Rabu, 30 Disember 2009
Isnin, 7 Disember 2009
BILA SAYA MULA BEKERJA!
Selasa, 1 Disember 2009
Coretan saya pada kali ini adalah berkisar cinta walaupun pada mulanya saya jemu untuk membicarakan soal cinta tetapi inilah pendapat saya mengenai cinta dalam kalangan remaja yang belum berkahwin lagi.
Sebelum itu, izinkan saya bercerita mengenai cinta(antara lelali dan perempuan yang bukan mahram) dalam kalangan mahasiswa di university saya. Penangan cinta di sana sungguh mengkagumkan. Sehinggakan apabila sebilangan organisasi mahasiswa mengadakan diskusi atau ceramah mengenai cinta pasti dewan kilah utama utama atau dewan besar akan dipenuhi dengan mahasiswa/i.
Berbalik soal cinta dalam kalangan remaja yang belum berkahwin dan yang belum matang sering memanipulasikan cinta. Cinta sememangnya suci kerana ia merupakan anugerah daripada Illahi kepada hamba-hambanya. Tanpa cinta mungkin kita akan berperang sesama kita atau tidak akn ada zuriat di dunia ini.
Namun, sekarang sebilangan remaja yang sedang bercinta ( antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram) menjadikan cinta kelihatan menjijikkan. Mengapakah hal itu terjadi? Mengapakah mereka tidak segan silu mengatakan I love u sesama mereka sedangkan mereka belum berkahwin dan belum ada perancangan kearah itu?
Saya juga hairan apabila ada diantara kawan saya sanggup berkata’ya’ apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadikan kawan saya itu sebagai kekasihnya. Walhal dia sendiri tidak mahu akan lelaki tersebut pada mulanya. Apakah dia (atau orang- orang lain) begitu kempunan sangat untuk bercinta?
Secara jelas, sekarang kebanyakan mereka yang bercinta sakan atau mereka yang ‘jiwang karat’ sebenarnya mereka yang tidak memahami cinta itu sendiri dan mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka sendiri tanpa mengambil berat mengenai ini dalam aspek agama Islam.
Sebenarnya banyak perkaitan cinta yang boleh ditulis di sini tetapi saya hanya menulis pendapat saya mengenai cinta remaja kini yang sungguh memeningkan dan memualkan. Sebenarnya remaja kini perlulah bersikap matang melihat cabaran yang akan dihadapinya pada masa akan dihadapinya dan bukanlah sudah tersunggur ke bumi dek kerana cinta yang palsu.
Setakat ini sahaja,
wassalam
coretan
Assalamualaikum dan salam ceria,
Alhamdulillah, pada hari ini telah hampir 3 minggu saya bercuti. Hati ini berasa sungguh gembira tatkala berada di samping keluarga tercinta.
Cuti semester kali ini sungguh berlainan dengan cuti cuti semester yang lepas. Pada cuti – cuti yang lepas, saya membantu ibu dan abah di rumah, belajar memasak dan menjadi ‘cikgu’ pada adik-adik.
Tetapi cuti pada kali ini , ayah saya telah mencadangkan kepada saya agar saya bekerja di syarikatnya. Walaupun sebenarnya, berat hati saya untuk bekerja kerana saya berasa diri saya ini masih ‘kecil’ dan tidak tahu apa- apa berkenaan syarikat abah saya. Apatah lagi tugas saya di sana tidak ada kena mengena dengan kursus yang saya ikuti di universiti. Tetapi, ibu dan abah telah meyakinkan saya dan abah saya juga mahukan saya mengetahui selok belok perniagaan di syarikat tersebut walaupun tidaklah secara mendalam. Akhirnya, saya bersetuju.
Di saat saya mula bekerja dan sehingga kini, saya berasa sungguh gembira kerana dengan bekerja saya mendapat banyak impak yang positif seperti dapat mematangkan fikiran, dapat lebih mengenali dunia pekerjaan dan cabarannya.
Rasanya, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Wassalam.
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum… Alhamdulillah…segala puja dan puji hanya untuk Allah. Alhamdulillah…atas nikmat Iman dan Islam… Hanya ingin me...
-
Mungkinkah mimpi-mimpi indah ini adalah ujian buat kita? Mungkinkah ini adalah bicara Allah untuk kita memilih antara mengimplementasikan m...