Memaparkan catatan dengan label mahasiswa islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahasiswa islam. Papar semua catatan

Khamis, 30 Jun 2011

Sudah lama saya perhatikan anda!

Assalamualaikum



Sudah lama nak tulis mengenai ini. Tetapi, hati jadi ragu-ragu. Fikirkan betapa saya hanya merupakan insan yang terlalu tidak sempurna namun selalu sahaja menjadi pemerhati.



Dan pemerhatian saya tertumpu pula pada merreka yang memegang title sebagai pelajar pengajian Islam. dan saya bawakan hasil pemerhatian ini setelah saya menjadi pemerhati selama 3 tahun ketika masih belajar dalam fakulti undang-undang.



PERTAMA: Saya akui, betapa ramai yang tersalah sangka bahawa Islam hanya perlu dibawa oleh mereka yang berada dalam jurusan Islam. sedangkan Islam itu perlu dibawa oleh sesiapa sahaja yang bergelar muslim. Dan mesej inilah yang sering diperkatakan oleh pelajar penggajian Islam kepada pelajar bukan berpengajian Islam di kampus.
Ya, memang benar mesej ini. Saya bersetuju 100%. Namun, bagi saya ada sedikit penambahan iaitu memang setiap muslim perlu membawa imej sebagai seorang muslim tak kira jurusan apapun yang diambi. Namun, perlu diingatkan bahawa, pelajar pengajian Islam merupakan golongan yang mendalami ilmu agama. Jadi standart itu telah bertukar.


Contohnya, terdapat sejarah Islam yang diselewengkan. Dan ini hanya diketahui oleh mereka yang mendalami ilmu sejarah Islam. dan selain mereka yang belajar sudah pasti tidak mengetahui penyelewengan tersebut. Dan mereka yang mendalami ilmu sejarah Islam itu tidak boleh membuat kesimpulan bahawa penyelewengan tersebut sudah diketahui oleh semua orang.

jadi, kadang-kadang peljar pengajian Islam perlu peka kepada ketidaktahuan pelajar bukan berpengajian Islam tentang sesuatu perkara. Janganlah berpendapat semua orang tahu tentang sesuatu hukum sedangkan hukum tersebut hanya diketahui oleh golongan pelajar pengajian Islam sahaja a.k.a yang mendalami sesuatu hukum.

KEDUA: terdapat pelajar pengajian Islam yang kadangkala hanya belajar teori tentang sesuatu hukum atau perkara. namun tidak diaplikasikan dalam kehidupan.

Ya, saya tahu bukan semua orang adalah perfect. Saya juga bukan perfect! Namun, seharusnya, sebagai pelajar pengajian Islam membwa imej Islam seperti tidak berdating di tempat awam, dan sebagainya.


Ingat, bahawa pelajar pengajian Islam adalah role model bagi mereka yang tidak mengambil jurusan pengajian Islam di kampus. Ada mata-mata yang sering memerhati tingkah-tingkah golongan yang mendalami agama ini.


KETIGA: saya ingin mengucapkan tahniah kepada persatuan yang membawa nama Islam. dan jika di Unisza, biasanya persatuan yang berada di bawah fakulti pengajian Islam kerap mengadakan majlis-majlis ilmu di DABS atau DKU. Alhamdulillah , syabas dan terima kasih !


Namun, sayang… kerana skop majlis ilmu itu dikecilkan bidangnya. Hanya tertumpu pada isu –isu yang sama. Tentang kahwin, cinta, wanita terlalu mendominasi. Namun, ada juga majlis ilmu berkaitan fiqh dan tasawuf.
Dan saranan saya, luaskan skop perbincangan. Islam bukan hanya tertumpu pada isu aurat , coupling semata. Namun islam juga berkaitan hal ehwal semasa. perbezaan undang-undang sivil dan syariah contohnya perlu diperbahaskan.


KEEMPAT: pelajar pengajian Islam terlalu merendah diri . dan pengalaman saya sendiri, ada sahabat saya( merupakan pelajar jurusan Islam)merendah diri dan katanya fakulti Islam ini tidak sefamous fakulti lain.Entah mengapa. Padahal, merekalah yang paling alim di kampus. Tahu agama. Tahu halal haram, pahala dan dosa. Saya kagum dengan mereka ini.



Dan saranan saya, usahlah terlalu merendah diri kerana berada di bawah jurusan Islam sedangkan Islam itu letaknya yang tertinggi. Jadilah proaktif dan dinamik !


KELIMA: InsyaAllah bersambung….tapi x janji.



Wallua’lam

Khamis, 24 Mac 2011

Saya Anti Meniru

Assalamualaikum…

Dulu-dulu, masa saya masih di alam persekolahan menengah, saya paling tidak suka perbuatan meniru dalam peperiksaan atau ujian bulanan. Alhamdulillah, ketidaksukaan ini masih berlanjutan sehingga sekarang.


Masih ingat lagi, saya pernah dikatakan sebagai seorang yang ‘kedekut ilmu’ ketika di dewan peperiksaan sangat saya hargai . Hehe. Almaklumlah, kalau ada sahabat yang bertanya jawapan, terus saya menggeleng kepala. Sebenarnya, bukan nak kedekut ilmu, tetapi sifat amanah kepada Allah,guru dan diri sendiri itu lebih utama.


Peristiwa yang tak dapat saya lupakan, ketika saya dan beberapa sahabat satu pengawas disuruh oleh seorang cikgu untuk menggantikannya mengawas peperiksaan untuk pelajar tingkatan satu. Terkantoi, sahabat saya bersubahat dengan seorang pelajar membenarkannya untuk meniri. Apa lagi, saya ambil buku tu dan saya terus member warning kepada pelajar-pelajar lain.

Hal-hal meniru ini ingatkan hanya terjadi di alam persekolahan, namun di alam university pun ada (tak kira pelajar agama atau tak). Ada yang bertanya kawan dan ada juga melihat nota-nota kecil untuk memperkemaskan jawapan yang agak-agak ‘keliru jawapannya’.

Saya melihat situasi ini sangat kritikal. Kerana dengan menirulah seseorang tu dapat dikenalpasti sebagai seorang yang amanah atau sebaliknya.

Kenapa saya membenci sikap meniru?


1) Sebab tak amanah dengan guru yang memberi ilmu. Kalau dengan guru pelajar tidak amanah, apatah lagi dengan sahabat-sahabatnya
2) Keberkatan guru tiada…keberkatan sangat diperlukan untuk kehidupan sehari-hari.
3) Kalau kelak ‘peniru’ itu Berjaya dalam pekerjaan kerana sikap menirunya tadi, apakah sumber pendapatannya itu tiada syubhah?
4) Zalim..kerana kalau pelajar yang meniru itu sepatutnya dapat nombor kedua tetapi kerana meniru dia dapat nombor satu..dia telah meletakkan dirinya di tempat yang salah..
Dan banyak lagi…


( ini adalah antara yang saya ucapkan ketika tobor pagi di sekolah menengah dulu untuk peringatan diri sendiri dan pelajar-pelajar lain)

Sahabat sekalian!


Jujurnya,
Saya seorang yang sederhana dalam pelajaran. Kekadang, apa yang dihafal terupa ketika di dewan peperiksaan. Tetapi, saya tidak mengambil jalan mudah dengan meniru atau bertanya sahabat-sahabat yang lain…
Tips tak nak meniru dari saya…


Kalau saya..studi tak last minute(walaupun kekadang last jugak) ..


Saya Anti Meniru dalam peperiksaan/ujian/kuiz dan seangkatannya

Isnin, 10 Januari 2011

JANGAN MARAH YE! SEKADAR KOMENTAR SAHAJA!

Assalamualaikum!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah terlalu lama saya menyimpan satu ketidakpuasan dalam hati. Ia timbul bukan untuk suka-suka tidak berpuas hati. Namun,ianya timbul kerana penyebab kepada ketidakpuasan itu menjadikan sesuatu itu Nampak tidak gah. Walhal sifatnya adalah untuk disanjung bukannya diremeh temehkan.

Peningkan pernyataan ini?

Bidang Syariah! Ya,Inilah apa yang akan saya perkatakan sepintas lalu. Maaf andai saya menulis ini terkasar bahasa; tersilap mengatur bicara.

Sebenarnya dan setulusnya, saya memandang tinggi kepada mereka yang mengambil jurusan syariah kerana simboliknya merekalah yang belajar tentang hukum hakam Islam a.k.a undang-undang Islam atau Islamic Law.

Namun, di manakah martabat mereka di mata masyarakat sekarang? Di mana? Mengapakah pada saat ini,mereka yang belajar undang-undang sivil dilihat bagaikan gah! Lebih gah daripada mereka yang bersengkang mata demi syariah! Walhal ia hanyalah undang-undang ciptaan manusia yang sering salah dan lupa.

Andai persoalan ini ditanya terus kepada saya, saya akan memberi jawapan:

Syariah itu adalah undang-undang yang dicipta oleh Allah untuk umat manusia. dan umat manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengimplementasikan undang-undang syariah dalam segenap aspek undang-undang.



Namun, kebanyakan mereka yang belajar tentang syariah mengambil sikap remeh atau sikap tidak acuh dalam mempelajari syariah. Selepas mereka tamat pengajian, mereka akan mengambil inisiatif untuk menjadi seorang ustaz atau ustazah. So simple and easy!

Dimanakah rasa tanggungjawab mereka untuk menjadi mereka yang mengambil wadah memartabatkan undang-undang Islam di persada perundangan Malaysia? walaupun,
Sebenarnya tidak ada salahnya untuk menjadi ustaz dan ustazah! Namun,hakikat yang perlu kita lihat dan telan adalah undang-undang sivil lebih terkedepan dan dipandang jauh lebih tinggi. Bilangan peguam syariah lebih sedikit berbanding peguam sivil.

Dan satu soalan lagi, bagaimanakah kita mahu mengimplementasikan syariah dalam Negara sedangkan kebanyakan keluaran jurusan syariah mengambil jalan pintas untuk menjadi ustaz dan ustazah berbanding peguam syarie demi mengelakkan pengangguran?

Ops!



Sekarang ini, apabila saya memberi pendapat kepada seseorang bahawa saya mahu menyambung jurusan kepada syariah, wajah-wajah mereka seakan -akan menampakkan bahawa jurusan syariah itu hanyalah untuk mereka yang akan bergelar ustaz dan ustazah bukannya peguam yang bakal mengimplementasikan undang-undang Allah di Malaysia amnya. Jadi, Siapa yang salah?

Tuntasnya, fikir-fikirkanlah!

Ayuh, marilah kita memartabatkan undang-undang Islam yang sememangnya tinggi di sisi Allah!


p/s- mereka yang ambil jurusan syariah (pure) boleh jadi peguam syarie...termasuk mereka yang belajar di mesir.
Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari