Sabtu, 24 April 2010

ISTERI UNTUK SUAMIKU PART 1



ASSALAMUALAIKUM!




Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk menulis sesuatu yang berkisar poligami atau seumpama tajuk di atas “isteri untuk suamiku” . Sememangnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk memperkatakan sesuatu mengenai ini kerana saya hanyalah seorang gadis yang baru mencecah umur 20 tahun dan tidak lagi berumah tangga. Namun, melihat kondisi pada hari ini ramai yang menentang amalan poligami sedangkan ia dibenarkan oleh Islam. Justeru saya mengambil inisiatif untuk menulis mengenai ini.


Bagi saya tidak wajar seorang muslimah menentang amalan poligami ini. Bagi saya muslimah sebegini adalah muslimah yang pentingkan diri dan sejujurnya dia tidak mengetahui apakah hikmah-hikmah yang terdapat dalam dalam rumah tangga yang bermadu.


Sejujurnya saya amat marah apabila seseorang memberi pendapat yang kontra mengenai poligami dengan berlandaskan hawa nafsu. Siapakah kita hendak memberi pendapat mengenai ini. Memang benar terdapat syarat-syarat yang membolehkan suami bernikah lagi ataupun sebaliknya. Namun, jika sang suami mempunyai kelayakan tertentu untuk benikah lain . nah,sang isteri tidak boleh menidakkannya!Justeru itu, InsyaAllah saya akan menulis mengenai hal ini dengan lebih ilmiah lagi setelah peperiksaan akhir semesta melabuhkan tirai.


Sejujurnya bagiku
Cinta adalah kuasa memberi
Bukan kuasa untuk memiliki
Sebenarnya bagiku
Cinta isteri buat suami harus setia
Cinta suami buat isteri harus jujur
setia isteri buat suami itu wajib
setia suami buat isteri itu harus
jujurlah suami
setialah isteri
semoga damai abadi
dalam pelayaran cinta

Selasa, 20 April 2010

KALUNGAN TERAKHIR BAHAGIA ATAU SENGSARA



Assalamualaikum!

Bismillahirrahmanirrahim


“Setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati”

Ketika saya menulis entri pada kali ini, saya masih lagi berada dalam minggu peperiksaan akhir semester. Namun ,pada kali ini saya ingin membawakan kalian kepada sesuatu yang sering dan selalu didengar tetapi setiap pendengarnya akan takut untuk menghadapinya. Itulah kematian!



Bebarapa hari ini, saya sering mendengar perkhabaran mengenai kematian seseorang;saudara semuslim. Rasa luluh jantung ini setiap kali terdengar berita kematian walaupun saya tidak pernah mengenalinya. Kebanyakan daripada mereka yang kini sudah berada dalam suatu lubang yang sangat ditakuti. Mungkin itulah kebun-kebun syurga ataupun lubang-lubang neraka. Mereka berumur kurang daripada 30 tahun. Mereka hampir sebaya dengan saya.



Ada diantara mereka meninggal dunia kerana disebabkan jatuh daripada bangunan, kemalangan jalan raya, keguguran dan banyak lagi. Sesungguhnya kematian itulah yang hampir dan tersangat hampir pada setiap jiwa yang bernyawa.



Ada juga diantara mereka yang menghadap Illahi selepas sahaja berumah tangga; beroleh perkhabaran bahagia mengenai cahaya mata pertama; mendapat kejayaan belajar di luar negara. Tetapi perkhabaran tersebutlah yang mendekatkan mereka kepada kematian. Justeru, saya mengajak diri saya dan kalian hargailah masa sekarang, penuhilah masa kini dengan sebaik mungkin. Mungkin dengan sedikit hafalan al-Quran; hadis atau apapun yang di berkati akan menjadikan hidup kita berakhir dengan senyuman. Senyuman untuk bertemu dangan pencipta kita.



Saya dan kalian sememangnya tidak tahu bilakah kita akan pergi menghadap Illahi. Pergi samaada dalam keadaan yang mulia ataupun hina. Dalam kondisi bahagia atau sengsara. Sungguh, hampir menitis air mata saya bila terkenangkan kematian!



Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali saya ataupun tidak. Maafkan kesalahan saya kerana mungkin saya tidak menjalankan tangunggjawab yang sempurna terhadap saudara semuslim saya. Saya tidak menjalankan amanah yang terpikul di pundak saya untuk menulis sesuatu yang berfaedah untuk diri saya dan kalian.






sesungguhnya
Andai kalian mendengar perkhabaran
bahawa aku sudah dijemput pergi,
Dari dunia ke alam baharu,
Ku pohon selalu
Hiasilah keberangkatanku itu
Dengan kalungan doa sejahtera
Kerana
Aku tidak tahu
Samaada aku pergi dalam bahagia
Atau sakit sengsara
Kupohon dengan sungguh!
Kumohon dengan sangat!
Dan izinkan aku menitipkan mutiara- mutiara terakhir
Buat insan-insan yang aku sayangi;
Kalian yang aku cintai
Terima kasih dan syukran
Atas segala
Kasih
Sayang
Cinta
layanan
Membuatkan
Aku bahagia tika di dunia

Jumaat, 16 April 2010

PEPERIKSAAN SEMAKIN HAMPIR;GETARAN SEMAKIN TERASA

ASSALAMUALAIKUM!







Alhamdulillah, pada hari Isnin bertepatan 19 April 2010 bermulalah satu episod yang menggentarkan jiwa bagi setiap insan yang bergelar mahasiswa di Universiti Darul Iman Malaysia. Peperiksaan akhir semester bermula!


Inilah antara jadual peperiksaan akhir semester saya sebagai pelajar diploma undang-undang tahun 2 (semester 4) di UDM:



19 April 2010 : Ulum al-Quran
20 April 2010 : Family Law
25 April 2010 : Asas pembudayaan keusahawanan
27 April 2010 : Law OF Tort
29 April 2010 : Law of Contract
3 Mei 2010 : Law of Partnership
4 Mei 2010 : Law of Equity


* Doakan kejayaan saya :)

IBU BONDAKU...SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE- 44 (19 APRIL 2010)

ASSALAMUALAIKUM!









Bondaku yang
Kupanggil ibu
Kasihmu ibu
Pada anak-anakmu
Seteguh kaki Gunung Kinabalu
Tiada engkar pada bumi


Ibu tetap di hatiku sentiasa
Walau maut menjemputku dulu
Aku tenang selalu
Dek kerana aku tahu
Ibu selalu berdoa untukku



SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBU TERCINTA. SEMOGA ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-44 (19 APRIL 2010 PADA HARI ISNIN) INI MEMBERIKAN SERIBU KEJORA KEBAHAGIAAN KEPADA IBU. maaf terlalu awal untuk ‘wish’...sebab nak jadi yang pertama.


• p/s- semoga ibu cepat-cepat dapat menantu dari Jordan. Hehe..tak sabar nak sambut adik ipar...sorry, im just kidding!(kalau betul pun apa salahnya...betul tak izzat?)

Rabu, 14 April 2010

SYUKUR PADA NIKMAT;REDHA PADA UJIAN..

Assalamualaikum!



Secerah mentari pagi,
Mendamaikan suasana dhuha,
Secerah purnama kejora,
Menghiasi kegelapan pekat

Seringkali kita berbicara hal-hal yang indah-indah. Tanpa kita peduli nikmat yang berada di samping kita sekarang. Seringkali kita memohon pada Tuhan; Rabbul Wahab sesuatu yang kita impikan. Walaupun kita sudah diberi sesuatu daripadaNya tanpa kita perlu memohon dari-Nya. Indahnya cinta Illahi kepada hamba-Nya.
Seusai itu, saya ingin memetik kalam daripada kitab Ayyuhal Walad karangan al- Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al ghazali sebagai memberi pengajaran kepada kita semua :
Sesungguhnya aku telah melihat di dalam kitab injil Nabi Isa ada disebutkan:
Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya,Allah taala telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali ialah:
“Wahai hambaku! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu(iaitu anggota badanmu) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandangan-Ku(HATI ENGKAU) walaupun hanya satu saat”
Dan setiap hari Allah taala memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman : “kenapa engau hanya memberikan perhatian kepada selain daripada-Ku, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsan-Ku. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi”.
Ya Khaliq
Engkaulah tuhan
pemberi nyawa dan nikmat
Pada setiap makhluk-Mu
Engkaulah penolong
Di kala hamba-Mu
Meminta
Walau
Engkau tahu
Sesudah itu
Mereka akan berpaling daripada-mu.

Ahad, 11 April 2010

TINGGALKAN AKU DI SINI




Biarlah begini
Biarlah aku di sini
aku bukan bidadari idaman
aku bukan si ayu solehah
tinggalkan aku di sini




biarlah aku di si ni
aku ingin mengutip intan-intan
dan tiara agama
aku ingin menjadi sesuci maryam
aku ingin menjadi setabah Hajar
Aku ingin menjadi sepintar Aisyah
Aku ingin menjadi seperti mereka
Walau aku tahu
Aku dan mereka berbeza
Tiada sama
Dan tidak mungkin sama
Namun cukup aku katakan
Aku mahu merubah
Aku mahu berubah
Menjadi intan agama

MUNGKINKAH ?










TIADA ISTILAH KEKASIH,
TIADA LAGI MADAH-MADAH KASIH,
SELAGI TIDAK TERNOKTAH,
DI ALAM REALITI,
ANTARA IJAB DAN KABUL
DIALAH PUTERA HATI,
DIALAH SUAMI,
DIALAH PERMAISURI HATI,
DIALAH ISTERI.




* Alam remaja adalah alam yang sering melekakan. fitrah keremajaan itu suci tetapi, remajalah yang melumurkan lumpur pada perkataan remaja.pada hari ini bilangan anak luar nikah bertambah kerana pergaulan yang tidak dibatasi syarak. jadi katakan "No Couple" selain kahwin.

Sabtu, 10 April 2010

MENGHAMPIRI SAAT GETIR..AYUH!



################################################





BERLALULAH BADAI...MEMECAH KESUNYIAN BAYU
PEPASIR PANTAI MASIH TERSENYUM SENDIRI,
TETAP DI SITU
WALAU IA TAHU ,
BUIH-BUIH OMBAK SENGAJA MENGHAMPIRINYA.











P/S: MENIRU DALAM PEPERIKSAAN ATAU UJIAN ATAU KUIZ ATAU APA SAHAJA YANG SAMA DENGANNYA ADALAH PERBUATAN YANG DILARANG. KEBERKATAN ADALAH HARTA YANG SANGAT MAHAL; BUKANNYA NILAIAN MARKAH YANG DIJUAL...BIAR MARKAH SEDIKIT NAMUN TIDAK MENIRU. BAGI PENULIS, PERBUATAN MENIRU ADALAH PERBUATAN YANG SANGAT DIBENCI KERANA DI SITULAH PENULIS DAPAT MENGETAHUI APAKAH SESEORANG ITU BERSIKAP AMANAH DAN JUJUR TERHADAP ORANG LAIN ATAUPUN TIDAK
Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari