Khamis, 16 Ogos 2012

A dedication to my inspiration


A dedication to my inspiration
-Terima kasih atas segalanya -

Kuyakin dia tidak pernah tahu
Betapa dia punya warna yang
Membuatkan diriku sentiasa bersemangat
Dalam melangkah maju kehadapan

Dia selalu menulis untukku satu perkataan : cayoik3!

Kuyakin dia itu ikhlas orangnya
Memberi nasihat dalam salahku
Ajari ilmu dalam jahilku
Menjadi doktor dalam sakitku

Dia selalu begitu seumpama sang mentari pagi yang sentiasa  menyinar

Iya,
Ingin saja kusuarakan padanya
Biar dia mengerti dan tahu
Bahawa dia punya value dalam hidupku
Bahawa dia punya nilai disisiku

Terima kasih kerana membuatku sentiasa terinspirasi

Ya Allah,
Engkau berikanlah kepadanya
Yang terbaik untuk kebaikan akhiratnya

Ya Allah
Engkau  permudahkanlah segala urusannya
Agar dia merasakan kehadiran pertolongan dari-Mu

Ya Allah
Andai dia semakin jauh dariku
Andai dia tidak lagi seperti dulu
andai tiada lagi kata  ucapan semangat darinya
kumohon biarlah spiritnya mahupun auranya kekal dalam semangatku
walaupun dia tidak lagi menjadi bayangku
amin…

(bermula saat ini, saya ingin menulis ‘karangan roman’ untuk setiap insan yang dekat dengan hati saya inshaAllah.. kerana saya bimbang saya tidak punya ‘masa’ lagi untuk menghargai mereka sekurang-kurangnya dengan menulis perihal kebaikan mereka. ajal maut seseorang itu hanya Allah yang tahu  )



kenalkan


Untuk post yang ke- 298
Saya mahu mencoretkan butiran peribadi di sini
-selamat berkenalan-

Nama penuh:
Wan nur izzati bt wan nor anas

Tarikh Lahir:
11 julai 1990


Anak:
Sulong daripada 7 adik beradik


Hobi:
Belajar


Pendidikan:
Taska piama-1995
Pasti Abim at-tarbiah-1996
Sekolah Rendah Kebangsaan Tiong -1997(Jan-Mei)
Sekolah Rendah Islam Abim Al-Hikmah-1997(Jun)-1999
Sekolah Rendah Islam An-Nur-2000-2002
Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu-2003(Jan-Mei)
Kolej Sains Teknologi Al-Quran (Kostaq Besut)-2003(Mei)
Kolej Sains Teknologi Al-Quran (Kostaq Dungun)-2004
Smu(A) Sullamiah – 2005-2007
Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu-2008(Jan-Mei)
Universiti Darul Iman,Terengganu (Diploma Undang-Undang)-2008-2011(julai)
Universiti Sultan Zainal Abidin(Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam(Syariah)-2011(sep)-2015(Jan InshaAllah)

Sifat
Suka berfikir
memerhati dan analisis keadaan sekeliling
tepati masa
berpegang pada  janji
mudah sensitif (tetapi tidak mudah tunjuk rasa sensitif)
 mudah memaafkan (lebih-lebih lagi jika seseorang menggunakan perkataan ‘maaf’-the most powerful word is maaf)
tidak sukakan konflik
tegas
sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan

Sifat yang tidak disukai
mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang
hipokrit
tidak berpegang pada janji
menipu dan meniru(dalam konteks pelajar)
mengumpat
sombong
tidak menghargai seseorang setelah mendapatkan apa yang dimahukan


Perkataan yang paling disukai dan selalu digunakan
alhamdulillah
maaf
terima kasih

Perkataan yang paling tidak disukai
kata-kata sindiran yang tidak membina

Pancaroba dan impian dalam hidup :

apabila saya melihat kanak-kanak yang tak berayah dan tak beribu meminta wang di tepi-tepi jalan,rasa  sayu di hati. Alangkah indahnya, jika saya dapat mengumpulkan mereka si anak yang yatim piatu lalu 

memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.
apabila orang-orang yang susah datang ke rumah saya untuk meminta derma, rasa sedih di hati. Alangkah bagusnya jika saya mempunyai wang yang banyak untuk diberi kepada mereka.

apabila saya mendengar khabar tentang seseorang walaupun saya tidak kenal bahawa dia butuhkan semangat, hidupnya dalam kesepian atau hidupnya punya masalah, rasa ingin membantunya sehingga dia akan merasai kehidupan itu bukan untuk ditangisi.


Khamis, 2 Ogos 2012

bukanku tak setia


Oh, Tuhan
Bukanku tak setia pada janji
Bukanku tak sudi untuk kotakan
Bukanku tak cinta
Sungguh ku tak berdaya
Menggenggam erat janjiku pada-Mu

Oh, Tuhan
Leraikan segala duniawi dalam hatiku
Agar kubisa persembahkan setiaku pada-Mu

Monolog: apakah cinta sejati yang kekal abadi dan tiada fananya tidak memerlukan pengorbanan?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). al-Baqarah 214




Khamis, 26 Julai 2012

jangan ini yang terakhir


Assalamualaikum…

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Petang tadi, result untuk semester 2 telah pun dikeluarkan. Syukur atas rezeki yang Allah beri. Sungguh terkejut dan mengejutkan. Iyalah, hanya 1 subjek sahaja yang memang dapat jawab atas izin Allah ketika exam lepas. namun, result yang keluar sungguh  mengujakan hati saya J

Betul kata orang, rezeki itu Allah punya bukan manusia yang punya.
dan dalam entri yang cukup pendek ini, saya mengucapkan :

1-      Alhamdulillah…terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu.

2-      Terima kasih kepada:

Ibu abah kerana memberikan sokongan dan doa yang tidak putus-putus.

Para pensyarah yang sudi mengajar saya
“ ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa para pensyarahku, Engkau berikanlah kesenangan dalam hati mereka dan Engkau kurniakanlah jannah buat mereka kerana mereka telah menyebarkan ilmu-Mu kepada insan-insan termasuk diriku untuk kami lebih mendekatkan diri kami dengan-Mu”

Kawan-kawan yang banyak membantu

Dan

Yang teristimewa buat somebody kerana doa dan support kepada saya untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan mahupun test.

Terharu sangat apabila setiap kali ada ujian dan exam, 10 mini t atau 5 minit b4 exam atau test, pasti ada pesanan ringkas daripadanya dan antara ayat-ayatnya adalah…

“bittaufiq wannajah”
“Chayoik3”

Doa saya untuknya:
Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan dia. Dan Engkau berikan kepadanya yang terbaik  untuk dunia dan akhiratnya.


terakhir kalinya, 
Terima kasih Allah!

Jumaat, 29 Jun 2012

I luv u..abang!


Dia;antara lelaki –lelaki yang saya kasihi
Ya, semua lelaki islam patut saya kasihi
Saya berkata begini kerana
Rasulullah, seorang lelaki
Ayah saya juga seorang lelaki
Adik-adik saya juga ada yang lelaki
Pak cik-pak cik saya juga lelaki
Kawan-kawan sekuliah juga ada lelaki
Agamawan-agamawan juga ramai lelaki
Oleh itu tak kira perempuan atau lelaki
asalkan menyembah Illahi
Saya patut mengasihi mereka!


Dia; salah seorang lelaki yang saya cintai
Persis sebutir bintang di angkasa
Saya menganggapnya begitu
Dia hadir dalam hidup saya
Menjadikan hidup saya
Ada serinya; ada cahayanya

Dia; salah seorang lelaki yang saya kasihi,
Bukan kerana kehensemannya
Bukan kerana kepetahannya berkata-kata
Namun
Kerana dia juga mencintai saya
Perbuatannya juga mentafsirkan bahawa
dia mencintai saya
Perkataannya juga begitu
Boleh saya simpulkan bahawa
Dia mencintai saya
Dengan hati
Ucapannya
Tingkahnya

Mengapakah saya berkata begitu?
Ini antara sebabnya
Masih teringat
dia selalu sahaja
Memberi kata-kata manis kepada saya:

kak, tudung yang akak pakai ni jarang”
“kak, baca buku agama”
“kak, kurangkan tonton tv”
“kak, baju yang kak pakai colour terang”
“kak, abang tak suka kakak letak gambar dalam FB”
“kak, nanti bila abang balik jordan…abang nak bawa kak pergi dengar ceramah Maulana Asr..kak nak pegi ke tak ..abang nak bawa jugak”

Ya,
Dia selalu begitu
Selalu membetulkan apa yang saya salah
Dia selalu begitu
Selalu memberi nasihat apa yang saya kurang
Dia selalu begitu
Selalu memaut tangan saya  ketika saya hampir terjatuh

Ya,
Saya mensyukuri kurniaan ini
Saya berterima kasih kepada Illahi
Kerana mengurniakan seorang adik lelaki
Yang sangat mencintai
Kakaknya
Dan saya yakin
Cintanya kepada saya
Bukan terhenti di dunia fana
tetapi cintanya untuk membawa saya terbang  ke syurga
terima kasih abang!

Dia; antara lelaki yang saya kasihi; adik saya ; Wan Muhammad Izzat
Kakak cinta abang!



Selasa, 26 Jun 2012

“ ya lah…engkau jangan haraplah…”




“ ya lah…engkau jangan haraplah…”


Masih terngiang-ngiang kata-kata mereka di cuping telinga saya.

“ izzati… engkau nak pegi jumpa dengan ustaz tu?. Engkau nak cakap yang engkau ni budak law dulu so dia boleh consider kalau engkau tak pandai arab?”

“ ya lah…engkau jangan haraplah.. izzati. Ustaz tu tak akan consider punya. Balik-balik dia akan cakap kenapa tak berusaha dulu”.


Kata-kata ini dikembalikan kepada saya setelah saya mengajak mereka berdua berjumpa dengan lecturer yang mengajar saya dalam subjek arab.


Ketika kata-kata ini dihamburkan, saya merasakan pilu sekali. Mengapakah, niat saya untuk bertemu dengan pensyarah itu dimatikan oleh sahabat-sahabat saya. Sedangkan, saya hanya mahu meminta nasihat daripadanya bagaimana seharusnya saya memulakan langkah untuk belajar bahasa arab daripada bawah. Sungguh, saya sudah lama lupa mengenai ‘irab, nahu mahupun soraf. Kalau ingat pun, satu dua je pun.


Kata-kata mereka ini meresahkan saya. Sesungguhnya, saya takut sekali mendengar umpatan atau mengumpat para pensyarah. ya Allah, pensyarah itu baik sangat. Saya menolak sangkaan buruk mereka itu dalam hati.

Niat saya untuk bertemu dengan pensyarah tersebut mati begitu sahaja.

erm...

Walaupun, pada kelas pertamanya saya sudah kena berdiri kerana tidak dapat menjawab soalan nahunya yang mudah. Namun, saya tidaklah terasa hati ataupun marah kepada beliau. Memang, malu kerana kena berdiri. Namun, impak daripada denda beliau itu membuatkan saya mahu membuktikan bahawa saya juga boleh pandai arab seiring dengan sahabat sekelas yang masuk ke unisza dengan STAM atau lulusan diploma pengajian Islam.





Beliau baik rupanya

Beberapa minggu kemudian, takdir Allah yang mahu saya memperlihatkan kebaikan pensyarah tersebut. Saya mahu bertemu dengan pensyarah lain yang berdekatan dengan bilik pensyarah subjek arab saya itu. namun, tiada. Jadinya, mahu tak mahu saya terpaksa mengetuk pintu bilik pensyarah subjek arab itu untuk bertanyakan tentang pensyarah yang saya mahu ketemu.

“meh masukla”, ajak ustaz.

“ tak pe ke ustaz…ganggu ustaz je”. Saya berkias. Sebenarnya, takut dalam hati.

“ tak pe mehla.. borak2”

“ok..”.

Saya ajak sahabat saya yang menemani saya masuk bersama. Sahabat saya itu malu –malu masuk sebabnya dia pelajar daripada jabatan lain.

Begitu, rupanya ustaz. Baik sangat. Langsung tak sama dengan kata-kata sahabat saya yang dulu. Saya sempat berterima kasih kepada beliau kerana beliau mendenda saya dengan berdiri. Kalau tak, mungkin saya tidak akan berusaha untuk mempelajari bahasa arab.

“ustaz, terima kasih ye suh saya berdiri…sebab berdirilah malam-malam saya wat studi group.. kul 11 malam baru balik.”

Beliau tersenyum mendengar kata-kata saya itu.

Erm…sengaja saya tekankan da word balik pukul 11 malam. Hehe. Nak ustaz tahu betapa saya nak sangat pandai bahasa arab.

First time boleh duduk bila disoal

Untuk beberapa kali, beliau mahu test saya tentang nahu dalam kelas.

“hah, izzah, jawab sekali…”

“rasanya…:

Saya menjawab..

“ok, betul”

Lega rasanya..first time betul bila disoal…

Attention: pensyarah subjek ini selalu je panggil saya Izzah bukan Izzati. Tak tahu kenapa.

dalam kelasnya,  beliau tak garang. senyum je. gelak-gelak pun ada. cuma, kalau tak boleh jawab kena berdiri tu aje. dan sekarang ni, baru kawan-kawan dalam kelas tahu bahawa denda yang beliau laksanakan itu adalah untuk kebaikan kami;student beliau!

Thanks a lot, Ustaz!



Mentor saya!

Ya, kerana kena berdirilah, saya sanggup ke surau saodah untuk belajar bahasa arab daripada sahabat saya. di sana kami belajar nahu bersama. Dan selepas jam 11 malam, saya akan balik seorang diri ke kolej kediaman saya.
Kerana kena berdiri juga, saya bertemu dengan mentor saya hampir setiap ahad. Adakalanya hampir tiga jam berada di bilik beliau semata-mata belajar bahasa arab. Sungguh saya kagum dengan semangat mentor saya yang mahukan manteenya pandai bahasa arab.


Kadang-kadang masa belajar dengan mentor, ada juga kena marah. Hehe.

“ yang ni pun tak tahu? Lailahailallah! Enti ni pelajar syariah..ish”.

“ ustaz.jangan marah...dulu saya bukan student syariah”. Saya tersenyum 
mendengar keluhan mentor saya. Yalah, memang patut pun saya kena marah.


Namun, setelah beberapa kali ahad bertemu dengan beliau, saya mencuba membaca kitab arab (bertalaqqi) dengan beliau;mentor saya. Alhamdulillah memberangsangkan. Sudah sikit salah baris ketika baca.

erm...

Masih ingat ketika belajar dengan mentor, mentor ada menitipkan banyak pesanan dan nasihat. Salah satunya berkaitan dengan bahasa arab. Kata beliau:

“sebenarnya enti ni belajar bahasa arab sebab apa? Sebab nak pandai? Atau sebab nak baca kitab arab dengan betul? Sebenarnya itu bukan tujuan belajar bahasa arab. Tujuan kita belajar bahasa arab adalah ubudiyyah.”

Tambah beliau lagi

“ana berdoa ana nak pandai bahasa arab kerana ana nak berdoa dengan bahasa Rasulullah..”


Ketika mendengar titipan ini, syahdunya rasa di hati.

Thanks a lot, mentor!


Kesimpulan
1)      Jauhi mengumpat para pensyarah;guru
2)      Bersangka baik dengan para pensyarah atau guru. Mereka bertegas dengan kita pasti ada sebabnya.
3)      Kalau nak sesuatu, berusaha. Jangan mengalah! Cayoik3!
4)      jangan dengar kata-kata yang boleh menjatuhkan anda.
5)      Sayangi para pensyarah
6)      Berterima kasihlah kepada pensyarah anda


saya sayang para pensyarah saya!




sungguh, saya cemburu dengan mereka!


Saya cemburu dengan mereka
Mereka… adalah kenalan yang saya kenali ketika di bangku sekolah
Mereka…adalah kenalan yang saya kenali ketika di universiti
Mereka… sudah pun kecapi kebahagiaan  itu
Mereka …terlalu ramai untuk disebutkan di sini
Sungguh, saya cemburu dengan mereka


Beberapa tahun ini, terlalu banyak perkhabaran bahagia tentang kenalan dan sahabat datang kepada saya. Dan tak sampai seminggu ini juga, perkhabaran itu sekali lagi singgah ke telinga saya. tahniah! Itulah perkataan pertama yang akan saya ucapkan selepas beberapa detik mendengar khabaran tu.


Sungguh, saya cemburu dengan mereka!


Mereka telah pun memilih jalan yang Allah nukilkan dalam firman-Nya. Mereka telah mempasakkan untuk beriman dengan ayat-Nya lantas bertawakal setelah menuruti jalan redha Allah. Saya yakin Allah akan bantu mereka walaupun ramai yang berkata kepada mereka bahawa mereka itu seharusnya tidak memilih jalan itu kerana mereka miskin atau masih melanjutkan pengajian atau apa-apa alasan sekalipun. Mereka tetap dengan jalan mereka. Benar, tawakal mereka sungguh tinggi pada Allah. Mereka juga akan merasai betapa indahnya hidup dalam tawakal kepada Tuhan. Dan pastinya terbit di hati mereka rasa kehambaan dan merendah diri kepada Pemilik alam ini.


Sungguh, saya cemburu dengan mereka!


Pernah saya fikir, ada di antara mereka yang dipilih  jalan ini, masih tidak tahu hukum hakam agama atau masih tidak menutup aurat dengan sempurna atau masih tidak solat. Tetapi Allah telah memilih mereka untuk memilih jalan ini. Sedangkan jalan ini akan membuahkan generasi ummah! Andai mereka disatukan tanpa tahu hukum hakam pastilah generasi ummah itu akan rosak.
Itu fikir saya sebelum ini.

Namun,


Saya tidak boleh berfikir seperti itu. Salah, untuk saya berfikiran sebegitu. Dan Siapa saya untuk mengkonklusikan hal itu.

Saya fikir lagi.


Allah itu maha Penyayang. Dan Penyayangnya Allah itu merangkumi semua hambanya. Tidak kira baik atau jahat. Allah sayang semuanya. Tandanya, Allah membuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya sebelum maut menjemput mereka. Buatlah seberapa banyak dosa, andai si pembuat dosa itu bertaubat denga taubat nasuha, pasti akan diampunkan dosanya.


Jadi,


Allah telah memberikan kesempatan kepada mereka yang tidak tahu hukum hakam itu dengan memilih jalan ini untuk mereka gandakan pahala. Sesiapa yang memilih jalan ini, sudah pasti akan digandakan pahala setiap amalan  yang diniatkan kerana Allah.


Selain itu, Allah sudah kurangkan dosa mereka dengan menjadikan mereka terpilih untuk melalui jalan ini.

yang selebihnya, Allah yang Maha Tahu. 


Sungguh, saya cemburu dengan mereka!


Mereka ini membuatkan saya cemburu…

Saya percaya bukan hanya saya seorang sahaja yang cemburu dengan mereka…

Saya yakin bukan hanya saya seorang sahaja yang cemburu dengan mereka…

Dan kerana itu

Tulisan ini walaupun saya tulis dengan membawakan watak ‘saya’

Namun

‘Saya’ itu kemungkinannya

Boleh diterjemahkan

sebagai

Anda; pembaca entri ini

Atau

Anda; yang pernah merasai perasaan ini



Terakhir…

Walaupun masih cemburu kerana waktu itu masih belum kunjung tiba

Optimis seharusnya ada pada diri

Mungkin Allah mahu diri yang cemburu ini

Mengupgradekan iman, amal ataupun ilmu-ilmu agama

agar boleh menjadi perisai untuk masa mendatang

agar bersedia untuk mendidik generasi yang bakal datang dengan ilmu

bukan dengan acuh tak acuh

tuntasnya…

semuanya ada hikmah

cepat…lambat atau sememangnya Allah tidak memilih untuk melalui jalan ini 

sehingga maut menjemput

pastinya ada hikmah

yang tersembunyi…

apapun..yang pasti

saya cemburu dengan mereka!


Khamis, 21 Jun 2012

sesukar untuk hidup


Hidup…
Tidak pernah merancang untuk kita

Hidup…
Kitalah yang mewarnainya

Hidup…
Tidak pernah mengerti kesukaan kita

Hidup…
Kitalah yang menjadikannya kelam atau bercahaya

Hidup…
Tidak pernah menangis untuk kita

Hidup…
Kitalah yang selalu menahan tangis untuknya

Hidup…
Tidak pernah berpura-pura

Hidup
Kitalah yang berpura-pura untuknya

Isnin, 18 Jun 2012

;)


Assalamualaikum!

Alhamdulillah…semuanya sudah selesai. Final exam telah pun ditamatkan. Ini beerti saya akan pulang ke kampong halaman dalam tempoh yang panjang. Lebih kurang 2 bulan setengah.
Btw, Alhamdulillah…
inshaAllah saya akan kembali ke Unisza pada bulan September.
Semoga, untuk semester hadapan, saya akan menjadi pelajar yang lebih matang…
Semoga untuk semester hadapan, saya akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh …
Semoga untuk semester hadapan, saya menggunakan umur 22 tahun(sekarang masih 21 tau J) dengan lebih hemat.
Semoga untuk semester hadapan, Allah mempermudahkan saya menuntut ilmu..

Btw,alhamdulillah…
Saya masih tak merancang apa yang harus saya lakukan ketika berada di rumah sepanjang cuti ini.
Kerja?
Mungkin tidak…
Surirumah?
Mungkin ye…
Tolong emak saudara wat catering?
Mungkin ye…
Tutor pada adik-adik?
Mungkin ye…
Hafal quran?
Wajib!
Baca buku yang berfaedah?
Wajib…nanti otak beku kalau tak baca buku!

Apapun, short list apa yang harus dibuat agar cuti ini tidak dibuang waktunya begitu sahaja…

Ok..
J

Oh…tak sabar menanti kepulangan adik saya, izzat…18 Ogos ini…doakan semoga beliau dapat menghabiskan deegreenya itu dengan jayanya…
Erm..kakaknya baru nak masuk tahun 2…adik dah nak habis belajar…




                mesti rindu ngan meja studi ni...

Ahad, 17 Jun 2012

selalu saja


Selalu begitu…

Selalu sahaja kita yang mengambil berat tentang orang…
Selalu sahaja kita mencuri dengar tangisan dalam hatinya…
Selalu sahaja kita berdoa untuk kebahagiannya…

Selalu..
Selalu sahaja kita lakukannya tanpa dipinta…
Tuntas kita utarakan bahawa
Ini bukan pengorbanan…tetapi ini merupakan sebuah keikhlasan
Yang turun dari langit untuknya…Cuma
Perantaranya adalah kita.

Selalu…
Mengapakah kita yang selalu mendoakan untuknya
Sedangkan ramai lagi manusia yang belum kita doakan?
Mengapakah kita yang selalu bertanya khabarnya
Sedangkan ramai lagi yang belum kita tahu keadaannya?

Ya…
Inilah kuasa Tuhan
Yang mencampakkan naluri untuk
Kita
Berdoa untuknya
Inilah ajaib kuasa Tuhan
Yang menurunkan
Cinta untuknya
Inilah kuasa Illahi
Yang merenjiskan keikhlasan
Tanpa sedar, kita rela memperlakukan
Sebegitu…

Bersyukurlah
Kerana
Melalui kita
Dia, ada yang mendoakan untuknya
Melalui kita
Dia, ada yang mencintainya
Melalui kita
Dia, ada yang ikhlas untuknya


Jumaat, 8 Jun 2012

rindu!


Assalamualaikum!

Sedikit gementar. sedikit kebimbangan apabila melihat jadual peperiksaan sememangnya padat. Tiada gap langsung. Setiap hari ada paper. Dan ada dua paper untuk satu hari. Sepertinya tidak boleh bernafas!


Tiba-tiba jadi rindu pada ibu dan abah! Rasa nak calling lama-lama dengan mereka. lebih-lebih lagi dah 8 minggu duk sini. Tak balik kampong even kampong kat kota bharu sahaja. Hanya 3 jam sahaja untuk sampai ke sana. Btw, ibu abah tak balik lagi dari umrah. Kalau ibu call pun kejap je rasa. Tak sempat nak mengadu kestresan..manja!huhu.


Biasanya, apabila stresss bertandang ketika study week, mulalah calling ibu abah. Mengadu kerana stress! Ibu pula sentiasa akan cakap, jangan stress. Ibu dah doakan kakak.tidur dulu . Lepas bangun, study balik.


Yang ajaibnya, selepas sahaja menuruti kata-kata ibu, memang mudah untuk memahami subjek yang dibaca.


Benar kata pensyarah saya, gunakan kuasa magis seorang ibu atau ayah untuk mendoakan kita. inshaAllah makbul doa mereka!


Kalau mengadu kat abah, abah mesti Tanya carry mark dapat berapa…selepas itu, abah pun cakap la..ok dah tu..carry marknya. Jangan rungsing sangat.

Erm…


Esok  merupakan hari pertama peperiksaan semester berlangsung. Dua paper pulak tu. Doakan saya ye. Semoga Allah menerima usaha saya.  semoga segala usaha saya dalam belajar ini adalah kerana Allah bukannya untuk mendapat markah yang tinggi semata. Semoga niat belajar juga tidak dicemari oleh hal-hal remeh. Semoga saya dapat aplikasikan ilmu yang saya tuntut ini dalam kehidupan harian saya.


Ya Allah,
Permudahkanlah urusanku
Dunia dan akhirat…
Ya Mujib..


Doakan saya!


Erm: lepas je final..akan pening sal asrama lak. Orang lain dah sibuk cari rumah sewa…saya je wat  x tahu je…cam yakin sangat akan dapat asrama next sem..dengar-dengar probability tuk dapat asrama rendah sangat. Huhu.

Khamis, 24 Mei 2012

special days



Assalamualaikum…

Alhamdulillah…segala puja dan puji hanya untuk Allah.
Alhamdulillah…atas nikmat Iman dan Islam…

Hanya ingin menulis ucapan..



25 Mei

Selamat ulangtahun kelahiran kepada Din yang ke 14.


Semoga menjadi hamba Allah yang soleh, anak yang taat, adik yang baik hati, abang yang penyayang kepada adik-adik, pelajar yang cemerlang…juga semoga title ‘Hafiz’ ada di pangkal nama kelak. Tahniah, kerana dah hafal 10 juz…!

















28 Mei


 
izzah...


Ibu, abah dan Izzah akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah.

 Semoga mendapat umrah yang mabrur ibu, abah!















30 mei


Tarikh yang penuh bersejarah. Ibu dan abah disatukan dalam ikatan pernikahan pada 30 Mei 1987.


Semoga ikatan perkahwinan ibu abah kekal sehingga ke syurga…alhamdulillah..dah 25 tahun hidup bersama!

Sabtu, 12 Mei 2012

istikharah


Ya Allah,
Huraikanlah segalanya
Ku sudah tersungkur untuk memilih
Arah mana yang harus kupilih

Ya Allah,
Leraikan segala kekusutanku,
Ku sudah tidak berupaya lemah jiwaku
Tidak tahu jalan  terbaik untukku

Ya Allah,
Singkapilah tabir takdir
Ku sudah mula hanyut gusar
Lelah tidak keruan

Ya Allah
Tolonglah diriku
Bantulah diriku
Hamba-Mu yang tidak berupaya
Tidak mampu untuk waras dalam memutuskan

Leraikanlah
Huraikanlah
Ya Rabb…

Selasa, 8 Mei 2012

Gerimis


Sukar untuk menjelaskan…
Mengapa sering disalah fahami…
Terulit kecewa dalam kalbu..

Bersahabat kerana Allah! itu yang sering saya dengar dan baca. Dan  sepotong hadis Rasulullah juga mengenai persaudaraan semuslim juga sering diperdengarkan dalam majlis ilmu. Lalu saya pasakkan dalam hati bahawa saya mahu menjadi seorang sahabat yang mencintai sahabatnya. Yang menasihati apabila sahabat terlena di ulit masalah dunia. Yang menjadi pundak ketika sahabt merintih. Yang menjadi senyuman apabila sahabat bergembira.
Namun, sedikit kekecewaan dalam hati. Gerimis ini sudah ada dalam hati. Entah mengapa sahabat itu tersalah faham tentang tingkah saya. apakah dalah hatinya ada sedikit pesimis terhadap saya? apakah dia fikir saya punya maksud lain di sebalik itu. mungkinkah  ini andaian saya semata? Atau hanya saya sahaja berfikiran seupama itu?
Ya Allah…sesungguhnya
Aku mencintai sahabat-sahabatku
Aku ingin mendekati mereka
Ketika mereka gundah gulana
Aku ingin menjadi obor
Memarakkan semangat untuk perjuangan mereka
Aku ingin menjadi tanah
Untuk mereka menghampar penat lelah mereka

Ya Allah
Aku mencintai sahabat-sahabatku
Aku ingin mendekati mereka
Dan aku ingin didekati mereka

Ya Allah
Andai ada antara sahabatku sangsi denganku
Kecewa dengan tingkahku
Pedih dengan bicaraku
Benci denganku
Aku mohon pada-Mu ya Rabb
Engkau perlihatkan kepada mereka
Betapa aku ikhlas  dalam bersahabat…
Betapa aku mencintai mereka umpama aku mencintai diriku sendiri





Khamis, 3 Mei 2012

warkah untukmu si anak yatim...


Dirimu si anak yatim…
Ditinggalkan ayahanda untuk selama-lamanya…
Mungkin dirimu akan bertemu lagi dengan ayahanda
Namun pertemuan itu bukan di sini
Mungkin di Jannah kelak

Wahai  dirimu; si anak yatim…

Sesungguhnya, diriku sangat terkesan apabila melihat coretanmu di sana. Coretanmu membuatkan diriku berlinangan air mata. Pilu. Sesungguhnya ketika diriku sedang berbahagia bersama keluarga, ada insan yang bersedih hati mengenangkan masa lalunya bersama seorang ayah. Dan insan itu adalah dirimu dik. Maaf, izinkan diriku membahasakan diriku sebagai kakak. Juga izinkan diriku membahasakan dirimu sebagai adik.

Wahai adikku,si anak yatim…

Usah berduka dengan apa yang telah diaturkan oleh-Nya. Dia telah mengatur sebaiknya untuk dirimu dik walaupun dirimu berasa sangat sedih. Iya, memang terasa berat sekali apabila dirimu si anak tunggal yang tidak punya adik, kakak mahupun abang kehilangan ayah tempat untuk bermanja.  Manakala Ibumu pula berada jauh di samping orang yang tersayang. Bagaikan dirimu tidak punya siapa-siapa di dunia ini untuk meluah rasa gundah mahupun bergelak ketawa seperti orang lain. Bersabarlah dik. Seandainya dirimu mengetahui hikmahnya, sudah tentu dirimu mensyukuri akan takdir ini dengan lafaz hamdalah sebanyak bintang di angkasa.

Wahai adikku…kini engkau punya seorang kakak..

Izinkan diriku menjadi kakandamu. Walaupun dirimu tidak mengenaliku. Namun, kuingin tahu bahawa kini engkau punya seorang kakak! Aku ingin menjadikan dirimu sebagai adikku kerana aku tidak mahu ada antara manusia yang hidupnya sepi tanpa belaian kasih seorang kakak.  Panggilah diriku…kakak! Aku ingin sekali mendengar engkau memanggilku dengan panggilan itu…kakak! Dan engkau menyambung perkataan itu sambil berteriak kepada teman-temanmu dengan bicara: lihat, kawan-kawan..Saya ada seorang kakak! Ini dia kakakku; Saya tidak lagi sendiri di dunia ini!

Dik…  
Untuk terakhirnya, kakak mahu dirimu belajar bersungguh-sungguh di Unisza ini. padamkan kesedihanmu dengan kejayaan yang akan dikecapi kelak. Biar orang tahu, si anak yatim juga boleh berjaya lagi soleh bahkan dirimu akan  dijadikan  model kepada mereka yang punya keluarga.

Dik, Percayalah pada diri sendiri. Dan percayalah kepada Allah. Dia tidak akan membuatkan susah untuk sepanjang hayatmu. Dia sangat mencintaimu. Dan Rasulullah juga sangat mencintai seseorang seumpamu; seorang anak yatim.

Dik, letakkan pergantungan pada Allah. Pasti Dia akan membalasnya dengan sesuatu yang baik. Tawakal itu penting!

Dik, kakak doakan agar dirimu akan punya seorang ‘abang’ untuk menjaga dirimu untuk kakak kerana Kakak tidak bisa menjagamu dari dekat dek kita adalah dua insan berbeza sifat dan gender. Andai ‘abang’ itu masih tidak kunjung tiba, cukuplah bagi kakak , Allah yang akan menjaga dirimu untuk kakak.

Dik, tibalah waktu kakak mengundur diri, kakak doakan dirimu tidak lagi kesepian kerana dirimu sudah punya Allah! pasakkan dalam hatimu bahawa Allah itu sudah cukup untukmu dik.
K, …inshaAllah, kakak akan memerhatikanmu dari jauh. Dan mendoakan kebaikan untukmu.



Kini, dirimu punya seorang kakak!
Dan kini diriku bertambah seorang adik!

Kakakmu yang jauh di mata,
Izzati Anas


Jumaat, 27 April 2012

kerana cinta, puisi tidak dilagukan



 ketika roman cinta mengalir ke muara sungai

 kerikil-kerikil di muara

 mula tersenyum indah

 katanya: cinta itu indah membuatkan sang pencinta

 rebah meresahkan yang membahagiakan

 ah,Itu bukan cinta!

 Kerana Cinta itu adalah indah

 yang membuatkan Sang pencinta segar dalam beribadah

 Tangkas dalam mengatur langkah

 Kerana cinta itu adalah ciptaan Tuhan!



 Kerana cinta, Kutegaskan nada

 Kerana cinta, Puisi tidak dilagukan

Kerana cinta, Lafaz pencinta tidak diungkapkan

 kerana cinta, ukiran rindu tidak bersambut dengan kata 

ini kerana diriku tidak mahu menghamparkan

 permaidani  kemurkaan Illahi untuk orang yang kucintai

 itu tandanya  ku kasih padanya


Biarlah

Sebelum detik itu tiba,

semuanya hambar,

biarkan begitu,

kerana kasih Allah yang mahu dicari

 kerana redha Tuhan yang mahu diraih

kelak barakah menanti

ganjaran ibadah berlipat kali



semoga mengerti...



 • Menggunakan watak ‘aku’ dalam puisi ini bukan beerti menunjukkan situasi penulis namun untuk pembaca  lebih menjiwainya

Khamis, 26 April 2012

awan itu rapuh

Kesekian kali cahaya itu mulai suram. Titis-titis gerimis mula membasah Bumi. Renyai hujan mula membuka kisah. Memanifestasikan Resah dan sedih Gelisah dan hiba Yang tersorok dalam awan putih. Sudah lama Awan putih itu Bertahan gundah. Nampak teguh tak bertiang di antara langit dan bumi namun itu hanyalah luaran semata. namun bumi terus berprasangka pada awan putih sambil berteriak: awan putih tidak pernah kan rapuh atau goyah di sana selalu kuat tidak berperasaan! Ketahuilah sebetulnya, Awan itu rapuh. Serapuh hati manusia.
bumi…awan ini sudah dipenuhi titis titis air yang mungkin akan turun lebat membasah dirimu. Sudah tidak tertahan… ya Allah, redhailah kami…

Isnin, 2 April 2012

Takdir part 1

Takdir sedang mempersembahkan segala yang Allah sudah aturkan. Syukur. Alhamdulillah. Segala-galanya telah ditentukan oleh-Nya. Segala yang diatur-Nya pasti punya hikmah dan ibrah yang tersendiri.



Sebelum ini, saya pernah menceritakan pengalaman saya menjadi seorang mahasiswi yang bukannya dari pengkhususan agama di laman ini…masih ingat…saya pernah ‘gaduh-gaduh’ dengan classmate kerana hal itu wajib diperbetulkan. Pernah juga saya ‘gaduh-gaduh’ dengan presiden persatuan fakulti dek budaya mahasiswa Islam dalam fakulti semakin mengecewakan, pernah juga saya diumpat oleh classmate dek mereka bilang saya ini jumud, pernah juga saya buat hal tidak pergi ke event anjuran persatuan fakulti dek saya yakin di sana pasti ada percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.



Namun, ketika ini, saya mula mensyukuri cabaran demi cabaran yang Allah aturkan untuk saya. bukan untuk mendabik dada bahawa saya sudah menghadapinya. Namun, ketika saya berada dalam situasi begitu, saya merasakan diri saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menjadi kuat dan tabah walaupun saya keseorangan ketika itu. Perasaan kebersamaan dengan Allah itu ada. Itulah yang saya syukuri sangat.



Walau seluruh isi dunia meninggalkan insan, pasti Allah tidak akan pernah tinggalkan hamba-Nya.



Bersambung…


Khamis, 29 Mac 2012

Updated

Alhamdulillah…
Syukur atas kurniaan Illahi…Iman dan Islam

Kini, saya sudah jarang-jarang menulis. Kata hati laksanakanlah urusan yang lebih afdhal dilakukan terlebih dahulu. Jadi, mungkin itu salah satu faktor mengapa saya jarang-jarang update blog :)

Terkini, banyak hal dan perkara yang berlaku sudah merubah sedikit demi sedikit kehidupan saya yang lalu. Sehingga saya berasakan bahawa saya sudah semakin dewasa. Bukan lagi kanak-kanak yang boleh dimanjakan.


Kini, tanggungjawab demi tanggungjawab tergalas. Amanah demi amanah terpikul di bahu. Semuanya harus digalas dengan baik.


Kata orang, kita harus belajar bagaimana untuk fokus dua perkara dalam satu masa.

Dan kini, saya sedang belajar untuk pandai membahagikan masa. Antara pelajaran , persatuan dan keluarga( even duk unisza sekalipun...keadaan keluarga di KB mesti diupdate selalu)! Mungkin untuk masa hadapan, saya perlu fokus untuk empat perkara dalam satu masa. Mana tahukan? Walau dirancang perjalanan hidup dengan rapi, ia tidak semestinya mengikut acuan kita. Jadi, seharusnya…saya harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan demi perubahan dalam kehidupan. Ops, lari tajuk!


Kini, saya masih ada hutang dengan teman baik saya. saya masih belum punya waktu untuk menulis sesuatu yang dipintanya. Katanya untuk sebuah nasihat. inshaAllah saya akan menulis walaupun saya bukannya seorang baik mahupun solehah. Saya hanya wanita biasa-biasa sahaja yang imannya ada jatuh dan bangun…turun dan naiknya.

AWak…kalau wak baca tulisan ni..inshaAllah saya akan tulis untuk wak. Maaf ambil waktu yang lama.Sama-sama kita upgradekan peribadi kita kea rah Durrah Sofiah ye. Sayang awak kerana Allah…moga ukhuwwah kita bertaut untuk selamanya…



kini dan terkini,
saya masih begini...


(next week cuti mid sem)

Khamis, 15 Mac 2012

ALLAH SEBAIK-BAIK PENOLONG


Allah ada bersama kita!

Ketika manusia lain berjalan sambil berteman, kita memandangnya dengan bahagia. Kata kita: alangkah bahagianya mereka mempunyai teman bicara.
Ketika manusia lain memandang kita dengan perasaan pesimis terhadap apa yang kita pegangi,kita bersedih hati. Kata kita: aku kini sudah tidak punya siapa-siapa lagi!.

Bertenanglah! Allah bersamamu!


Sahabat!


Saya pernah dibiarkan sendirian sepi oleh sahabat-sahabat saya sendiri. Dek kerana saya berpegang kepada prinsip bahawa saya tidak mahu membuat persembahan pada malam Annual Dinner bagi semester tersebut kerana persembahan yang mahu dibuat ada kaitan dengan suara wanita. Jadi, saya tegaskan bahawa saya mahu mengecualikan diri daripada sebarang persembahan untuk malam tersebut.

Dan untuk pertama kali saya dipandang sinis oleh sebahagian sahabat sekelas saya. Kata mereka, saya tidak up-to-date a.k.a jumud!

Sahabat!
Peribadi saya juga pernah diserang apabila saya menetapkan pendirian bahawa saya tidak mahu berkongsi kereta dengan kawan lelaki saya. Maksudnya, kawan lelaki menjadi pemandu untuk saya dan sahabat lain ke perpustakaan di Bandar untuk membuat sedikit research. Saya tolak. Saya tidak mahu saya ada rekod itu. dan saya ambil jalan mudah tanpa menyusahkan sesiapa dengan menaiki van. Selesai masalah!
Namun, ada suara sumbang mengatakan saya ini jumud lagi. marah-marah. Saya pun tidak tahu kenapa mereka emotional apabila saya memilih jalan yang saya pilih.

Sahabat!

Saya juga pernah disindir oleh ‘orang besar’ persatuan fakulti saya setelah memberi pandangan terhadap attitude sebahagian Flairians ketika itu di dewan kuliah utama. Saya hanya mampu tersenyum untuk tidak menangis. Ketika itu juga, tiada seorang pun menyambut komentar saya itu dengan sokongan secara zahir. Sepertinya saya bersendirian ketika itu tanpa sebarang kekuatan dari teman-teman.


Sahabat!


Ketika peristiwa demi peritiwa tersebut menghujani diri saya, saya berasa sangat sedih. Terasa diri saya ini tidak punya siapa-siapa. ketika air mata saya jatuh, entah mengapa satu perasaan yang mendamaikan terbit. Bagaikan jasad saya bersendirian namun terasa hadirnya Allah mendengar curahan hati saya. Lantas, saya tekadkan bahawa biarlah saya berpegang kepada apa yang saya pegang selama ini asalkan benar di hadapan Allah. Biarlah manusia mengungkapkan kata-kata nista asalkan Allah redha.


Sahabat!

Yakinlah bahawa Allah bersamamu di saat manusia mencemuhmu. Yakinlah bahawa Allah bersamamu ketika engkau berjalan sendirian tanpa sahabat. Yakinlah bahawa Allah adalah sebaik – baik penolong di saat dirimu memerlukan pertolongan.


Yakinlah!

Yakinlah pada Allah!

Yakinlah!

Ahad, 4 Mac 2012

if Allah brings u to it

Mimpi-mimpi indah itu adalah

satu ujian dari Tuhan

Untuk menduga kita

Membuatkan kita berada dalam persimpangan

Dilema untuk memilih

Antara untuk memanifestasikan mimpi

Dengan warna realiti yang Tuhan redha

Atau

Untuk terus mengulit mimpi indah tanpa ada

cahaya Tuhan Yang menyuluh



Kita masih di sini

Dengan mimpi – mimpi indah

Masih tidak berganjak untuk

Memilih antara

Dua warna yang bisa mengubah

Seluruh kehidupan kita



Kita masih di sini

Bersama mimpi-mimpi indah

Jiwa terus hanyut melelahkan

Kerana tidak yakin untuk memilih

Kerana dalam sanubari tidak

Punya sentuhan tawakal dan redha



Pegangilah kata-kata bahawa

Takdir itu telah membawa kita bersama ke denai ini

Justeru itu

Pilihlah jalan redha Tuhan yang bisa

Kita tadah pahala berganda bersama

Bagi setiap ibadah




Moga kelak

kita akan saling tersenyum

kerana redha Tuhan yang kita pilih

telah membawa kita ke syurga bersama



-sentuhan aksara -

Sabtu, 3 Mac 2012

Pilihlah...kerana pilihan ada di tangan kita

Mungkinkah mimpi-mimpi indah ini adalah ujian buat kita? Mungkinkah ini adalah bicara Allah untuk kita memilih antara mengimplementasikan mimpi-mimpi indah ini dengan cara yang Allah redha(dan menjadikan mimpi ini satu realiti) atau kita hanya menanti waktu untuk bertahan dalam ujian?


Sesungguhnya, antara kita ada yang tidak tahan ujian begitu juga ada antara kita yang bisa mengambil option yang pertama. pilihan ada di tangan kita. Petunjuk sudah Allah berikan melalui kalam-Nya. Cuma, kitalah yang harus tsabat dengan pilihan kita.

Rabbi yassir wala tuassir yaa karim.
permudahkanlah urusan kami..ya Rabbuna.




menulis dengan hati:
-cahaya kemuliaanku-
Wan Nur Izzati

anak kecil



''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah megandungkanya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan( dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya)dan tempoh menceraikan susunya dalam masa 2 tahun.(Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku jualah tempat kembali.(untuk menerima balasan)''. (Surah Lukman, ayat 14)


Cerita 1:


Kereta yang dipandu Abah telah membawa saya dan keluarga ke rumah atuk saya. Semasa dalam perjalanan, Abah ketawa kecil. Lalu, saya pun bertanya kepada
Abah:

Saya: Abah, kenapa ?

Abah: Abah terkenangkan masa kakak kecil dulu.Sekarang ni dah besar, nanti akan kahwin dan abah pun dah tak lama…

Ayat Abah terhenti di situ. Tidak bersambung. Ayat yang terakhir itu walaupun tidak dihabiskan namun ia mempunyai makna tersendiri. Pilu!

Saya: kakak mana besar lagi, abah. Kakak ni masih baby! Hehe.

Saya bergurau. Saya tidak mahu suasana dalam kereta jadi suram. Saya tidak mahu Abah menganggap saya sudah dewasa walaupun umur saya pada tahun ini genap 22 tahun. Bukan sebab saya ingin terus menjadi anak manja atau saya masih tidak matang dalam berfikir. Tetapi… ah, susah untuk melafazkannya!


Cerita 2:


Saya masih di situ bersama izzah. kami bermain sambil bergurau mesra. Ibu yang dari tadinya melIhat teletah kami tersenyum.

Ibu: kak macam budak-budak..ibu dulu dah tak de nak main macam tu (ibu tersenyum)

Saya: Bu, kakak memang budak-budak,.hehe.
Ibu: tapi, masa ibu umur sama dengan kakak, ibu dah kawin dah..

Saya: kakak tak kahwin lagi..jadi, kakak masih kecil lagi. macam izzah…sama-sama kecil. Hehe…

Saya bergurau.


Cerita ketiga:


Sahabat : enti duk mana sekarang?

Saya: duk kat library…

Sahabat: sibuk tak sekarang ni?

Saya: tak…kenapa?

Sahabat saya mengajak saya ke kem untuk meninjau-ninjau tempat untuk dijalankan program. Dan saya minta masa sekejap darinya untuk meminta keizinan dari ibu. Maklumlah masa itu, abah outstation ke China.
Sahabat saya itu jadi ketawa kecil apabila saya memberitahunya begitu. Dia pun membalasnya, bahawa tempat tersebut dekat dengan Unisza. Bukannya jauh.
Mungkin baginya, hal begitu tak perlulah untuk memohon keizinan dari ibu. Namun, bagi saya…saya perlu meminta keizinan dari ibu.


Saya ingin menjadi anak kecil untuk ibu dan abah


Saya tahu, saya sudah menginjak dewasa. Bukan lagi pelajar sekolah rendah atau menengah. Itu memang fakta!

Rama i sahabat saya cakap saya ni boleh dianggap sebagai matang kerana pembawaan diri saya sebegitu (Wallahua’lam , mungkin kata-kata tersebut benar atau mungkin salah)

Dan saya juga mahu dianggap dewasa oleh kebanyakan orang. Bukan masih budak-budak lagi.

Cuma, di hadapan ibu abah…saya mahu menjadi anak kecil. (Anak kecil di sini bukan beerti tak pandai mengurus diri atau tidak berdikari.)

Maksud anak kecil bagi saya adalah, saya ingin menjadi anak yang diperhatikan oleh ibu dan abah. Dan biasanya anak kecil akan menghargai ibu bapa mereka melebihi anak-anak yang menganggap diri mereka sudah dewasa. Dan inilah sebabnya saya ingin menjadi ‘baby’.

Apabila saya menjadi anak kecil… apa-apa yang akan saya lakukan atau sedang lakukan saya akan beritahu ibu dan abah. Saya tidak mahu melakukan sesuatu di luar pengetahuan mereka kerana bagi saya, saya masih di bawah jagaan mereka. mereka sudah membesarkan saya dari kecil sehingga dewasa. Saya tidak mahu, apabila saya dewasa, saya melakukan apa-apa sesuka hati saya tanpa mereka tahu.


Kesimpulan


Sebagai anak, walaupun kalian sudah mencapai umur dewasa, hargai mereka agar mereka merasakan diri mereka cukup penting dalam kehidupan kalian. Kalau ada apa-apa yang selayaknya untuk mereka tahu, berbicaralah kepada mereka.

Berbicaralah kepada mereka dengan lemah lembut. Tataplah wajah mereka puas-puas kerana masa yang berbaki ini akan menemui jalan tamatnya. Mungkin esok, kalian yang akan meninggalkan mereka terlebih dahulu atau mereka yang akan meninggalkan kalian. Hanya Allah yang tahu!

"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".( surah Al-Isra' ayat 24)

Jumaat, 2 Mac 2012

Anak Adalah Modal Untuk Ke Syurga

Saya suka memerhati dan
Menganalisa apa yang saya perhatikan
Untuk dijadikan sempadan dan pengajaran
Atau dijadikan sebagai pesanan




Saya memerhati. Ada diantara kita yang Allah anugerahkannya menjadi seorang ibu setelah dia sekian lama berdoa agar Allah mengurniakannya seorang anak. Lalu, Allah mengabulkan permintaannya. Namun, apabila anaknya yang masih kecil atau boleh dianggap remaja ‘buat hal’ a.k.a ada krisis perangai, lalu lidah si ibu itu seringkali memanggil anaknya dengan panggilan yang tidak baik dan memarahinya dengan kasar. Dan bukannya menasihati dengan memberi teguran mendidik.



Sedarkah, bahawa tidak lama dulu, dia pernah memohon kepada Allah untuk dikurniakan seorang anak. Dan kini Allah telah mengabulkan permintaannya.


Saya berasa cukup terkilan melihat keadaan sebegini. Memang benar, anak-anak banyak kerenah dan faelnya. Tetapi, perkataan sebegitu( yang tidak baik) sememangnya si ibu tidak boleh gunakan. Apatah lagi kata-kata itu boleh dianggap sebagai doa. Sebaiknya, si ibu seharusnya menggunakan kata-kata yang baik dalam nada tegas untuk menasihati anak. Dan ingatlah bahawa setiap anak-anak itu ada bezanya. Mungkin, si abang itu mudah dibentuk, tetapi adiknya susah sedikit. Apapun, itu adalah dugaan yang patut diatasi dengan sifat sabar yang proaktif bukannya secara marah-marah yang keterlaluan.


Dan…


Bersyukurlah kerana Allah memberikan gelaran ‘ibu’ di saat ramai lagi, isteri-isteri di luar sana yang masih tidak dianugerahkan seorang anak; seorang isteri yang mendamba tangisan dan tawa seorang kanak-kanak.



Bersyukurlah dan bersabarlah dalam mendidik anak-anak. Jangan terus melabelkan anak dengan macam-macam label yang menyebabkan si anak menganggap si ibu tidak menyayanginya. Anggaplah kerenah anak itu sebagai ujian Allah untuk memberikan ganjaran pahala yang besar. Dan gunalah teknik kreatif dalam mendidik anak-anak.



Anak bukan bebanan. Anak itu adalah modal untuk ke syurga.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka putuslah amalannya, kecuali tiga perkara: Sedekah jariahnya, ilmu yang memberi manfaat dan juga doa dari anak yang soleh. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


p/s

(sebelum menjadi seorang ibu,sebaiknya persiapkan ilmu keibubapaan dan seeloknya baca buku Tarbiyatul Aulad karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Selain itu, sifat sabar harus ditanamkan kerana mendidik anak-anak itu bukannya satu perkara yang mudah. Seorang Ibu seharusnya ada sifat sabar dan tabah juga kreatif dalam mendidik.)

-izzati anas-

Jumaat, 24 Februari 2012

Subhanallah : Istimewanya Anugerah Ini

Menjadi seorang ibu itu tidak mudah. Dan perasaan seseorang apabila menjadi seorang ibu juga adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Subhanallah!

Begitu juga menjadi seorang kakak yang berperanan ‘sebagai seorang kakak’ juga tidak mudah dan perasaan apabila menjadi seorang kakak juga sememangnya sukar digambarkan. Subhanallah!

Apabila, seseorang dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang kakak kepada adik-adiknya, satu perasaan untuk menjadi pelindung kepada adik-adiknya akan wujud. Begitu juga apabila salah seorang adiknya sakit, pasti hatinya gusar bagaimanakah untuk merawat adiknya yang sedang sakit.

Pendek kata, naluri seorang kakak seperti naluri seorang ibu. Ketika rumah bersepah yang sudah pastinya dilakukan oleh adik-adik yang kecil, si kakak inilah yang akan mengemas rumah tanpa perlu berleter. Kerana baginya, leteran itu akan menyebabkan sifat ‘kekakakan’ sebagai seorang kakak yang sabar terhakis.

Apabila, ibu bapa pergi bekerja, kakaklah yang sememangnya harus menggalas peranan sebagai ibu di rumah. Menyiapkan sajian untuk adik-adik, check their homeworks and everything kena lakukan. Selain itu, seorang kakak juga harus pandai berkomunikasi dengan adik-adik. Komunikasi ini penting untuk menjadikan hubungan adik beradik bertambah erat dengan sentiasa bertanya masalah mereka, bertanya pendapat mereka tentang sesuatu, dan tidak terlalu straight menegur mereka atau dengan kata lain harus berhemah dalam teguran apabila mereka melakukan kesalahan.

Ketika ini, Allah memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorang kakak sulong kepada 6 adik. Lima lelaki dan seorang adik perempuan(bongsu). Subhanallah, indahnya perasaan menjadi seorang kakak. Subhanallah, indahnya perasaan apabila boleh melakukan sesuatu untuk adik-adik. Biar lelah sedikit, asalkan adik-adik dapat merasai kehadiran seorang kakak yang berperanan sebagai seorang kakak. Bukan menjadi seorang kakak yang tidak memainkan peranan seperti seorang kakak.

Pesan saya untuk mereka yang bergelar kakak!

Sungguh, usah suka berleter kepada adik-adik… andai masih ada adik yang kecil, bermainlah dengan mereka.Turunkan sedikit level ‘kematangan’ (namun harus ada hadnya) semata-mata ingin mereka tahu kalian bukan sekadar kakak tetapi mereka juga boleh berkongsi masalah dengan kalian.

saya akui masih banyak lagi yang sepatutnya saya lakukan sebagai seorang kakak…semoga Allah memberikan kesempatan untuk saya menjadi seorang kakak yang baik kepada adik-adik…


Istimewanya anugerah ini,
Adik-adik kurniaan Illahi,
Wan Muhammad Izzat…
Wan Muhammad Izzul…
Wan Muhammad Izzuddin…
Wan Muhammad Izzrusyaidi…
Wan Muhammad Irsyad…
Wan Nur Izzah…
Untuk kakak yang bernama Wan Nur Izzati!

Khamis, 23 Februari 2012

tautkan hati -hati kami



'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Rabu, 22 Februari 2012

semoga akhirnya damai

Semoga cerita akan ternoktah
dengan pengakhiran yang mendamaikan
Mungkinkah kini manik-manik resah
Akan menjadi titis yang mendamaikan
Untuk pengakhiran?

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” surah al-Baqarah:286.

Doakan saya!
Izzati Anas
Unisza

Jumaat, 17 Februari 2012

kerana Allah, I luv U!



Berat hati untuk meninggalkan ibu dan abah. Walaupun sudah melangkaui umur 20 tahun. Kata orang, dah besar-besar, tak perlu sedih-sedih lagi untuk berpisah dengan ayah dan bonda. Kalau sedih- sedih, itu namanya manja!


Namun, kata saya, hanya mereka sahaja yang saya ada di dunia ini. hanya mereka sahaja yang saya ada yang saya percaya. Hanya mereka sahaja yang saya ada yang menyayangi saya. Jadi, tentulah saya akan berasa sedih untuk berpisah dengan mereka walaupun hanya seketika. Belum ada lagi ketika ini, seseorang yang sentiasa menyayangi saya dan doanya sentiasa ada untuk saya kecuali ibu dan abah saya.

Untuk sekian kalinya, saya hadirkan kalimah tulus ini
Ibu abah…kakak cintakan ibu abah kerana Allah


Kakak,
unisza

Rabu, 15 Februari 2012

wajah mereka ada cinta

Assalamualaikum!

Bangunan itu…
Wajah-wajah mereka…
Spirit…

Kenangan lalu menyapa lagi. Seakan baru sahaja berlalu. Bagaikan 10 tahun itu baru sahaja berlabuh. ingin sahaja kembali kepada 10 tahun lepas. Menjadi seorang gadis kecil yang polos.

Kenangan demi kenangan datang lagi. Mungkin kenangan itu mahu diriku mengambil sebarang pengajaran atau teladan dari peristiwa lalu untuk menjadi bekalan hari mendatang.


KENANGAN 1: BANGUNAN ITU SEKOLAHKU

Bangunan itu…

Sekolah buruk itu pernah menjadi sekolahku. Sekolahku yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah untuk pelajar-pelajar cina yang bangunanya sungguh besar dan tersegam indah. Jauh bezanya dengan sekolahku. Sekolahku dulu hanya ada bangunan yang hanya siap yang asas sahaja. Kipas pun belum ada. Dan udara percuma dari Allah menjadikan kami berasa dingin sedikit ketika waktu matahari ada di atas kepala. Alhamdulillah.

Di sekolah itu,
Bangunannya tidak indah-indah,
Tanahnya berdebu-debu,
Bukan seperti sekolah sebelah,
Yang tidak punya tanah coklat,
Yang hanya ada tanah hitam bertar,
Tapi tetap kusyukuri,
Kerana sekolahku itu sekolah agama,
Sekolah yang memberi ajar tentang Islam,
Itulah sekolahku yang memberi cahaya,
Sekolah rendah islam an-Nur!

Sekolah itu, memberiku banyak sekali pengalaman yang tidak mungkin akan kukutip di tempat yang lain. Di sekolah itu, Tuhan telah memberiku sejuta pelajaran yang sungguh berharga dan tidak akan sama harganya dengan bintang-bintang di langit.

Semangat untuk belajar, persaingan sihat antara rakan sekelas,persahabatan yang tulus,cikgu-cikgu yang ikhlas mengajar itulah kenangannya. Ah, betapa indah jika dapat kuundur masa…

KENANGAN 2: MEREKA GURUKU

Masih kuingati, wajah-wajah guru yang pernah mengajarku. Cikgu Halimah, cikgu Haszarah,Ustaz Omar, Ustaz Saufi, Ustaz Nik, Ustaz Rosdi,Sir Mat Ali, Cikgu Zalini, Cikgu Azizah. Mereka banyak berjasa kepadaku dan rakan-rakan yang lain. Pengorbanan mereka mengajar kami tidak akan sama dengan nilai pendapatan yang mereka perolehi bulanan. Pengorbanan mereka sangat tinggi terhadap kami.

Cikgu Halimah, adalah individu yang sangat aku sayangi. Beliau mengajarku subjek matematik. Tidak pernah kudapat A dalam subjek itu. Namun, kesungguhan beliau mengajarku sehingga petang secara intensif meningkatkan prestasiku dan rakan-rakanku yang lain. Melihat kesungguhannya untuk mengajarku dan sahabat yang lain menjadikanku lebih bersemangat untuk belajar. Sehingga satu hari, aku hampir menitiskan air mata apabila mendapat A dalam subjeknya.

Cikgu saya sayang cikgu kerana Allah…


Ustaz Omar, cukup terkenal dengan sifatnya yang garang. Namun, garangnya bertempat. Alhamdulillah, diriku tak pernah lagi dimarahinya. Ustaz Omar merupakan ustaz yang mengajar dalam subjek bahasa arab dan al-quran.

Ibu berpesan padaku, agar aku menyayangi guru lebih-lebih lagi guru yang mengajar al-Quran. Al- quran itu membawa kepada kenalnya kita kepada Tuhan.

Ustaz, saya sayang ustaz kerana Allah…


Sekarang, apabila aku menjadi mahasiswi, aku jadi rindu kepada guru-guruku yang mendidikku agar diriku menjadi seorang manusia yang terdidik dan berjasa kepada ummah.

AKU;ANAK DIDIKMU:

Kini, aku mencari spirit yang hilang…aku mencari jalan pulang…untuk membalas segala jasa guru-guruku..untukku menjadi seorang murid yang selalu mendoakan guru-gurunya…sampai mati aku tidak akan melupakan dirimu…

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa guru-guruku… bahagiakanlah mereka di dunia dan akhirat…kerana aku cinta mereka kerana-Mu, ya Allah.


Sungguh..aku merinduimu guru-guruku…
Anak didikmu
Izzati anas
Kelas 6 AMAL( UPSR 2002)
SRI AN-ANUR

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari