasiswi undang-undang! Yang pastinya, suara sebak ketika memberikan perkongsian ketika itu bukan dibuat-buat. Namun, pengalaman yang saya lalui pada masa lalu membuatkan saya sebak di dewan tersebut. Kalau diibaratkan perasaan saya ketika itu seperti seorang non muslim baru memeluk Islam. Begitulh perasaannya. Tidak dapat saya gambarkan.


Dan saya tahu ramai lagi kawan-kawan saya ada pengalaman tersendiri yang cukup derita. Cuma kami hanya tahu meminta bantuan Allah agar kuatkan hati kami kerana jalan ini jalan sukar. Dan kami bersyukur ketika kami dijalan sukar ketika itu, Allah menguatkan hati kami agar kami tidak terlalai.


Dan pesan saya, kita sebagai muslim dan muslimah khususnya mahasiswa/I fki , seharusnya bersyukur dianugerahkan sebuah anugerah yang tidak ternilai iaitu belajar agama dengan lebih mendalam. Jangan biarkan ilmu itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. Jaga adab, batas pergaulan dan aurat. Itu yang utama! Syukuri nikmat.





Tiba-tiba teringat pulak pesanan Dr kepada kami ketika di tahun akhir diploma undang-undang agar kami belajar syariah dahulu sebelum belajar civil law… Dr, inshaAllah…saya akan tunaikan nasihat Dr. doakan saya.. saya ingin jadi seperti Dr. yang ada semangat untuk mendidik anak bangsa bukan sahaja dalam civil law tetapi Islamic law itu sendiri. Kalau saya tak jadi lawyer atau lecturer sekalipun, saya harap saya dapat menuntut ilmu sampai bila-bila. Dr , saya masih ingat lagi doa Dr untuk kami ketika kelas terakhir Law of Evidence… dan ketika ini saya masih aminkan doa Dr. harap Dr dan keluarga diberkati Allah di Brunei. Semangat Dr untuk berdakwah melalui perundangan tetap membara di batang tubuh saya…


* saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk merasai pengalaman berada di dua situasi yang berbeza walaupun matlamat untuk menimba ilmu itu sama...ketika itu, baru tahu sekuat manakah iman yang ada...

*foto tersebut adalah foto ramai-ramai bukan perseorangan.

Ahad, 6 November 2011

anda memohon pinjaman PTPTN?

Assalamualaikum!

Sudah lama saya ingin berbicara; menulis mengenai ‘perbelanjaan dalam kalangan pelajar Universiti’ lebih-lebih lagi bagi mereka yang memperolehi pinjaman atau zakat.

Secara realitinya, saya melihat kebanyakan mahasiswa pada hari ini tidak segan-segan berbelanja wang tersebut secara berlebihan mahupun membuat bajet terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Sedangakan wang tersebut diberikan khusus untuk pelajaran. Bukannya untuk bermewah-mewah; menukar handphone setiap kali semester baharu atau membeli pakaian yang mahal-mahal.

Cerita saya:

Sahabat saya : akak makan berapa ringgit sehari?
Saya : below rm 4.00..kalau biasanya rm 3.00..
Sahabat saya : ya Allah, sikitnya..family akakkan boleh tahan jugak …
lagipun akak pun tak buat sebarang pinjaman.

Saya : Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Allah. Akak bersyukur
sangat. Abah ngan ibu akak pun suh makan banyak
banyak..jangan berlapar sangat.Tapi..akak ada reason
tersendiri kenapa akak tak guna duit tu untuk berbelanja
lebih…dah awak belanja berapa?
Sahabat saya : lebih kurang rm 8.00 tapi belom rm 10.00…tu pun hanya untuk
makan je.


REASONS saya :

1) Hati saya akan menjadi tidak enak jika saya berbelanja lebih daripada ‘skala bajet’ saya kerana saya akan berasa bersalah jika saya terlalu berbelanja sedangkan matlamat saya ke sana(unisza) adalah untuk mencari ilmu. Jika pada hari tersebut saya tidak fokus untuk belajar, biasanya saya akan kurangkan lagi untuk aktiviti ‘makan’…bak kata orang, itu sebagai denda!


2) Walaupun Allah telah memberikan saya keluarga yang sederhana…tidaklah terlalu kaya dan tidaklah terlalu miskin, namun…bagi saya itu bukanlah satu reason untuk membenarkan saya menggunakan wang perbelanjaan yang diberi oleh ibu dan abah saya secara berlebihan.berintegeritilah dalam berbelanja! itu prinsip saya;)

3) Selain itu, inshaAllah, wang yang terkumpul bolehlah untuk belanja sahabat-sahabat yang kurang makannya atau yang memerlukan bantuan. (MEMBERI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN AKAN MENJADIKAN SESEORANG ITU DIJAUHKAN SIFAT KEDEKUT)


KAWAN-KAWAN!

Kawan-kawan, kalian gunalah wang yang diberi ibu ayah / PTPTN/ ZAKAT dengan cermatnya. Namun, ini bukanlah kalian harus berlapar sehinggakan menimbulkan ‘gastrik’ atau penyakit-penyakit lain.Cuma, kalian harus ingat, bahawa wang tersebut bukan hanya untuk makan yang enak-enak atau membeli telefon bimbit baru atau pakaian yang mahal-mahal khusus untuk ke ‘annual dinner’. Namun ianya untuk pelajaran anda. Berintegritilah dalam berbelanja!


Pesan saya, sebelum berbelanja, tulislah dahulu bajet untuk perbelanjaan bagi setiap bulan. Dan lebihan tersebut, bersedakahlah kepada sahabat-sahabat yang memerlukan. Mana tahu, ketika kalian sedang kenyang, roommate kalian sedang berlapar! Justeru, belanja dia dengan sebungkus nasi…;)

Ok…;)

Naungan Kasih...





Di Naungan Kasih ini,
semua itu bermula,
bermulanya kenangan terindah,
bersama belaian kasih ibu dan abah ,
bersama adik-adikku putera dan puteri,
semoga kenangan itu tiada akhir,
sehingga dibawa mati,
semoga kita bertemu di sana
berkumpul setia
beramah mesra
di syurga sana
amin

JOM BACA BUKU!

Buku pertama

‘The Ideal Muslimah’ karya Dr Muhammad Ali al- Hashimi (pemberian buah tangan daripada adik saya setelah beliau pulang dari Jordan) telah berada di tangan saya. Sebenarnya buku ini ditulis dalam bahasa Arab. Namun, buku ini telah diterjemah dalam bahasa inggeris. Judul sebenar buku ini dalam bahasa arab adalah ‘Syakhsiah al-mar-ah al muslimah’.


Walaupun buku ini kelihatan saperti sebuah buku yang menceritakan perihal wanita dan adab-adab seorang wanita. Namun, bagi saya buku ini sangat menarik dan agak kontemporari. Contohnya bab-bab yang dikemukakan adalah:


The Muslim woman and her Lord
The Muslim woman and her own self
The Muslim woman and her parents
The Muslim woman and her husband
The Muslim woman and her children
The Muslim woman and her sons and daughter in law
The Muslim woman and her relatives
The Muslim woman and her neighbors
The Muslim woman and her friends and sisters in Islam
The Muslim woman and her community or society

Bab-bab yang diutarakan oleh penulis merangkumi setiap aspek kehidupan seorang wanita muslimah.
Contohnya, apabila bab yang melibatkan the Muslim woman and her own self, penulis memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek menjaga kecantikan dalaman tetapi kecantikan luaran seperti mengawal pemakanan, bersenam dan banyak lagi. Selain itu,dalam bab yang sama juga wanita muslimah dituntut agar menuntut ilmu.

Dan mungkin saya akan mencedok ilmu yang berada dalam buku ini dan nukilkannya dalam laman bloog ini andai ada waktu yang tersadai.


Buku kedua:

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata tulisan Ann Wan Seng sangat menarik perhatian saya. Buku ini mengulas panjang tentang murtad daripada sudut pandangan Islam dan juga daripada perspektif perundangan . Selain itu, kes-kes murtad yang telah berlaku kepada muslim melayu yang telah heboh suatu masa dahulu diceritakan kembali oleh penulis.


Hanya itu sahaja perkongsian dua buah buku daripada saya. Semoga kalian juga membacanya dan mengambil manfaat daripadanya.

nasihat tanda sayang!

Nasihatilah saya
Tak kan dimarah
Kerana hati saya terarah
Untuk ditoreh
Hemat biar solehah
Bertahkta natijah

Nasihatilah
Tegurilah
Sesungguhnya
Hati ini terbuka
Luas persis langit terbuka
Untuk manusia

Tegurilah
Nasihatilah
Bercakaplah benar walaupun pahit itu terasa
Lebih daripada manisnya

Cukuplah untuk mengatakan
Saya merindui pesanan
Nasihat dan teguran
Daripada Kalian
Saudara dan saudari seislam saya!


Nasihatilah saya:

Acapkali, saya meminta sahabat menasihati saya. Atau berikan sedikit pesanan agar hari-hari kelak akan saya langkahi dengan hemat dan cermat. Jiwa yang kontang harus disuburi dengan nur. Dan nur itu kadang-kadang datang dalam bentuk ketukan nasihat.

Walhasilnya:
Ada yang tak tahu nak bagi nasihat
Ada yang bagi nasihat

Saya dapat rasakan ada antara sahabat yang bimbang akan menyebabkan hati saya terasa. Ya, biarlah hati saya ada sedikit ‘terasa’ apabila dinasihati. Kerana apabila ada ‘terasa’ ia kan mudah untuk berubah. Sememangnya harus diakui hati yang mudah ‘terasa’ kerana egois itu ada. Biarkan ia! Saya mahu menyelamatkan iman saya. Dan saya tidak mahu egois itu menyebabkan hati saya terus menolak iman ke tepi. Lalu egois bermaharaja lela dalam sanubari.



Untuk sahabat –sahabat:


Andai kalian pernah ditegur, dinasihati untuk hal-hal yang baik, nah! Jangan terus masam mencuka wajahnya.jangan terus memuncungkan bibir. Lalu, mengumpat yang tak benar tentang orang yang menasihati itu. Memang, yang menasihati itu kadang-kadang kasar sedikit ( bagi orang yang dinasihati). Walhal itu bukan masalah besar. Kasar atau lemah lembut itu bukan perkara pokok. Yang menjadi perkara pokok adalah pesanannya atau tegurannya. Jangan lihat pada siapakah yang bagi nasihat itu.

Justeru itu, berterima kasihlah kepada mereka yang pernah mensihati kalian secara kasar atau lemah lembut. Ingat perbuatan dosa yang kalian lakukan itu kalau tak ditegur, kalian pasti akan terus melakukannya. Dan Allah telah memberikan cinta-Nya kepada kalian dengan memberi teguran melalui manusia. Dan oleh itu juga ucapkanlah Alhamdulillah setelah ditegur. Ok?



khusus untuk wanita:


Nndai ada seseorang (muslim) yang menegur kalian, berlapang dadalah, jangan diprovok pula dengan persoalan yang lain.

Pernah saya melihat situasi apabila ikhwan menegur akhawat dalam FB persatuan mengenai penutupan aurat khusus buat muslimat. Lantas, salah seorang akhawat ini bertanyakan kembali adakah hanya akhawat sahaja yang perlu menutup aurat.

Ya, memang dua gender ini wajib menutup aurat, namun apakah salah seorang muslim menegur atau memberi nasihat kepada muslimah? yup, khusus buat muslimah!

Bagi saya, situasi 'suka memprovok' kembali apabila dinasihati kerana tidak baik. menjadikan amalan menasihati ini semakin kendur sedangkan :

الدين النصيحة




Sesungguhnya,saya yang menulis ini lebih banyak kejahilan dan dosa daripada kalian yang membacanya. Semoga Allah mengampuni saya dan kalian.

Ana alfaqirah ilaLlah

* saya suka bila sering dinasihati oleh adik saya.lebih lebih lagi dalam soal agama. kan nasihat itu tanda sayang? ...yes,beliau sangat sayang akan kakaknya!
ok, selamat hari raya eidul adha ye abe...duk molek2 kat mu'tah tu...

nota-nota hayah

Misterinya sebuah kehidupan
Ia datang dengan jutaan pertanyaan
Bagaimanakah?
Kenapakah?
Apakah?
Adakah?

Ah, pertanyaan ini
Andai tidak berjawab
Pasti akal ligat
Mencari jawaban

Biarkan persoalan itu terus membungkam
aku tinggalkan tanda Tanya
untuk masa memberitahu
segala jawaban yang sudah tertulis
kerana aku yakin
esok atau lusa
permaidani misteri pasti menghampar
aksara-aksara jawaban



“rabbi yassir wala tu’assir yaa kaariim”

Selasa, 25 Oktober 2011

usaplah airmatamu

Assalamualaikum!

Sesungguhnya, setiap dugaan yang menimpa kita merupakan sebuah anugerah yang terindah daripada Illahi. Dugaan itu bernilai ibadah andai kita menerimanya dengan redha dan berpaksikan keimanan.



Wahai sahabat-sahabatku, yang kini berada jauh dari suasana Islam, namun jiwanya terus istiqamah dengan quran dan sunnah…

Sesungguhnya, dirimu itu telah dipilih oleh Allah untuk melakar jalanmu di sana dengan menuntut ilmu fardhu kifayah. Ketika dirimu terpilih untuk berada di jalan yang sukar, batinmu menangis teresak-esak. Suaramu hanya kedengaran di pinggiran hati sahaja. Engkau ingin meminta bantuan daripada sahabatmu yang berada di jalan dakwah untuk membantumu. Namun, tiada siapapun yang mengendahkan dirimu.

Sahabatku,

Dulu, aku juga begitu. Berada di sebuah fakulti yang gah pada namanya. Namun, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan khusus untuk mereka yang belajar di sana sepertinya sudah mencampurkan pahala dan dosa. Kadang-kadang melebihi mudharat kepada kebaikan.

Setiap kali ada ‘announcement’ mengenai aktiviti-aktiviti yang mewajibkan kepada pelajar-pelajar di bawah persatuan fakultiku untuk ‘involve’, batinku tersiat-siat. Aku jadi dilemma samaada untuk mengikutinya ataupun tidak.


Justeru atas nama hamba kepada Allah, aku mengambil keputusan, andai aktiviti itu berbentuk ilmiah (ceramah/forum) aku akan mengikutinya. Namun, jika sebaliknya, aku akan tinggalkan terus.

Sahabatku,

Usaplah airmatamu dengan menadah doa kepada Rab. Dia mengetahui sedihmu. Dia yang menciptakan kesedihan agar engkau menjadikan Dia sebagai destinasi luahan rasamu. Berbicaralah padanya. Mengadulah padanya.


Sahabatku,


Teruskan untuk mencedok ilmu di sana. Walaupun yang engkau sedang pelajari bukanlah dengan membelek kitab-kitab muktabar atau mempelajari ilmu nahu dan sorof. Namun, jangan engkau salahkan pada ilmu yang engkau tuntut itu kerana setiap ilmu itu datangnya daripada Allah.

Dan aku mohon padamu atas nama sahabat pasakkan dalam hatimu bahawa kelak engkau akan menjadi seorang yang professional yang berjiwa islamik.


Aku mahu, jika kelak engkau menjadi seorang peguam, engkau akan menjadi seorang peguam yang mengimplementasikan undang-undang Islam.

Aku mahu, jika kelak engkau menjadi seorang akauntan, engkau akan menjadi seorang akauntan yang penuh amanah dan berintegriti.

Aku mahu jika kelak engkau akan menjadi seorang guru bahasa Inggeris, engkau akan menjadi guru yang mengajar anak-anak didik agar menjadi daie yang universal sehingga suaranya kedengaran hingga ke dunia eropah….


Sahabatku,

Untuk kali yang terakhir… berdoalah kepada Allah agar dirimu dan juga aku tetap tsabat dalam meneruskan kehidupan sebagai abduh yang diredhai Allah. Ingat, jalanmu yang sukar itu pasti bergelar ibadah andai engkau ikhlas melaluinya.

Ahad, 23 Oktober 2011

Jangan Tengok Wajah Saya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kepada Allah, pencipta sekalian Alam...

Saya dengan rendah hatinya memohon maaf kepada pembaca sekalian kerana ada antara entri-entri saya sebelum ini, saya meletakkan foto saya(perseorangan)...dan mungkin sesiapa yang tidak berhak melihatnya menjadi tertengok...dan sesungguhnya , saya seakan pembawa dosa kepada yang tertengoknya. walaupun foto-foto tersebut menutup aurat, tetapi itu tidak boleh menjadi sandaran saya untuk meletak foto-foto diri saya( bukan foto beramai-ramai)

Semoga Allah mengampuni diri saya ...dan kalian memaafkan saya..

terima kasih adikku , Izzat..atas nasihat..

dan syukur pada Allah kerana menyedarkan diri saya..

*sedang mendelete gambar2 yang ada wajah saya(perseorangan)

Jumaat, 21 Oktober 2011

TIADA ISTILAH BERTEPUK SEBELAH TANGAN

ANDAI CINTA ITU UNTUK ALLAH; PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA DENGAN CINTA.

BAHKAN MUNGKIN DENGAN SERIBU KALI CINTA LEBIH HEBAT DARIPADA CINTA ANTARA MAKHLUK.

ANDAI RINDU ITU DIHEMBUSKAN HANYA KEPADA ALLAH PASTI ALLAH JUA AKAN MERINDUI..

DAN AGUNGNYA CINTA ALLAH KERANA DALAM CINTA KEPADA ALLAH

TIADA ISTILAH BERTEPUK SEBELAH TANGAN..


sesungguhnya, aku mohon agar dapat mencintaiMu melebihi cintaku pada makhlukmu..ya RAHIM

ajari hambaMu tentang ikhlas

masih di sini
terlihat manis zahir
terpendam pahit batin

(tanya jiwa)
apakah aku hanya sekadar pembantu dalam perjuangan?
kalau diperlukan ajakan terus bermohon
kalau tidak
diketepikan terus

benarkah begitu
atau ini hanya sekadar bisikan syaitan?

kali ini aku rebah merintih
keliru antara keikhlasan dalam perjuangan
dan keikhlasan dalam ajakan

Tuhan ajari aku tentang ikhlas
kerna sudah acapkali
kukatakan pada diri
perjuangan itu harus ikhlas
dan bukan kerana sesiapa!
berterima kasih pada yang sudi pelawa
teruskan perjuangan bila ditinggalkan



(alhamdulillah...blog ini sudah pulih....;)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Ijah Nok Jadi Kecik Sokmo

Assalamualaikum


Tergamam! Terharu! Dua perasaan saling bercampur baur.



Cerita 1

Izzah : Kak, Ijah tok se jadi besar mace kakak. Ijah nak jadi kecik sokmo
Saya : bakpo ?
Izzah : kalu budok kecik tok masok neraka..

Saya hanya tersenyum… seorang budak kecil yang berusia 4 tahun boleh berfikir begitu. Saya? Astaghfirullahal’azim…

Cerita 2

Izzah : kak, ibu suruh istighfar
Saya : bule.. meh sini..kita baca sama-sama
Selepas baca astagfirullah… izzah bertanya lagi
Izzah : bakpo keno istighfar?
Saya : sebab kito banyok dosa kena mintak ampun dengan Allah
Izzah : dosa tu gapo?
Saya : dosa tu kita buat benda yang Allah maroh…
Izzah : mintak ampun tu gapo?
Saya : mintak ampun tu mintak maaf…
(banyak jugak soalan Izzah ni..letih kakaknya nak menjawab..huhu)

Dua cerita yang saya tulis di atas adalah kisah saya dan adik bongsu saya yang berusia 4 tahun. adik bongsu dan merangkap adik bongsu perempuan

Sesungguhnya, begitu banyak yang telah saya terlepas untuk lakukan perkara yang sama kepada adik-adik yang lain. Namun, peluang yang ada ketika ini tidak akan saya sia-siakan.InsyaAllah

Dan saya pasti akan merindui saat-saat bersama izzah. Sebelum tidur, saya akan membaca alunan zikir dan izzah akan mengikuti zikir yang dibaca. Kadang-kadang zikir akan diselangselikan pertanyaan Izzah seperti pertanyaan tentang syurga, neraka, dosa , pahala.

Ya Allah, jadikan aku dan Izzah menjadi wanita solehah…amin…

Assalamualaikum


*jauhi riak dan berburuk sangka ;)

Khamis, 11 Ogos 2011

kalau cinta mesti sensitif...!

Assalamualaikum…

Sensitifkah kita…?

Kisah satu:

Seorang pelajar tingkatan 4 ada bertanyakan kepada ustazahnya yang sedang mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran ketika itu adalah subjek Tarikh Islam yang sememangnya antara subjek penting dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama yang sememangnya wajib diduki oleh setiap pelajar sekolah agama di Kelantan.
Tanya pelajar tersebut:

Ustazah, saya tak faham macamana Muawiyah tu dikatakan jahat tetapi seperti yang kita tahu Muawiyah tu antara penulis wahyu. Macamana ye?

Ustazah tersebut terpinga-pinga. Soalan itu ditinggalkan tidak berjawab sama sekali.

Kisah dua:

ketika berjalan-jalan bersama seorang kakak senior . tentunya banyak hal dibicarakan. Dan satu isu pula ditimbulkannya.

“izzati, lecturer akak ada cakap yang beliau tak berapa suka cara Maulana Asri tu yang menyebabkan orang awam jadi …

Saya sangat terkejut dengan ucapan senior saya itu. Lecturer senior saya itu seakan-akan tidak suka Maulana Asri yang mempertahankan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Katanya, boleh menyebabkan orang awam menjadi ‘kelam kabut’(pening). Saya beristighfar dalam hati.


Walaupun, saya bukanlah selalu menghadiri kuliah Maulana Asri. Dan kalau mendengar kuliah Maulana pun boleh dikira dengan jari maklumlah saya hanya akan pergi ke sana bertemankan adik saya. Setelah adik saya menyambung pelajarannya ke Jordan manakala sahabat karib saya pula menyambung pelajarannya ke Mesir , saya sudah tidak pergi ke sana.

Begitukah gaya seorang pensyarah yang sememangnya mendalami agama mencemuh usaha yang dilakukan oleh Maulana Asri untuk mengembalikan maruah kepada para sahabat Rasulullah yang diputarbelit oleh penulis sejarah Islam yang banyak menipu? Seperti sahabat Rasulullah SAW yang bernama tha’labah?


Kalau mengikut akal logik pun, kalau seseorang mencintai sahabatnya, mana mungkin dia berdiam diri jika orang-orang membuat cerita yang tak betul tentang orang yang dicintainya. Apalagi sahabat –sahabat Rasulullah itu sememangnya wajib dicintai. Di manakah kesensitiviti dalam mencintai sahabat Rasulullah?



Cerita tiga:

Semasa berada dalam tingkatan 6 (sekejap sahaja), ada subjek Mutolaah. Dalam buku teks tersebut banyak mengisarkan tentang sejarah Islam. Namun, dukacita kerana dalam buku teks tersebut banyak yang salah fakta. Ya, salah fakta! Antaranya,tentang peristiwa Isra’ Rasulullah..? dan ustaz yang mengajar subjek tersebut langsung tidak menyentuh kesalahan-kesalahan fakta dalam buku teks tersebut. Di manakah kesensitiviti letaknya?



Kesimpulan:


Banyak sejarah Islam yang ditulis salah dan mungkin ditulis salah secara sengaja kerana ada ‘udang di sebalik batu’. Persoalannya,sampai bila kita-kita ini harus berdiam diri apabila sebilangan sahabat Rasulullah yang dikatakan yang tidak enak didengar serta mencemarkan martabat mereka sebagai sahabat Baginda serta sejarah Islam?


• Pelajar dalam cerita satu dan cerita tiga tersebut adalah saya…

Sabtu, 6 Ogos 2011

Imbas...

Assalamualaikum!

Imbas kembali ke tahun 2006

Ketika tahun 2006, saya telah dilantik menjadi setiausaha 2 dalam badan pengawas sekolah merangkap penolong setiausaha.

Dan pada bulan 6 tahun yang sama, saya dan beberapa exco pengawas lagi di’tugas’kan oleh pihak sekolah untuk ke kem kepimpinan yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Maksudnya, setiap sekolah dibawah YIK wajib menghantar pelajar-pelajar (especially pengawas) ke kem kepimpinan tersebut.

Dan antara aktiviti di sana adalah sesi soal jawab iaitu seorang wakil sekolah akan berdiri di hadapan, dan sesiapa sahaja boleh bertanyakan tentang kepimpinannya di sekolah.NOTA: (aktiviti ini tidak bercampur dengan lelaki).

Saya jadi berdebar apabila fasilaltator memberitahu mengenai aktiviti tersebut. Mana tidaknya. Bercakap di hadapan pimpinan pelajar sekolah-sekolah lain yang hebat-hebat...
Tangan jadi sejuk. Jantung berdegup kencang.

“ Wan Nur Izzati BT Wan Nor Anas, setiausaha badan pengawas dari sekolah Smua Sullamiah sila ke hadapan.” Salah seorang fasilitator memanggil nama.
Saya terus jadi gelabah. Aduh, macamana ni.

“ suara saya serak”. Saya bagi alasan. Dan kebetulan suara saya sudah serak sejak hari pertama di kem tersebut.

“ tak pe. Serak-serak pun. Sila ke hadapan”. Fasilitator terus bagi arahan. Dan saya terus mengatur langkah untuk ke hadapan.

Setelah saya memperkenalkan diri dan sekolah. Saya juga memberitahu hadirin bahawa sekolah saya merupakan sekolah bercampur antara lelaki dan perempuan(kelas bercampur lelaki dan perempuan). Begitu juga dalam kepimpinan badan pengawas. Setiausaha 1 badan pengawas juga adalah lelaki! Ini bermaksud, saya perlu berhubung secara direct dengan setiausaha 1 kerana tugas saya adalah membantu setiausaha1 dalam membuat sebarang tugasan yang berkaitan.

Selepas itu, ramai yang bertanyakan saya tentang ‘keprofesionalan’ bertugas dengan lelaki. Dan rakan –rakan yang bertanya itu adalah datangnya dari sekolah yang tidak bercampur. Ada juga yang bertanya soal hati (bagaimana untuk menjaga hati) apabila bekerjasama dengan lelaki. Aduh, macam-macam soalan yang ditanya. Namun semuanya berteraskan ‘keprofessionalan kerjasama antara lelaki dan perempuan dalam organisasi’.

Jenuh juga untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

ke tahun 2011

Kini,Baru saya mengerti mengapa persoalan itu timbul. Ya, kadang-kadang ada ‘orang-orang’yang rasa syak dalam bekerjasama antara lelaki dan perempuan dalam organisasi atau dalam mengadakan seseuatu aktiviti. Soal ‘hati’ jadi timbul.

Dalam Islam juga sudah menggariskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Itu muktamad! namun, bukannya langsung mengharamkan lelaki dan perempuan bekerjasama dalam sebuah organisasi(kea rah kebaikan) selagi batas-batas pergaulan itu dijaga. Kerana, mungkin idea lelaki dan perempuan berlainan, jadi kedua-dua gender ini diperlukan dalam organisasi untuk memberi buah fikir yang berkualiti.

Dan bagi saya, apabila berada dalam sebuah organisasi, setiap orang wajar bersikap professional. Tidak ‘sengaja’ segan-segan untuk memberi pendapat (lainlah kalau tak de idea nak bagi, jadi seeloknya diam) namun harus jaga tatatertib sebagai seorang muslim.

begitu juga dalam membantu muslim/muslimah di jalan dakwah.


Ketika kita terjatuh
Di dada tanah berdebu sampah
Kaki jadi terseliuh
Kepala jadi tunduk ke bawah
Hanya suara bersuara meminta tolong
Suara hanya bersuara dalam hati
Dalam samar-samar
Ada yang menghulur tangan
Untuk membantu
Dalam hati kita berdetik:

Mengapakah dia tolong aku?
Walhal aku belum pernah kenal dengannya
Mengapa dia berbisik nasihat dan kata –kata juang kepadaku?
Siapakah aku kepadanya?

Wahai ‘kita-kita’!
Kenapa terus ada syak wasangka dalam hati?
Sedangkan kita semua wajib membantu
Saudara seislam kita yang sudah susah
Yang haus dengan kata –kata semangat
Yang tandus dengan kelembutan ukhuwwahfillah
Usah ditanya mengapa
Usah ditanya kenapa
Kerana dalam ukhuwwah ada
Kasih sayang
Namun dalam ukhuwwah
Ada juga ‘keprofessionalan’

Ahad, 31 Julai 2011

saya dah cakap saya tak fanatik pun!

Saya dah cakap dari dulu lagi, kalau parti politik yang saya agak condong itu, ia berbuat silap maka saya akan cakap ia berbuat silap. Adapun jika parti politik yang saya kurang gemari dengan bersebab berbuat kebaikan, seharusnya saya menyokong kebaikan yang ia berbuat. Saya bukan individu yang begitu fanatik secara membuta tuli kepada parti yang saya condong itu. Yang salah harus ditegur, yang benar harus disokong. Itu prinsip berpolitik saya.

Ketika saya membelek-belek helaian surat akhbar Harakah baru-baru ini, tentulah ia dipenuhi dengan berita perkhabaran peristiwa Bersih 2.0. Ya, polis keterlaluan! Manakala parti politik kerajaan begitu dayus menggunakan kuasa secara beyond the power untuk mengarah polis untuk bertindak biadap dengan rakyat. Itu saya tahu! Dari dulu lagi parti politik kerajaan begtu. Teringat pula dengan peristiwa Memali. Walaupun saya hanya sempat membaca keratan demi keratan tentang peristiwa memali, hati saya jadi panas dengan kerajaan.

Namun, setelah saya membelek-belek akhbar itu, saya jadi gusar dengan harakah itu sendiri. Bukan tidak percaya dengan Harakah. Tetapi, apa salahnya, menunjukkan pembaharuan yang dilakukan oleh pakatan rakyat itu sendiri kepada rakyatnya. Ya ,menghentam parti kerajaan yang berbuat jahat itu memang patut. Tetapi, perlu juga dikhabarkan apa kebaikan yang dilakukan oleh PR kepada rakyat dibawah naungan tadbirnya.

Kadang-kadang, jika terlalu menghentam orang, kita jadi lupa apa yang perlu dibuat oleh PR kepada rakyat dibawah tadbirnya (penyokong dan juga orang yang tak memangkah PR ketika PRU 12 dulu). Biar rakyat juga tahu selain menghentam kerajaan dek kerajaan itu jahat kalau dinilai dengan sifat kemanusiaan, PR juga boleh menjadi sebuah kerajaan yang boleh melakukan kebaikan kepada masyarakat.

Ok..setakat itu saja

dulu ada hati nak jadi peguam kepada sebuah parti politik. Tetapi, Nampak gayanya, itu hanyalah impian yang tak mungkin dicapai!

selamat berpuasa especially kat izzat(adik saya) di mu'tah,jordan;)

dimana silapnya?

PENDAHULUAN

Ketika meniti pengajian diploma sebelum ini, saya mempunyai impian untuk terjun ke medan dakwah secara langsung. Walaupun, saya menyedari hakikat bahawa saya sendiri bukannya individu yang sempurna dalam segenap hal malah ilmu agama perlu dituntut sebanyak air di lautan lagi. Namun, saya berimpian sebegitu.

Dakwah itu banyak cara! Bukan hanya mengeluarkan dalil-dalil atau ceramah sahaja dipanggil berdakwah.

Saya akui, sebenarnya saya sangat berdukacita dengan suasana kampus sebelum ini. Walaupun, pelajar pengkhususan agama merupakan majoriti pelajar di sana, namun suasananya tetap mengikuti trend social yang mendukacitakan.

Di manakah silapnya?

Ketika majoriti pelajarnya hari hari membelek kitab-kitab agama dan usrah secara tertutup juga ada namun, di sana juga dihujani dengan hiburan yang melalaikan, perhubungan social antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas, membuka aurat di khalayak ketika di kampus sudah mula menjalar pelajar lelaki atau perempuan, surau-surau pula tidak dipenuhi dengan jamaah.

Di manakah silapnya?

Dari dulu, saya hanyalah seorang pelajar yang sering memerhati. Ya, saya memerhati dari jauh! Kalau ada cadangan-cadangan, lalu saya hanya utarakan kepada mereka yang ada jawatan dalam persatuan. Itu sahaja. dan saya berasa senang dengan itu.



1) PERTINGKATKAN FUNGSI USRAH



Entah mengapa, acapkali saya bertanya apakah fungsi usrah itu sendiri dan saya pernah mengkritik usrah yang dijalankan oleh pelajar yang bersifat ‘memilih bulu’. Maaf, agak terkasar sedikit kata-kata itu. Memang benar, usrah itu memberi impak positif kepada madu’ dan juga daie’. Usrah juga telah dilakukan oleh ikhwanul muslimin tak lama dulu. namun, sikap daie(khusus di kampus saya) yang memilih ahli usrahnya itu ada silapnya. Syarat untuk menjadi madu’ adalah tidak boleh couple, pakai jilbab labuh dan ada mata-mata yang akan mengawasi pergerakan bakal madu’ sebelum dipilih. Setelah merasakan bakal madu’ itu berkelayakan seperti malaikat, barulah dipilih! Dan saya pernah mengalaminya!

Sesungguhnya, sistem usrah perlu diperteguhkan lagi. Begitu juga dengan fungsi dan visinya. Bukan hanya menarik golongan yang sudah berpegang teguh kepada agama namun mampu menarik mereka yang sering membuka aurat , coupling (contohnya) ke dalam usrah. Nah, tiada lagi unsur assobiyyah!
Namun, bagaimanakah caranya?

2) PERLUKAN ORGANISASI YANG BERSISTEMATIK

Suatu ketika dulu, saya pernah berbincang tentang permasalahan yang saya ajukan sekarang dengan beberapa orang. Ya, dan solusinya adalah membentuk organisasi yang bersistematik dan berani. Organisasi yang memerlukan beberapa individu daripada berlainan pengkhususan dalam pengajian dan bergerak tanpa berselindung. Mengapa perlu individu yang berlainan pengkhususan? Ini kerana, mentaliti dan buah fikiran meraka saling berbeza. Dan tentunya, organisasi ini akan bergerak dengan interaktif bukan hanya untuk satu glongan semata. Contohnya, pelajar undang-undang diperlukan kerana hanya pelajar undang-undang yang tahu mengenai AUKU dan jika ada pihak mengatakan organisasi ini telah menyalahi AUKU, pasti akan dapat disangkal.


Dan jika, pihak universiti mengadakan hiburan yang melalaikan atau apa-apa yang bukan selari dengan Islam, organisasi inilah yang akan tampil ke hadapan dengan memberi komentar.Selain itu, aktiviti-aktiviti ilmu turut dijalankan. Bukan hanya tahu kritik semata-mata.

Namun, saya masih terkapai-kapai dengan organisasi impian saya dan sahabat saya itu. Pernah juga, sahabat saya itu menyuruh saya mencari beberapa sahabat untuk berbincang tentang cadangan ini dan mengatur strategi kerana dia akan menamatkan pengajiannya kerana dia berada di tahun akhir( ketika itu saya di tahun 2) Namun, puas mencari tiada yang berani. Dan sahabat saya itu sudah menyambung pengajiannya di KUIN.

Dan cadangan ini masih terkapai-kapai…

3) PERLUASKAN FUNGSI DAN KEMPEN SOLAT BERJEMAAH DI SURAU ATAU ‘APARTMENT’ MASING-MASING


Surau kelihatan sepertinya untuk mereka berkopiah atau bertudung litup semata. Persepsi sebegini perlu diubah dan mungkin dicambah dengan fungsi-fungsinya yang pelbagai. Mungkin juga perlukan pembaharuan dalam kempen. Erm, solat berjemaah meningkatkan akademik..dan tonjolkan tokoh pelajar yang sering ke surau yang seringkali mendapat dekan list..(contohnya). Tentu dengan ini, ramai yang berpusu-pusu ke surau untuk solat jemaah atau mungkin solat berjemaah di apartment masing-masing. Ini hanyalah satu cara untuk menarik perhatian sahaja. dan lama-kelamaan pergi ke surau untuk solat berjemaah (sambil dengar tazkirah) menjadi kebiasaan disulami dengan sifat ikhlas.



KESIMPULANNYA


Kadang-kadang saya berasa penulisan ini hanyalah sekadar berbicara tanpa cara untuk mempraktikkan. Adakah wasilah-wasilah ini tidak boleh diimplementasikan. Dan hakikatnya, saya berasa sedikit resah jika artikel ini dibaca oleh sahabat saya yang berada di kampus saya. Ya, kerana saya takut mereka tersalah faham dengan cara saya kerana kebanyakan daripada sahabat saya sendiri mengatakan saya terlalu agresif dan tidak berfikir panjang masalah yang akan berlaku jika terlampau agresif. Sedangkan agresif itu sebenarnya tiada salahnya kalau kena pada tempatnya. Mungkin juga ada yang fikir saya ini hanya tahu menulis tetapi tidak tahu realiti semasa. mungkin ada juga yang fikir bahawa saya telah dipengaruhi oleh suasana kampus lain.

Dan sekarang masyarakat kampus perlukan individu-individu yang agresif berani dengan risiko tetapi rasional pemikirannya saling bekerjasama dan tampil ke hadapan demi pembinaan sahsiah masyarakat kampus itu sendiri!



p/s:ini blog kedua saya berkenaan shariah law sahaja:http://shariahlawisthebest.blogspot.com/

Khamis, 21 Julai 2011

aku; kakak yang paling tua

Aku
seorang kakak yang paling tua
antara adik-adik

aku
yang lahir terlebih dahulu setelah lena membuai
panjang dalam rahim ibu

kerana aku yang paling tua
ibu kita selalu berpesan
kepadaku:

andai adik-adik tidak mahu berbuat demikian,
kakaklah yang harus berbuat terlebih dahulu


kerana aku kakak yang paling tua
abah kita selalu berbisik kepadaku:

yang paling tua seharusnya mengalah terlebih dahulu
kepada adik-adik tanda yang tua itu matang fikiran


adik-adikku
antara kita bermacam ragam warna
ada yang tegas kerana kasih pada saudara
ada yang marah-marah tetapi halus jiwanya
ada yang pendiam tetapi diam-diam berisi
ada yang suka menangis tetapi keras hatinya
ada yang suka merengek tanda pingin dilindungi
ada yang manja tetapi lincah orangnya

walau kita bukan sama namun
apabila ada diantara kita yang diejek oleh temannya
pasti kita-kita akan bangun dan berteriak:

hei, mengapa engkau mengejek saudaraku!

hei, mengapa engkau mengejek abangku!

hei, mengapa engkau mengejek adikku!

ya, walau kita berbeza tetapi hati-hati kita saling terikat
untuk saling mengasihi dan perhubungan ini
tidak akan pernah terputus
sampai tiba hari kiamat!


adik-adikku,
kakak akan selalu ada
dibelakangmu
untuk menjadi pelindungmu


andai ketika dirimu terkena hujan
ingin sahaja kakak menjadi payung
agar dirimu tidak kebasahan


andai dirimu terkena terik mentari
ingin sahaja kakak menjadi awan
melindungimu dari panas membahang

andai dirimu disinggahi kesedihan
ingin sahaja kakak menjadi panglipurlara
agar dirimu tak lagi sedih-sedih

andai dirimu mendapat khabar bahagia
ingin sahaja kakak menjadi kamera
untuk merakam saat bibirmu tersenyum indah


kakak yang paling tua,tiada yang paling tua dariku:

izzati anas

Sabtu, 16 Julai 2011

TERIMA KASIH ATAS JODOH INI

Beberapa hari yang lalu, keputusan UPU untuk lanjutan belajar ke peringkat Sarjana Muda telah pun dikeluarkan. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telah ditempakan dalam jurusan idaman saya; syariah. Namun, universiti yang akan saya belajar selama 3 tahun setengah masih sama seperti masa diploma dulu; Unisza. Dan ini bermaksud, selama 6 tahun setengah saya akan berada di sana. Sungguh lama!

Syariah kenapa bukan law sivil?

Saya tak memohon law sivil pun . saya hanya mohon syariah, untuk 2 universiti , sains politik di ukm dan akaun di usim( akaun tu saje-saje nak letak).

Erm,saya mohon syariah actually kerana atas nasihat pensyarah saya. kata beliau, sebelum mengenali law sivil pastikan terlebih dahulu mengenali syariah.


Untuk makluman: syariah di Unisza sedikit berlainan, kerana antara subjek bagi Syariah ada law subject contohnya, Malaysian Legal System, Islamic family law, Family law, commercial law, evidence and procedure in syariah court.


Cuma, ada subjek yang pure syariah berbahasa arab yang saya berasa sedikit gementar. Almaklumlah sudah lama tinggalkan dunia arab. Walaupun, masa belajar law dulu ada subjek arab (Arabic for law, ulum hadis, ulum quran, ayat wal hadith). namun, penggunaan ayat arabnya tentunya tidaklah sedalam mana seperti pelajar pengajian Islam.

Sekarang, saya sudah berukar fakulti. Kepada fakulti pengajian Islam. Terasa kekok sedikit kerana takut jika tingkah laku tidak seiring dengan nama fakulti Islam.dan pasti akan memberi impak yang tidak baik kepada fakulti Islam. Nauzubillah…



Rabbi yassir wala tua’ssir yaa kariim.
Semoga dengan syariah, Allah memperdekatkan saya denganNya.


Dan sekalung tahiah kepada sahabat paling rapat dan paling disayangi, Adila Husna ( mantan diploma Bahasa Arab a.ka bahtera) kerana mendapat tempat di UIA dalam sarjana Muda bahasa arab . tahniah, dila! Impian awak sudah tercapai. May success be with u always.


Juga buat teman baik sekelas:


Tengku nurul haziqah – USIM= Fiqh fatwa

Ikin – Uunisza- Unisza = law

Amirah-UM = law

Hanim- Unisza = sains sosial



Buat dila khususnya and haziqah,ikin, mirah haniim...…just 4 you:



I’m a big big girl
In a big big world
It’s not a big big thing
If u leave me
But I do do feel
That l do do
Will miss u much
Miss u much!



Semoga syariah adalah base saya untuk menjadi sharie public prosecutor/ syarie lawyer/ lecturer… bukan untuk mengejar popularity dalam kerjaya, namun sebagai wadah untuk mengembangkan Islam dalam perundangan.


Doakan saya sokmo!

Selasa, 12 Julai 2011

rentetan saya dan politik

SAYA ;KETIKA KANAK-KANAK DAN POLITIK

Saya masih ingat , saya pernah menonton berita dan ketika Anwar Ibrahim berucap sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan sejak hari itu, saya sudah tidak nampak lagi Anwar berucap melalui kaca Tv.
**************
Dan pada tahun 1998 iaitu tahun kebangkitan Reformasi , saya juga turut terkena tempiasnya. Bila mendengar berita melalui saluran TV mengenai pemecatan DSAI. Saya terus bertanya kepada ibu dan abah kenapa dan mengapa DSAI dipecat. Dari situ, timbul satu perasaan dalam benak saya ingin mengetahui hal-hal sebegitu(politik). Walhal ketika itu saya belum reti untuk menyebut perkataan ‘politik’.

Saya masih ingat, ibu dan abah sering membeli kaset agama dan juga kaset mengenai ceramah politik serta buku-buku berunsur politik. melalui pembacaan buku-buku tersebut membuatkan saya menganalis pihak mana yang benar dan pihak mana yang tidak benar.

Saya pernah membaca buku mengenai isu pemecatan Bekas Mufti Selangor kerana memberi fatwa bahawa the beauties’ contest yang diadakan di Malaysia itu haram. Saya juga pernah baca buku mengenai pemecatan Anwar Ibrahim yang ditulis oleh pengarang yang dulunya tak berapa suka kepada DSAI namun, setelah beliau turun padang sendiri melihat ketidakadilan dalam pemecatan DSAI persepsinya bertukar. Saya menangis beberapa kali apabila membaca buku tersebut. Begitu sedih dengan dakwaan yang dilemparkan keatas beliau.. namun, dalam sedih terbit perasaan marah kepada pihak kerajaan ketika itu.

Selain itu, saya juga membuat perbandingan antara dasar politik parti A dan parti B. dan daripada itulah itu, saya mula menyokong parti yang berteraskan Islam.

Semasa saya berada di sekolah menengah agama, saya ada belajar subjek –subjek agama seperti tafsir , hadis, quran dan sunnah dan banyak lagi . biasanya ketika ustaz atau usztazah mengajar subjek ini, mereka akan memberi contoh isu semasa dalam Negara. Jadi, secara tak langsung saya tahu bahawa pemerintah di Negara kita hanya mengambil bahagian daripada ajaran Islam yang mereka ingin dan setengah yang lain mereka tidak ambil. Seperti, hukum hudud yang tidak dijalankan di Negara ini walhal Negara kita adalah Negara Islam.

SAYA , POLITIK DAN KAMPUS!



Semasa di kampus, ada rakan-rakan yang cakap saya ni suka berpolitik. Ini disebabkan ketika saya di tahun 1 isu kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS timbul. Lalu, isu ini juga pernah ditanya oleh lecturer saya ( subjek bahasa arab undang-undang) mengenai kerajaan perpaduan ini dalam kelas. Tidak semena-mena, saya mengangkat tangan ingin memberi respon dengan tidak bersetuju kepada persoalan itu. Ketika itulah rakan-rakan di kelas mengatakan saya suka berpolitik. Walhal, saya bukan ingin berpolitik Cuma ingin memberi pendapat sahaja.

Anggapan saya suka berpolitik semakin menjadi –jadi dalam kelas, apabila saya dan rakan-rakan perlu present tentang hukum hudud. Ketika sesi present , suasana menjadi riuh rendah dengan pelbagai persoalan kepada pembentang kerana ada pembentang yang cakap law Malaysia sekarang ni dah ok.dan saya sudah tentunya membantah undang-undang jenayah yang dipakai di Negara ini.

Dan timbul pula isu kerajaan Perak. Lecturer yang mengajar MLS ketika itu bertanyakan pendapat kami. Pada masa itu saya hanya menggeleng kepala tanda tidak bersetuju dengan Zambri dan Dun Perak perlu dibubarkan. Tiba-tiba, lecuterer ternampak saya menggeleng kepala dan bertanya reason kenapa saya tidak bersetuju. Keadaan menjadi riuh lagi dengan isu politik.



SAYA SUDAH BERUMUR 21 TAHUN!




11 Julai , secara rasminya saya berumur 21 tahun. Alhamdulillah. Dan secara automatiknya saya sudah boleh mengundi dalam pilihan raya akan datang. Dulu, apabila saya bercakap-cakap mengenai politik, ada yang cakap ..tunggu dululah umur 21 tahun. sebelum 21 tahun cakap apapun sal politik tak boleh buat apa… dan now I’m 21 years old. 1 undi amat benilai!
Politik oh politik! Saya suka dengan politik. saya yakin dengan politik yang berteraskan syariah menjadikan politik itu matang. Bukan lagi politikus!

SAYA DAN BERSIH!



Erm,,, saya sangat terkilan kerana tidak dapat join BERSIH 2.0 . Namun, mujur ada internet kat rumah. So, sehari suntuk duk terperap kat dalam bilik bacaan dengan laptop untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai perhimpunan . Video-video berkaitan BERSIH 2.0 9 Julai telah saya khatamkan. Rasa terkilan dan geram dengan tindakan luar batas polis. Ada juga video yang membuatkan saya sebak dan menangis sedih kerana rakyat diperlakukan sedemikian rupa.
Dan saya sangatdan sangat geram apabila media arus perdana memyiarkan berita yang langsung bercanggah dengan perhimpunan tersebut. Banyak penipuan dan juga cerita rekaan untuk memperbodohkan rakyat.

Ingat wahai kerajaan Malaysia, kini saya sudah ada satu undi yang sememangnya sangat diperlukan dalam menentukan parti mana yang akan menang dalam pilihan raya nanti kerana Satu undi itu sungguh bermakna untuk menang!

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH...SAYA SOKONG PENGANJURANNYA!






ASSALAMUALAIKUM …

BERSIH !!!

9 Julai telai pun berlalu. Namun, pasca 9 Julai telah pun membuka perspektif baru kepada politik Malaysia. Rakyat kini sudah pun terbuka fikirannya yang mahu kepada keadilan dalam sistem pilihanraya. Namun, mesej yang disampaikan oleh RAKYAT pada 9 Julai lalu telah memberikan sejuta kegusaran kepada Kerajaan Malaysia.

Saya menyokong penganjuran bersih kerana tuntutannya adalah rasional dalam memastikan proses pilihanraya berlaku dengan adil dan saksama. Bagi saya isu ini merupakan isu universal bukan SOAL perkauman atau politik atau juga agama. Namun ada sebilangan yang tidak menyokong BERSIH dan penganjurannya.
Adakah disebabkan pengerusi Bersih itu adalah Ambiga Srevenesan iaitu seorang yang beragama hindu dan bertanggungjawab dalam isu IFC ?
Atau demonstrasi akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia?

Pertama, setegas-tegasnya, saya mengatakan bahawa pengajuran Bersih ini adalah bersifat kemanusiaan. Setiap kerakyatan Malaysia berhak untuk menjalani proses pilihanraya yang adil. Tak kira samaada kaum Melayu, Cina India atau lain-lain bangsa. Jadi, tidak timbul siapa yang menjadi pengerusi BERSIH. Namun, saya tidak menyokong dan mengutuk keras tindakan Ambiga Srevenesan dalam isu IFC .

Saya bagi contoh mudah, isu Palestin misalnya. Bukan hanya orang Islam sahaja yang menjadi sukarelawan untuk membantu rakyat Palestin tetapi ada juga orang bukan Islam. Nah, renung kembali kepada peristiwa Mavi Marmara. Atas kapal Mavi Marmara itu bukan hanya ada orang Islam namun ada juga orang yang bukan Islam yang sama-sama ingin berganding bahu mahu membantu rakyat Palestin. Adakah orang bukan Islam yang ingin membantu itu ada agenda tersembunyi? Tidak! Biarpun ada diantara mereka itu berpegang teguh dengan ajaran kristian atau agama bukan Islam.


-suka sangat tengok pic ni-
semua inginkan peroses pilihanraya yang adil


Dalam konteks penganjuran bersih, tidakkah kita melihat tuntutan yang ingin dituntut itu adalah bersifat kemanusiaan.?adakah orang bukan Islam walaupun cuba merosakkan Islam tidak boleh menuntut untuk memastikan proses pilihanraya itu akan menjadi lebih adil dan telus?
Kedua, adakah ‘imej’ lebih penting daripada Rakyat? Seperti ingin menipu dunia antarabangsa bahawa pilihanraya Malaysia adalah telus. Biarpun terdapat bukti bahawa pilihanraya yang telah dijalankan ada unsur-unsur yang mencurigakan. Ada yang telah meninggal bertahun-tahun..tiba-tiba pada hari mengundi , dia pergi mengundi.

Bagi saya, demonstrasi ini bukan menjejaskan imej rakyat Malaysia tetapi menjejaskan parti kerajaan. Bagi dunia, rakyat Malaysia itu bukan lagi bodoh yang duduk di bawah tempurung kerajaan yang boleh diperbodohkan.




* Alangkah bertamadunnya jika barisan politik kerajaan turut serta dalam penganjuran bersih kerana ahli politik kerajaan pun berhak menuntut kelapan-kelapan tuntutan bersih untuk menjamin proses keadilan dalam sistem pilihanraya. namun, tindak tanduk mereka ketika ini seperti mereka tidak mahu adil itu dalam pilihanraya.

* saya terkilan sangat-sangat bila menatap foto-foto perhimpunan bersih 2.0. dan saya pasti pihak polis tidak akan dihormati Rakyat lagi.



Jumaat, 8 Julai 2011

-PELUDAH WARNA -

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

* saya sudah tak respek kepada pihak polis dan pihak media arus perdana secara total dek sanggup membawa misi BN untuk dicapai

Jumaat, 1 Julai 2011

jilbab labuh VS kain tudung 3 segi labuh

Assalamualaikum!

Jilbab labuh VS tudung 3 segi labuh!

SITUASI 1

Pernah suatu ketika, saya berbual dengan seorang sahabat saya selepas solat isya’ berjemaah di surau Farabi. Sedang kami berbual, saya memberi soalan cepumas kepadanya. :

Kalau saya pakai tudung 3 segi labuh, apa pendapat awak? Erm…ke awak akan cakap saya sudah berubah? Atau tak berpegang prinsip setelah saya berjilbab labuh?
Ketika saya bertanyanya, dia diam dan akhirnya mengangguk.

Ya, pasti dia juga akan mengatakan saya berubah ; tidak lagi istiqamah dalam pemakaian jilbab.

SITUASI 2

Orang yang pakai jilbab labuh dianggap lebih mulia daripada memakai tudung 3 segi labuh

PERSEPSI SAYA

Sejujurnya, saya meupakan salah seorang muslimah yang memakai jilbab labuh dan kain tudung 3 segi labuh. Terkejut? Kalau kawan-kawan seuniversiti saya sememangnya jarang melihat saya memakai kain tudung 3 segi labuh di sana.

Kenapa?

Sebenarnya, Islam sudah menggariskan penutupan hijab dalam surah an-Nur. Dan sememangnya, kain tudung yang singkat ke dada atau pendek seakan menunjukkan apa yang tak patut dilihat oleh ajnabi itu sudah tentu itu tertolak secara automatik.
Namun, saya hairan kenapa perlu ada yang cuba membezakan atau gaduh-gaduh dek berbeza pendapat antara jilbab dan tudung 3 segi labuh . Sedangkan kedua-duanya sudah cukup untuk menutup aurat. Cuma tinggal samaada bersikap wara’(berhati-hati) atau pun tak.

Erm…saya memakai kedua-dua jenis tudung ini dengan melihat persekitaran.

Contohnya:

Di university, sebagai muslimah…di sana merupakan sebuah tempat untuk menuntut ilmu. Namun, di sana juga ada fitnah(tipu daya). Samaada fitnah kepada lelaki ataupun sebaliknya. Jadi , untuk itu, seeloknya muslimah memakai jilbab labuh untuk mengelakkan diri menjadi fitnah atau terfitnah. Ng Namun, jika tidak mengundang fitnah, muslimah boleh memilih yang mana satu asalkan menutup aurat dengan sebenar-benarnya.

Manakala

Di tempat kerja, sudah tentu sebagai seorang Islam kena menjaga imej. Tidak boleh berpakaian yang tidak bergosok atau sebagainya. Jadi , jika muslimah tidak pandai untuk menjaga jilbabnya agar tidak berkedut(lagi-lagi jika berada dalam kereta jilbab memang mudah berkedut), dia boleh mengambil inisiatif dengan memakai kain tudung 3 segi labuh.

Rasanya , setakat ini sahaja..
Syabas, bagi mereka yang menutup aurat dengan sempurna. Semoga Allah kekalkan iman kita.

Wallua’alam

Khamis, 30 Jun 2011

Sudah lama saya perhatikan anda!

Assalamualaikum



Sudah lama nak tulis mengenai ini. Tetapi, hati jadi ragu-ragu. Fikirkan betapa saya hanya merupakan insan yang terlalu tidak sempurna namun selalu sahaja menjadi pemerhati.



Dan pemerhatian saya tertumpu pula pada merreka yang memegang title sebagai pelajar pengajian Islam. dan saya bawakan hasil pemerhatian ini setelah saya menjadi pemerhati selama 3 tahun ketika masih belajar dalam fakulti undang-undang.



PERTAMA: Saya akui, betapa ramai yang tersalah sangka bahawa Islam hanya perlu dibawa oleh mereka yang berada dalam jurusan Islam. sedangkan Islam itu perlu dibawa oleh sesiapa sahaja yang bergelar muslim. Dan mesej inilah yang sering diperkatakan oleh pelajar penggajian Islam kepada pelajar bukan berpengajian Islam di kampus.
Ya, memang benar mesej ini. Saya bersetuju 100%. Namun, bagi saya ada sedikit penambahan iaitu memang setiap muslim perlu membawa imej sebagai seorang muslim tak kira jurusan apapun yang diambi. Namun, perlu diingatkan bahawa, pelajar pengajian Islam merupakan golongan yang mendalami ilmu agama. Jadi standart itu telah bertukar.


Contohnya, terdapat sejarah Islam yang diselewengkan. Dan ini hanya diketahui oleh mereka yang mendalami ilmu sejarah Islam. dan selain mereka yang belajar sudah pasti tidak mengetahui penyelewengan tersebut. Dan mereka yang mendalami ilmu sejarah Islam itu tidak boleh membuat kesimpulan bahawa penyelewengan tersebut sudah diketahui oleh semua orang.

jadi, kadang-kadang peljar pengajian Islam perlu peka kepada ketidaktahuan pelajar bukan berpengajian Islam tentang sesuatu perkara. Janganlah berpendapat semua orang tahu tentang sesuatu hukum sedangkan hukum tersebut hanya diketahui oleh golongan pelajar pengajian Islam sahaja a.k.a yang mendalami sesuatu hukum.

KEDUA: terdapat pelajar pengajian Islam yang kadangkala hanya belajar teori tentang sesuatu hukum atau perkara. namun tidak diaplikasikan dalam kehidupan.

Ya, saya tahu bukan semua orang adalah perfect. Saya juga bukan perfect! Namun, seharusnya, sebagai pelajar pengajian Islam membwa imej Islam seperti tidak berdating di tempat awam, dan sebagainya.


Ingat, bahawa pelajar pengajian Islam adalah role model bagi mereka yang tidak mengambil jurusan pengajian Islam di kampus. Ada mata-mata yang sering memerhati tingkah-tingkah golongan yang mendalami agama ini.


KETIGA: saya ingin mengucapkan tahniah kepada persatuan yang membawa nama Islam. dan jika di Unisza, biasanya persatuan yang berada di bawah fakulti pengajian Islam kerap mengadakan majlis-majlis ilmu di DABS atau DKU. Alhamdulillah , syabas dan terima kasih !


Namun, sayang… kerana skop majlis ilmu itu dikecilkan bidangnya. Hanya tertumpu pada isu –isu yang sama. Tentang kahwin, cinta, wanita terlalu mendominasi. Namun, ada juga majlis ilmu berkaitan fiqh dan tasawuf.
Dan saranan saya, luaskan skop perbincangan. Islam bukan hanya tertumpu pada isu aurat , coupling semata. Namun islam juga berkaitan hal ehwal semasa. perbezaan undang-undang sivil dan syariah contohnya perlu diperbahaskan.


KEEMPAT: pelajar pengajian Islam terlalu merendah diri . dan pengalaman saya sendiri, ada sahabat saya( merupakan pelajar jurusan Islam)merendah diri dan katanya fakulti Islam ini tidak sefamous fakulti lain.Entah mengapa. Padahal, merekalah yang paling alim di kampus. Tahu agama. Tahu halal haram, pahala dan dosa. Saya kagum dengan mereka ini.



Dan saranan saya, usahlah terlalu merendah diri kerana berada di bawah jurusan Islam sedangkan Islam itu letaknya yang tertinggi. Jadilah proaktif dan dinamik !


KELIMA: InsyaAllah bersambung….tapi x janji.



Wallua’lam

Khamis, 16 Jun 2011

ustaz...kejujuran suami itu lebih penting dari kesetiaan

please women...
saya sangat geram bila 'kita-kita' kalau bercakap soal poligami
melenting tak habis
selalu cakap
para suami tak setia...lagi tak jujur


please women...
saya tahu saya belum berpunya lagi
tak boleh cakap sal poligami
tapi belum berpunya bukan beeri tak boleh bagi pandangan


please women...
poligami itu tiada salah
baik dari sisi Islam
yang kadang-kadang salah
adalah suami yang belum mampu
menikah masih mahu tambah satu
yang belum adil mahu tambah bini baru


please women...
kadang-kadang poligami tercetus
kerana 'kita-kita' yang salah
fikir baik-baik salah dan silap
jangan mencari salah suami semata


please women...


teringat pula bila ditanya oleh seorang ustaz ketika menuntut di Maahad Muhammadi (p)..berkaitan poligami...

hanya tersenyum kalau teringat jawapan yang diberikan oleh saya....:

ustaz...kejujuran suami itu lebih penting dari kesetiaan..



tapi kalau isteri...setia + jujur itu perlu seiring...

yup...suami kena jujur bila dalam hatinya ada seseorang yang ingin dikahwini..bagitahu isteri..jangan kahwin lari kat Thailand pulak...kalau kesetiaan tu...kan dalam Islam suami boleh kahwin sampai 4 ...

-p) suami dan isteri adalah dua status yang berbeza....

jangan dicipta harapan atas rahsia



episod itu membuka seluas pintu langit

membuatkan hidup bernafas atas satu harapan


bangun pada mentari belum menyinar

tersenyum harap pada kenangan lalu

memanifestasi segala stanza harap

bukan lagi mimpi yang membuat

ingin tidur selamanya



oh...

menyepi diri sebentar

kerana keyakinan telah saling berbahas

bahawa harapan itu pasti kan berlabuh


ternyata sepi diri itu petanda

badai datang tanpa dilihat tandanya

ternya sepi itu disalah tafsir

lalu ia pergi jauh dan

menjauh

dan kini ia sudah melakar bahagia bersama

bahagia

ya, melakar bahagia bersama bahagia...

tanpa tahu satu rahsia yang ada dari dulu





erm,,,benar kata orang...jangan dicipta harapan atas sebuah rahsia

Ahad, 12 Jun 2011

Sekilas Pandang berkenaan al-Isra' wa al-Mi'raj

Sudah menjadi suatu pegangan yang cukup sulit untuk disingkirkan daripada pemikiran masyarakat kita, iaitu, tanggal 27 Rejab, berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj yang menjadi satu simbol yang cukup berharga buat umat Islam seluruhnya. Mungkin sekali, jika sekali imbas, tiada yang pelik mahupun mencurigakan berhubung perkara tersebut. Namun, penelitian dan pengkajian, akan menemukan suatu ketidak puasan hati akan terdetik di dalam benak. Benarkah peristiwa Isra' dan Mi'raj berlakunya pada 27 Rejab seperti sangkaan kita selama ini? Shahihkan ia? Insya Allah, sama-sama kita teliti dan kaji, juga buat renungan bersama.



Berhubung kisah-kisah yang seringkali diceritakan berkenaan Isra' dan Mi'raj, terlalu banyak sekali kisah-kisah yang tidak sahih tersebar. Namun, fokus penulisan ini sekadar ingin membahaskan perihal keshahihan tarikh berlakunya Isra' dan Mi'raj. Adapun berhubung kisah-kisah yang tidak shahih yang diselitkan berhubung peristiwa bersejarah ini, seperti Baginda di Isra'kan daripada rumah Ummu Hani, kisah perempuan tua yang menjadi symbol bagi umur dunia, dan lain-lain akan ana sebut dan bahaskan di dalam buku "Himpunan Sirah-Sirah Yang Tidak Shahih (buku 2)" dengan izin Allah.
Ara 'ualam berkhilaf pendapat berkenaan tahun di Isra' Mi'rjkan Baginda Sallallahu'alaihiwasallam kepada beberapa pendapat:


1-Sebelum Baginda di lantik menjadi Rasul. Ianya merupakan pendapat yang syaz.

2-Setahun 2 bulan atau 14 bulan sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

3-Setahun 3 bulan atau 15 bulan sebelum Hijrah.

4-3 tahun sebelum Hijrah.

5-5 tahun sebelum Hijrah.

6-Ibn Sa'ad dan selainnya berpendapat pada setahun sebelum Hijrah. Pendapat inilah yang disebutkan dengan yakin oleh al-Imam al-Nawawi. Ibn Hazam menukilkan bahawa pendapat ini adalah ijma'. Akan tetapi al-Hafiz Ibn Hajar mengkritik, katanya:

"Dakwaan yang mengatakan ianya sebagai ijma' adalah tertolak kerana ada khilaf seperti yang telah disebutkan."

Al-Zuhri meletakkan tarikhnya berlaku setahun sebelum Baginda keluar berhijrah. Ibn Ishaq pula mengatakan bahawa ianya berlaku 10 tahun selepas Nabi dilantik menjadi Rasul, iaitu sebelum kewafatan Abu Thalib. Namun, pendapat ini adalah tidak tepat.

Sebetulnya, Isra' dan Mi'raj berlaku selepas kewafatan Abu Thalib dan Siti Khadijah. Hal ini seperti yang telah disebutkan oleh 'Aisyah bahawa Khadijah meninggal dunia sebelum di fardhukan solat lima waktu.


Kesimpulan berkenaan tahun Baginda Isra' adalah menurut pendapat yang lebih pasti adalah setahun sebelum Hijrah seperti pendapat keenam yang telah disebutkan tadi.
Adapun, berhubung dengan tarikh berlakunya Isra' dan Mi'raj pula. Al-Syaikh 'Abd al-Rahman al-Mubarakfuri menyebutkan di dalam kitab sirah beliau al-Rahiq al-Makhtum, yang akan ana nukilkan seperti berikut:

1-Pada tahun Baginda dilantik menjadi Rasul. Pendapat ini telah dipilih oleh al-Thabari.

2-5 tahun setelah Baginda Sallallahu'alaihiwasallam dilantik menjadi Rasul. Ini dirajihkan oleh al-Imam al-Nawawi dan al-Qurthubi.

3-Pada malam ke 27 daripada bulan Rajab tahun kesepeuluh kenabian.

4-16 bulan sebelum Hijrah, iaitu pada bulan Ramadhan tahun 12 kenabian.

5-Setahun 2 bulan sebelum Hijrah, iaitu pada bulan Muharram tahun 13 kenabian.

6-Setahun sebelum Hijrah, iaitu pada bulan Rabi' al-Awal tahun 13 kenabian.
Al-Syaikh menambah lagi di dalam mengklasifikasikan pendapat yang shahih berhubung peristiwa tersebut, kata beliau:


"Dan ditolak pendapat-penadat 3 yang terawal. Kerana Khadijah telahpun wafat pada bulan Ramadhan tahun ke 10 kenabian. Dan kewafatannya adalah sebelum difardhukan solat lima waktu. Adapun, pendapat ketiga lagi, maka aku tidak dapati pendapat yang rajah satu daripadanya. Tetapi, konteks di dalam surah al-Isra' menunjukkan bahawa al-Isra' berlaku sangat lewat."

Al-Syaikh Ibn 'Utsaimin merajihkan pendapat yang mengatakan bahawa ianya berlaku pada bulan Rabi' al-Awwal.

Bagi pendapat ana sendiri, ana merajihkan pendapat yang mengatakan pada bulan Rabi' al-Awwal. Akan ana buktikan.

1-Hanya tingaal pendapat 3 yang terakhir yang perlu diteliti, kerana riwayat 3 yang awal telah tertolak.

2-Lihat pada pendapat ke 4 yang mengatakan 16 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Ramadhan. Perhatikan. Al-Imam al-Hafiz Ibn hajar al-'Asqalani menyatakan bahawa Ijma' berlakunya hijrah pada bulan Rabi' al-Awwal seperti yang beliau sebutkan di dalam Fath al-bari, katanya:

"Berlakunya penghijrahan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam adalah pada bulan Rabi'ul Awal[1], (ianya) tanpa khilaf. Adapun peristiwa perubahan arah kiblat pula berlaku pada pertengahan bulan Rajab tahun kedua Hijrah berdasarkan pendapat yang shahih dan pendapat yang pasti oleh jumhur."[2]

Oleh itu, 16 bulan daripada bulan Rabi al-Awwal akan jatuh pada bulan Zul Hijjah, bukannya pada bulan Ramadhan. Maka pendapat ini tertolak.

3-Lihat pula pada pendapat yang ke 5 yang mengatakan berlaku setahun 2 bulan atau 14 bulan sebelum peristiwa Hijrah, iaitu pada bulan Muharram. Perhatikan, jika 14 bulan daripada bulan Rabi' al-Awwal daripada waktu peristiwa Hijtah, maka akan jatuh pada bulan Safar, bukannya pada bulan Muharram. Maka pendapat ini tertolak.


4-Tinggal satu lagi pendapat terakhir dan ana merajihkan pendapat ini. Ini kerana, akan genaplah setahun antara bulan Rabi' al-Awwal ketika berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj dengan bulan Rabi' al-Awwal ketika berlakunya peristiwa Hijrah.

Wallahua'lam

[1] Ini juga menjadi satu dalil bahawa peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berlaku pada bulan Rabi'ul Awal, bukanlah pada bulan Muharam seperti yang disangka oleh kebanyakan masyarakat kita pada hari ini.

[2] Fath al-Bari oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Aqalani, jilid 1 muka surat 97, dan Hasyiah al-Sindi 'Ala Ibn Majjah oleh al-'Allamah al-Syaikh Muhammad bin 'Abd al-Hadi al-Sindi, jilid 2 muka surat 368.




* tulisan ini saya ambil dari tulisan sahabat saya yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir(Tanta)dalam jurusan usuluddin di tahun 2. beliau menggunakan nama pena sebagai Ibn Al-Razi Al-Tantawi

Sabtu, 4 Jun 2011

Apa sangat enta nak expect daripada diorang(perempuan)?

Assalamualaikum…

Ketika ini, saya ingin berkongsi dengan kalian tentang tulisan yang ditulis oleh pensyarah saya yang saya telah ceritakan pada entri lalu.



Erm… sememangnya tulisan beliau agak kontroversi sedikit andai mereka yang membaca tulisan tersebut seperti terkena batang hidung sendiri.



Tulisan ini beliau bagi kepada kami( pelajar perempuannya) di dalam kelas. katanya, beliau inginkan penjelasan daripada kami berkenaan tulisan tersebut untuk sesi kuliah yang akan datang. Namun, mungkin beliau lupa untuk bertanya tentang itu..dan kami (pelajar wanita) terasa lega sedikit…hehehe..



Namun, ketika saya dan sahabat saya pergi bertemunya kerana untuk bertanya tentang assignment… dan beliau terus bertanya kepada kami berdua…

Erm..awak dah baca artikel yang saya tulis tu? Macamana?


Huhu…sir tetap ingat erk tentang artikel tu…

Terus, saya jawab:

Sir..saya setuju sangat…memang betul pun yang sir tulis..bagi saya, perempuan memang selalu fikir tentang shopping..kawin dan anak-anak je. Yang lain mereka x peduli..



Ada riak-riak terkejut di wajah Sir….

Beliau terus berkata:

Erm.. saya pernah bagi kat penulis buku ***** (dirahsiakan), namun tak berjawab..dan saya juga ada bagi kat pensyarah *****(dirahsiakan).. dan pensyarah tu cakap:
Apa saya peduli…asalkan saya hidup happy..



Oh…patutlah sir terkejut ketika saya cakap setuju…cz mereka yang boleh dikatakan ‘educated’ tidak bersetuju dengan artikel sir ni.


Kesimpulannya..memang banyak lagi yang kami bincangkan dengan sir. Banyak sekali inputnya dan menyebabkan saya berasa saya perlu keluar dari kepompong selfish.. saya perlu mencari identity dan arah tuju saya dalam menyebarkan Islam dan juga bagaimana untuk memberi sumbangan kepada ummat Islam khususnya di Malaysia.



Dan di sini saya tulis semula artikel yang ditulis oleh Sir (lecturer) saya… dan artikel tersebut berbentuk surat:

PERANAN WANITA SEBAGAI KHALIFAH

Assalamualaikum wrt. Wbt. Ukhti….

Salam sejahtera dan mudah mudahan dalam rahmat dan perlindungan Allah. persoalan di atas sering ana kemukakan kepada para pelajar perempuan. Bukan apa…sekadar nak Tanya pandangan. Ana harap enti boleh terbuka minda dan tak mudah tersinggung kerana niat ana sememangnya nak tau akan asas dan puncanya. Dengan kata lain kenyataannya yang akan dikemukakan ini adalah ‘ Tanpa Prejudis’.



Basically, kita berbangga apabila 70% wanita kita berjaya ke Universiti walaupun yang lelakinya lebih suka ke pusat serenti. Tapi agak menghairankan kenapa kes-kes di Mahkamah Syariah pun menujukkan 70% penganiayaan suami terhadap isteri. Apakah educatednya isteri masih gagal untuk membentuk dan mengawal keluarganya ?


Kemudian pernah timbul isu Amina Wadud menjadi Imam, setakat yang ana perhatikan…tidak pula kedengaran suatu kenyataan rasmi daripada Muslimah kita membantah tindakan tersebut dengan hujah-hujah ilmiah. Termasuk isu hak wanita bertudung yang didiskriminasi atau dibuang kerja semata-mata bertudung…tidak pula bangkit secara rasmi atau wujudnya memorandum khas di kalangan Kesatuan Muslimah Profesional yang membela hak untuk bertudung.



Mengenai topik utama peranan manusia sebagai khalifah. Maknanya ia ditaklifkan ke atas semua tanpa mengira jantina. Kewajipan dan tanggungan untuk menegakkan syariat Islam adalah terpikul ke atas insan yang memperakui keesaan-Nya dan kerasulan untusan-Nya. Cuma apabila topic yang agak berat ini cuba nak dikongsikan dengan muslimah kita(walaupun educated) agak bermasalah. Apakah mentaliti yang terpahat di minda dan pegangan di hati sehingga isu yang bersifat ‘serious discussion’ agak sukar mendapat reaksi yang baik daripada wanita berbanding bab-bab hiburan, percintaan , fesyen, keluarga, set pinggan mangkuk, kuih raya, karpet, langsir baru dan lain-lain perkara yang menjamin masa depan ekonomi Negara. Sebab tu anak agak tersinggung apabila sesetengah lelaki berkata “alaa…biasa la perempuan. Apa sangat enta nak expect daripada diorang? Setakat cerita pasal shopping, beranak dan jalan-jalan…itu la topic yang boleh ‘masuk’ dengan depa. Selain daripada tu, jangan harapla enta boleh sembang pasal secular ke, islam liberal ke walaupun Nampak depa tu educated, tapi gaya pemikiran tak ubah seperti operator pengeluaran”.



Jikan diperhatikan senario peperangan di Gaza, Lubnan, Palestin dan lain-lain Negara Islam yang sering diganyang oleh Israel dan sekutunya… masyarakat Islam biasanya sekadar mampu mengutuk serangan tersebut sedangkan golongan kuffar saban hari tidak berhenti-henti membunuh manusia. para penceramah kita hanya menyebut bahawa akan datang suatu ummah yang mana orang Islam akan menjadi ‘santapan’ musuh . jumlah kita ramai tetapi ahli-ahlinya tidak berkualiti(ibarat buih-buih yang tidak berguna). Kalau adapun reaksi umat Islam di Malaysia khasnya(yang hanya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam)terhadap serangan kejam Israel, mereka sekadar mewarisi empat kaedah ini iaitu demonstrasi, boikot, derma dan solat hajat. Ana terfikir bagaimana sekiranya peperangan itu wujud di Malaysia. Bagaimanakah keadaan mereka yang berfkrah family man(yang sebelum ini hanya sibuk dengan karenah ahli keluarganya) untuk survive…..sedangkan bom di sana sini dan peluru yang keliling pinggang. Adakah di ketika itu persoaln keluarga masih lagi wujud atau masing-masing hanya fikir langkah untuk menyelamatkan nyawa sendiri.



Atas alas an itu ana selalu bertanya pelajar perempuan, yang seringali mengimpikan ‘kebahagiaan’. Soalan ana kepada mereka… apakah enti akan berasa cukup bahagia sekiranya mempunyai suami yang jujur dan setia, mempunyai anak yang soleh dan taat, mempunyai kerjaya dengan gaji RM7000.00, tiada masalah kesihatan atau kecacatan, mempunyai kereta atau kenderaan yang jarang sekali rosak, memiliki rumah yang selesa (tiada kebocoran atau masalah kecurian), jiran-jiran yang sedia menolong dan mempunyai ‘bibik’ yang amanah?

Almost memberikan jawapan itulah kebahagiaan yang diimpikan kerana itulah ;pencapaian’ terhebat dalam hidup mereka. Lantas ana bertanya , bagaimana sekiranya apa yang menimpa Lubnan, Palestin dan lain-lain Negara bergolak itu turut berlaku kepada kita? Apakah kebahagiaan sebegitu masih wujud? Mereka diam… apa yang ana maksudkan buanlah beerti semua perempuan mesti jadi tentera, sebab sejarah pun telah membuktikan tiada panglima wanita….tetapi paradigm di atas lebih bersifat ‘kepentingan peribadi’ yang hanya memikirkan permasalahan dalaman mereka. Ana berpendapat mereka tidak pernah terfikir perkara lain yang diluar skop masalah ‘kepentingan peribadi’ itu. Apatah lagi nak fikir isu murtas yang kini kian serius melanda umat Islam, kenaikan harga barang, gejala Mat Rempit, pembuangan bayi, siswazah menganggur, masalah rasuahdan penyelewengan kuasa dalam politik, kesengsaraan umat Islam di luar sana dan lain-lain perkara yang lansung tidak pernah wujud pun dalam kamus hidup mereka. Dengan kata lain di sinilah unsure pemikiran selfish , individualistic, atau self interested, materialistic, angkuh serta keras kepalamula bertapak dan menunjangi gaya hidup masyarakat kita. Bahan mungkin juga ada yang berkata, ‘kibur kita lain-lain , jadi kenapa nak menyibuk..? dosakan masing-masing tanggung..?



At last, apabila ‘kebahagiaan’ yang disenaraikan tersebut tiada, maka isteri itu akan mula buat perangai, mudah merajuk, membesarkan hal-hal yang kecil, bersikap mengada-ngada dengan harapan agar suami memberi perhatian kepadanya. Jika usaha tersebut tidak berhasil maka akan timbul watak-watak baru yang dimainkan oleh mertua, ipai duai, rakan-rrakan sepejabat yang bertindak sebagaiwartawan yang tidak bergaji, untuk ‘mengukuhkan’ usaha isteri tersebut. at last, suami itu menjadi manusia yang hanya mengikut kehendak isteri dan telunjuk keluarga isteri.



Dengan keadaan family yang ‘mantap’ ini, bahkan ana percaya kebanyakan institusi kekeluargaan di Malaysia bersifat begini, adakah Negara mampu melahirkan umatnya yang kuat dan berkualiti? Sedangkan kaum ibunya hanya sibuk dengan perihal ‘kepentingan peribadi’ mereka dan amat jauh untuk memikirkan hal-hal yang lain. Sekali lagi ana bertanya kepada pelajar perempuan, sekalipun kamu menyedari bahawa kamu mungkin kurang berilmu, jasad kamu yang tidak sehebat lelaki, tetapi tidakkah kamu terfikir bahawa sekalipun aku tak mampu…aku mengharapkan suamiku menjadi tokoh, anakku menjadi aorang yang banyak berjasa dan pemikiranku mampu mengubah gaya hidup masyarakat. Sekali lagi mereka diam… kalau ada pun yang menjawab, tetapi sekadar menyakitkan hati. Katanya “ ala ustaz, tak semua orang nak jadi mufti…” walaupun kita menyedari mufti yang sedia ada tidaklah sehebat seprti Yusof Qardhawi.



Kita tengik Prof Dr. Mahmood Zuhdi Dari Universiti Malaya(kini berkhidmat di UIA), bagaimana beliau Berjaya sa mpai ke tahap itu, apakah ia akan berlaku dengan begitu mudah jika tanpa sokongan isterinya (Dr. Paizah)? Kehebatan dan kewibawaan Mahmood Zuhdi agak sukar dipertikaikan dan ditambah dengan sokongan isteri yang juga tidak kurang hebatnya. Apakah kita pernah berniat untuk melahirkan Mahmood Zuhdi ke-2? Jadi ana mengharapkan enti dapat menjelaskan (setakat yang termampu, maybe termasuk pandangan peribadi) mengenai senario permasalahan ini…


Sekian wassalam.


***** ****** ******* ****** *****


Macamana, dah selesai membacanya…at last, saya tinggalkan kepada kalian persoalan yang sudah saya Tanya kepada sir di akhir perbincangan:

Sir, jadi apa yang kami kena buat ?



Namun, sir diam tetapi ada sebaris senyuman …seperti memaksa saya untuk berfikir sendiri….


*nama lecturer saya tu dirahsiakan…
Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari