Rabu, 9 Februari 2011

Jendela terakhir

Izinkan aku mengemis

Sedikit ruang untuk bernafas

Di perbatasan waktu ini

Menyandar lelah di pundak tanah

Menantikan gerimis di musim kemarau



Biarkan aku sendirian di kepingan ini

untuk sedikit waktu yang ada

untukku lihat jendela dunia

apakah masih ada embun cinta untukku

sebelum jendela tertutup rapat

sebelum aku berlalu pergi

Khamis, 3 Februari 2011

DARAH BERDARAH

1)

Mesir Bumi Kinanah,

Semakin Berdarah,

Sungai Nil mengalir pekat memerah,

Situasi kian parah,

Apabila rakyat sudah muak dan marah,

Kepada Mubarak si pemerintah bedebah,

Sekutu israeil laknatullah,



Bangkitlah pejuang kebenaran,

Patahkan segala panah-panah pendustaan,

Manifestasikan segala harapan,

Pejuang-pejuang dahulu,

Kami umat di sini,

Senantiasa melabuhkan doa,

Khusus untuk umat Mesir,


2)

'Separuh Hati' baik-baik di sana,

Separuh hati lagi di sini,

Bimbang dek,

Kondisi di sana semakin meruncing,

Takut tak sempat,

Mencantum semula,

Antara

Separuh hati di sana,

Dan separuh hati di sini,

Kelak sengsaralah pemilik hati.


separuh hati merujuk sahabat-sahabat penulis yang berada di Mesir.

Rabu, 2 Februari 2011

Air Mata mengalir apabila mendapat perkhabaran dari Bumi Kinanah

Assalamualaikum


Petang tadi, saya ada telefon sahabat baik saya ak.a siti Mardhiah ( kami pernah bersekolah rendah sama-sama)yang berada di Mesir. Apabila, saya mendengar sahaja suaranya, saya menjadi sebak dan air mata turun mencurah-curah. alhamdulillah, saya dapat mendengar suaranya walaupun di Mesir sekarang ini masih darurat. syukur!

kata sahabat saya, keadaan di sana masih darurat. namun, saya rasa kagum dengannya sebab nadanya tiada langsung rasa gundah. katanya lagi:

Tie, kalu ada jodoh kito jupo lagi...mesti awk rindu ko saya kan?

Apabila, sebaik sahaja beliau cakap macam tu, air mata saya mengalir dengan deras

cerita kedua

sebentar tadi juga, sempat sy ber'online' dengan seorang sahabat saya( kawan ketika bersama-sama menuntut di smua sullamiah) yang masih berada di Mesir. syukur sangat.

cerita ketiga

Terakhir, saya ada mesej bertanya khabar kepada seorang kawan sekolah rendah dahulu yang belajar di Mesir...cuma, tak tahu sama ada beliau terima atau tak. saya mengharapkan agar mesej tersebut telah sampai kepada beliau.


setakat ini sahaja...

Semoga sahabat-sahabat saya serta pelajar- pelajar Malaysia yang berada di Mesir semuanya selamat. Juga semoga Hosni Mubarak berundur serta merta.


nak tahu lebih lanjut tentang krisis di Mesir :

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari