Memaparkan catatan dengan label transformasi wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label transformasi wanita. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2011

ustaz...kejujuran suami itu lebih penting dari kesetiaan

please women...
saya sangat geram bila 'kita-kita' kalau bercakap soal poligami
melenting tak habis
selalu cakap
para suami tak setia...lagi tak jujur


please women...
saya tahu saya belum berpunya lagi
tak boleh cakap sal poligami
tapi belum berpunya bukan beeri tak boleh bagi pandangan


please women...
poligami itu tiada salah
baik dari sisi Islam
yang kadang-kadang salah
adalah suami yang belum mampu
menikah masih mahu tambah satu
yang belum adil mahu tambah bini baru


please women...
kadang-kadang poligami tercetus
kerana 'kita-kita' yang salah
fikir baik-baik salah dan silap
jangan mencari salah suami semata


please women...


teringat pula bila ditanya oleh seorang ustaz ketika menuntut di Maahad Muhammadi (p)..berkaitan poligami...

hanya tersenyum kalau teringat jawapan yang diberikan oleh saya....:

ustaz...kejujuran suami itu lebih penting dari kesetiaan..



tapi kalau isteri...setia + jujur itu perlu seiring...

yup...suami kena jujur bila dalam hatinya ada seseorang yang ingin dikahwini..bagitahu isteri..jangan kahwin lari kat Thailand pulak...kalau kesetiaan tu...kan dalam Islam suami boleh kahwin sampai 4 ...

-p) suami dan isteri adalah dua status yang berbeza....

Sabtu, 4 Jun 2011

Wanita Mamalia yang Sukar Difahami?

Assalamualaikum


Kata-katanya masih terpahat di ingatan saya apabila beliau menyebut semasa memberi kuliah Islamic Family Law subjek kepada saya serta kawan –kawan yang lain. Katanya:

Wanita adalah mamalia yang sukar difahami



Huh, terasa tersindir sekali. Dan masa terus berlalu. Ketika itu, saya berada di tahun 2 dan beranggapan bahawa pensyarah yang saya hormati itu adalah seorang ‘anti perempuan’.

Maaf Sir, saya ter’suuzzon’ ketika itu.



Namun, anggapan saya itu salah dan sememangnya salah setelah di tahun akhir pengajian, beliau sekali lagi mengajar saya dan kawan-kawan yang lain dalam subjek Evidence and Procedure Shariah Court. ketika itu beliau sering memperkatakan sesuatu mengenai wanita. Bagaimana wanita sekarang ini masih di takuk yang lama. Hanya suka ber’shopping’ dan hiburan semata. Malah wanita tidak gemar turun padang melihat kesengsaraan ummah Islam yang lain.

Ya, saya sangat setuju…setuju sangat-sangat… kerana mungkin juga saya termasuk antara wanita yang disebutkan tadi. Memang pedas , namun itu hakikatnya yang pastut diubah oleh wanita.

Katanya di dalam kelas :


Perempuan, apa yang diorang fikir…? Kahwin dan beranak saja.. masalah murtad , isu kartika apa mereka peduli!
Kalau saya tanya awak semua tentang isu sebatan karika atau isu Amina Wadud, boleh awak (ditujukan kepada pelajar wanita) semua huraikan?

Kelas menjadi sepi sebentar . semua pelajar termasuk juga saya berdiam diri.



Saya juga masih ingat ketika saya ditemani seorang sahabat menemuinya secara personal kerana ingin bertanya tentang assignment. Namun, setelah menemuinya, ada hal lain juga diperbincangkan dan itu termasuk isu wanita hari ini.


Antara persoalan yang ditimbulkan kepada saya dan sahabat saya:


Apa bezanya mereka(wanita) lepasan SPM, Diploma atau Phd kalau semuanya kahwin dan lahirkan anak dan kerja sahaja?

Ya, saya tahu beliau ingin katakan kepada kami bahawa mereka yang graduan Universiti perlu bersikap berlainan daripada mereka lepasan sekolah. Wanita lepasan U sepatutnya agresif tentang masalah ummat. Bukan menjadi selfish semata.

Dan sememangnya masih banyak lagi nasihat beliau kepada saya dan sahabat yang lain… dan nasihat itu masih ada dalam ingatan.

Namun hanya itu sahaja yang saya mahu kongsikan dengan readers sekalian…
Ops lupa pula nak bagitahu puisi yang saya tulis dalam entri lepas yang bertajuk ‘dariku Wanita Untukmu Wanita’ diinspirasikan oleh pensyarah saya itu… Dan benar cakap beliau bahawa wanita sememangnya sukar difahami kerana sikap wanita(segelintir/ kebanyakan?) yang tidak peduli masalah ummah.


saya mahu jadi wanita yang peka dengan masalah Ummah Islam

Ahad, 3 April 2011

DARIKU WANITA UNTUKMU WANITA

Assalamualaikum!


Hei perempuan!
Di manakah dirimu sekarang?
Masih berada di shopping complex atau di sauna?
Atau masih berteleku menonton cerita-cerita korea?



Hei perempuan!
Apakah bicaramu hanya terutumpu
Pada dunia fesyen dan kecantikan sahaja?
Atau bertumpu pada kahwin semata?
Atau masih dalam khayalan untuk bertemu dengan jejaka kacak?

Hei perempuan!
Kita punya tugas untuk laksana
Kita punya pundak untuk dibawa
Kita punya matlamat untuk dikecapi



Hei perempuan!
Tinggalkan dunia kalian sebentar
Nah , lihatlah dunia yang luas
Pandanglah dengan mata hati
Pasti akan betemu dengan masalah dunia
Yang bertimbun-timbun
Masalah murtad di sana sini atau
Masalah gejala social bertebaran di sana sini
Atau masalah untuk menguatkuasakan proviso yang ada dalam akta
Undang-undang syariah ( jenayah)



Hei perempuan!
Dengarlah suara mereka
Bertempik serak
Memanggil buah fikir kalian
Untuk mantapkan institusi Negara
Untuk merancang strategi dakwah islamiyyah



Hei perempuan!
Di manakah suara lantang kalian
Tatkala Sisters in Islam bersikap feminism?
Tatkala Amina wadud menjadi Imam bagi makmum dua gender berlainan?
Tatkala Marwa syarbini dibunuh kejam kerana mempertahankan jilbabnya?


Hei perempuan!
Kalian di sini
Masih mampu tertawa manja
Apabila bercakap mengenai cinta dan jejaka
Kalian di sini juga masih mampu menangis
Kerana ditinggalkan kekasih
Kalian di sini juga masih mampu
Bercerita tentang dunia glamour




Hei perempuan!
Jika kalian hanya fikirkan
Dunia itu indah jika kalian
Dikelilingi dengan
Suami yang penyayang
Anak-anak yang taat turut
Bibik-bibik yang setia lagi amanah
Banglo yang bertingkat-tingkat
Kereta yang tidak pernah rosak di jalanan
Kalian adalah antara mareka yang pentingkan diri sendiri!
Kalian adalah antara mereka yang egois untuk
Memerah fikir dan keringat demi ummah

Hei perempuan!
Jangan mementingkan diri sendiri
Sehingga tiba masanya
Ada antara anak-anak kalian
Yang murtad kristian atau majusi
Atau sehingga ada anak-anak kalian
Yang rahimnya tumbuh benih-benih haram
Atau sehingga ada saudara-saudara kalian
Menjamah hidangan haram riba
(Nauzubillah min zaalik)


Hei perempuan
Ayuh kita bergerak setapak
Secara konsisten dan bermatlamat
Agar dunia ini tahu
Betapa kita juga serikandi
Yang mahukan Islam
Secara total bertapak di Malaysia terkasih
Ayuh,
Marilah kita buktikan kepada dunia barat
Betapa Islam mengangkat darjat perempuan
Ayuh,
Marilah kita hidupkan dunia ilmiah
Agar dalam kalangan kita mampu menjadi ikutan
Dan
mampu menjadi seorang yang professional dan juga layak digelar ustazah!

“dariku wanita untukmu wanita”
Wan Nur Izzati binti Wan Nor Anas
Karya ini disiapkan pada 3 April 2011
Dalam kamarku bertempat di blok Farabi

Sabtu, 14 Ogos 2010

rantaian kata untukmu mawar yang sedang mekar memerah

Assalamualaikum!
Kalam menulis daripada lukisan hati, akal ligat mencapai maksud, moga lafaz difahami makna


Wanita atau perempuan atau gadis hanya punya satu definisi yang sama termasuk obligasi agama keatas mereka juga sama. Tiada bedanya. Tulisan ini saya tulis hanyalah ingin saling memperingati diri saya khususnya dan amnya kepada wanita-wanita agar menjaga batas-batas yang telah digarisi oleh Allah, sang Pencipta langit dan bumi serta cakerawala dalam al Quran. Dan salah satu daripadanya ialah menutup aurat dengan lengkap.

Al-Qur’an surat Annur(24):31
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (Ind: jilbab)nya ke dadanya…’”

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu melakukan tabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah dahulu…” (Qs. Al-Ahzab: 33).

Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasululloh SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasululloh SAW berpaling darinya dan berkata:“Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).

Sedarlah kalian bahawa suruhan tersebut punya banyak kemaslahatan. Bukannya untuk membebankan para wanita. Antara kemaslahatannya ialah mentup aurat diumpakan sebagai menjaga maruah seseorang. Maruah itu merupakan satu perkara yang amat bernilai kepada seseorang. Andai singkat kain si pemakai atau sendat baju yang disarung maka terbukalah maruah seseorang. Selain itu, ia dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti rogol atau sebagainya.


“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh karenanya mereka tidak diganggu. Dan ALLOH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab: 59).


Sebenarnya, banyak lagi kemaslahatannya tetapi itulah antara fungsi mengapa kita menutup aurat yang sememangnya perintah daripada Illahi.

Wahai wanita yang saya kasihi.
Sedarlah bahawa apabila seseorang tidak mentup aurat dengan baik, maka akan berlakulah dosa yang berganda ke atas seseorang tersebut. Dosa kerana tidak memakai yang diwajibkan oleh Allah dan berdosa kerana memperlihatkan anggota badan kepada lelaki ajnabi.


Wahai si kuntum mawar yang sedang mekar memerah,


Kasihanilah sang lelaki ajnabi yang terpaksa melihat dirimu tatkala mereka sedang berjalan, berlari, menaiki kenderaan dan sebagainya. Kasihanilah mereka wahai saudari. Mereka sudah cukup teruji dengan kecantikan anda dan jangan ditambahkan lagi resah di dalam dada mereka. Mereka sudah memelihara pandangan mereka maka hendaklah kalian pula menutup aurat dengan lengkap. Jangan biarkan para lelaki tidak menjaga pandangan mereka kerana kalian! Ya , kerana kalian yang suka menampakkan perhiasan kalian untuk tatapan mata si kumbang terbang.

Jelasnya, tutupilah anggota badan kalian kerana itu adalah satu kewajipan atas setiap batang tubuh umat Islam. Jangan kalian menggeleng kepala atau berkeras untuk tetap mahu berpakaian yang diumpakan seperti bertelanjang. Ingat suruhan ini ada disebut dalam al-Quran dan al-Quran itu datangnya daripada Allah. Maka jangan pernah kalian menderhakai perintah yang ada di dalam al-Quran. Hentikan penghinaan terhadap Al-quran!
Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari