Rabu, 30 Disember 2009
Isnin, 7 Disember 2009
BILA SAYA MULA BEKERJA!
Selasa, 1 Disember 2009
Coretan saya pada kali ini adalah berkisar cinta walaupun pada mulanya saya jemu untuk membicarakan soal cinta tetapi inilah pendapat saya mengenai cinta dalam kalangan remaja yang belum berkahwin lagi.
Sebelum itu, izinkan saya bercerita mengenai cinta(antara lelali dan perempuan yang bukan mahram) dalam kalangan mahasiswa di university saya. Penangan cinta di sana sungguh mengkagumkan. Sehinggakan apabila sebilangan organisasi mahasiswa mengadakan diskusi atau ceramah mengenai cinta pasti dewan kilah utama utama atau dewan besar akan dipenuhi dengan mahasiswa/i.
Berbalik soal cinta dalam kalangan remaja yang belum berkahwin dan yang belum matang sering memanipulasikan cinta. Cinta sememangnya suci kerana ia merupakan anugerah daripada Illahi kepada hamba-hambanya. Tanpa cinta mungkin kita akan berperang sesama kita atau tidak akn ada zuriat di dunia ini.
Namun, sekarang sebilangan remaja yang sedang bercinta ( antara perempuan dan lelaki yang bukan mahram) menjadikan cinta kelihatan menjijikkan. Mengapakah hal itu terjadi? Mengapakah mereka tidak segan silu mengatakan I love u sesama mereka sedangkan mereka belum berkahwin dan belum ada perancangan kearah itu?
Saya juga hairan apabila ada diantara kawan saya sanggup berkata’ya’ apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadikan kawan saya itu sebagai kekasihnya. Walhal dia sendiri tidak mahu akan lelaki tersebut pada mulanya. Apakah dia (atau orang- orang lain) begitu kempunan sangat untuk bercinta?
Secara jelas, sekarang kebanyakan mereka yang bercinta sakan atau mereka yang ‘jiwang karat’ sebenarnya mereka yang tidak memahami cinta itu sendiri dan mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka sendiri tanpa mengambil berat mengenai ini dalam aspek agama Islam.
Sebenarnya banyak perkaitan cinta yang boleh ditulis di sini tetapi saya hanya menulis pendapat saya mengenai cinta remaja kini yang sungguh memeningkan dan memualkan. Sebenarnya remaja kini perlulah bersikap matang melihat cabaran yang akan dihadapinya pada masa akan dihadapinya dan bukanlah sudah tersunggur ke bumi dek kerana cinta yang palsu.
Setakat ini sahaja,
wassalam
coretan
Assalamualaikum dan salam ceria,
Alhamdulillah, pada hari ini telah hampir 3 minggu saya bercuti. Hati ini berasa sungguh gembira tatkala berada di samping keluarga tercinta.
Cuti semester kali ini sungguh berlainan dengan cuti cuti semester yang lepas. Pada cuti – cuti yang lepas, saya membantu ibu dan abah di rumah, belajar memasak dan menjadi ‘cikgu’ pada adik-adik.
Tetapi cuti pada kali ini , ayah saya telah mencadangkan kepada saya agar saya bekerja di syarikatnya. Walaupun sebenarnya, berat hati saya untuk bekerja kerana saya berasa diri saya ini masih ‘kecil’ dan tidak tahu apa- apa berkenaan syarikat abah saya. Apatah lagi tugas saya di sana tidak ada kena mengena dengan kursus yang saya ikuti di universiti. Tetapi, ibu dan abah telah meyakinkan saya dan abah saya juga mahukan saya mengetahui selok belok perniagaan di syarikat tersebut walaupun tidaklah secara mendalam. Akhirnya, saya bersetuju.
Di saat saya mula bekerja dan sehingga kini, saya berasa sungguh gembira kerana dengan bekerja saya mendapat banyak impak yang positif seperti dapat mematangkan fikiran, dapat lebih mengenali dunia pekerjaan dan cabarannya.
Rasanya, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Wassalam.
Selasa, 17 November 2009
SUARA SAYA : BUKAN UNTUK MEMBURUKKAN SESIAPA
Assalamualaikum
Hari ini saya sedikit ingin berbicara mengenai urusan perpindahan asrama di UDM.
Sebentar tadi, saya telah pergi ke pejabat asrama udm untuk membuat permohonan penukaran bilik ke blok yang lain. Namun, saya hampa kerana jawapan yang diberi seperti acuh dan tidak acuh dan memerlukan saya untuk membuat
Bagi saya, perpindahan asrama secara ‘ suka sama suka’ atau secara haram literalnya semakin berleluasa di UDM dan salah satu faktornya adalah prosedur penukaran bilik sememangnya senang menjadi terlalu sukar gara- gara ???
Jadi, bagi saya, pentadbir pejabat asrama baru usahlah terkejut atau marah dengan segelintir mahasiswa yang menukar bilik atau blok secara haram. Sebenarnya, mereka ini ingin melakukannya secara halal tetapi melihatkan kondisi segelintir mahasiswa yang ingin bertukar bilik secara halal begitu sukar. Nah, Inilah impaknya! Seharusnya, mengertilah masalah yang dihadapi mahasiswa in iyang menyebabkan mereka ingin berpindah dan bukannya mereka suka-suka untuk berpindah.
Tetapi saya harus akui bahawa, pentadibir asrama baru baik – baik dan mengambil berat terhadap masalah mahasiswa ( berkenaan asrama) tetapi kerani – keraninya mungkin sebaliknya.mereka acuh atau tidak acuh untuk membantu.
Terakhir kalinya, saya memohon maaf andai tulisan ini begitu membuatkan orang tidak senang duduk. Tetapi inilah yang berlaku. Mungkin, pihak pentadbir asrama ada jawapannya terhadap punca permasalahan ini tetapi inilah suara saya sebagai seorang mahasiswa.
mahu kahwin lari??? nanti dulu!
Assalamualaikum Pada kali ini saya utarakan masalah yang berlaku kepada pasangan yang berkahwin lari atau lebih tepatnya berkahwin tanpa persetujuan wali ( bagi wali pihak perempuan) dan berkahwin di luar negara seperti, di ******* ******** ********************** ************* **************** Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah. Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes-kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan anak, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali. Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah swt itu. Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah: Firman Allah swt: “Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman”. Dari hadith Nabi saw: Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
|
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang
Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun bt Abdul Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala Kangsar, Perak, Yang Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan yang diwalikan oleh wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak sah. (Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
Bapa telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura bahawa ia mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa izin perempuan itu atas bidang kuasanya sebagai
Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi: Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu juga Ahmad Ibrahim merujuk kepada buku “Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women” oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan : Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat:
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali mujbir tanpa izin perempuan itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah Syariah yang terdahulu itu telah dibatalkan. Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda: |
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:
“Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa’ telah mengahwinkan dia, sedang ia
Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: “Telah banyak orang yang datang meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku kahwinkan dia”. Berkata Al-Hasan: “Kahwinkan puterimu itu dengan
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keaaan sebenar.
Ketiga: Wali Yang
Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.
Keempat: Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin”.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: “Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:”Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya”. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: “Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
“
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
“Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan “Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan”. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
“Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:
Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
“Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali”.
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua: Rasulullah saw bersabda:
“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)
Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa yang berhak menjadi wali?.
Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.
Persoalan yang tmbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar iaitu perjalanan unta sehari semalam di
Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah seperti dalam satu daerah sahaja.
Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui
Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tiadak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.
Dalam kes Hashim bin Mat Isa lawan Fatimah bte Ahmad (1977, Jld. III, I JH), Yang Arif Kadhi Besar Kedah, Syeikh Ismail bin Hj. Omar (pada masa itu) memutuskan perkahwinan kahwin lari yang dibuat di Pekan Siam, Padang Besar, Thailand itu tidak sah.
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Kedua-dua pasangan itu warganegara
“Perkahwinan pasangan itu tidak sah pada hukum syarak keranan jarak di antara tempat wali berada pada masa itu dengan tempat akad nikah yang dibuat di Kampung Pekan
Sebagai pengajaran dari keputusan Mahkamah itu, maka adalah mustahak mana-mana perkahwiann yang hendak dibuat di luar kariah, daerah dan negeri hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Pejabat kadhi yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)
Menurut Jumhur Fuqaha, syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi wakil wali ialah:
- Lelaki
- Baligh
- Merdeka
- Islam
- Berakal (akal tidak lemah)
- Wakalah itu tidak boleh dibuat semasa orang yang memberi wakil itu menunaikan ihram haji atau umrah.
Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu dengan sendirinya sesuai dengan yang ditentukan semasa membuat wakalah itu kerana orang yang menerima wakil tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin memberi wakil atau bila diserahkan urusan itu kepada wakil sendiri seperti kata pemberi wakil: “Terserahlah kepada engkau (orang yang menerima wakil) melaksanakan perwakilan itu, engkau sendiri atau orang lain”. Maka ketika itu, boleh wakil berwakil pula kepada orang lain untuk melaksanakan wakalah itu.
Wakil wajib melaksanakan wakalah menurut apa yang telah ditentukan oleh orang yang memberi wakil. Misalnya seorang berwakil kepadanya untuk mengahwinkan perempuan itu dengan si A, maka wajiblah kahwinkan perempuan itu dengan si A.
Kalau wakil itu mengahwinkan peempuan itu dengan si B, maka perkahwinan itu tidak sah.
Mengikut amalan di
Sebelum melakukan walkalah wali, adalah mustahak wali itu mengkaji latar belakang orang yang hendak menereima wakil itu.
Penutup
Demikianlah bidang kuasa wali adalah amat penting dalam perkahwinan kerana ia menentukan sah atau tidak sesuatu perkahwinan. Oleh itu, setiap ibu bapa dan pengantin perempuan sebelum melakukan sesuatu perkahwinan hendaklah meyemak dahulu siapa yang berhak menjadi wali mengikut tertib dan susunan wali. Sekiranya para ibu bapa dan penjaga tidak mengetahui tentang wali maka hendaklah merujuk kepada mana-mana Pejabat Kadhi, Imam atau orang alim untuk mendapat penjelasan.
peperiksaan akhir semester tiga sudah berakhir
Assalamualaikum dan salam mawaddah
Apa khabar semua? Saya berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Rasanya sudah lama, saya tida meng-update blog ini kerana mempunyai kekangan masa apabila berada dalam bulan peperiksaan.
Alhamdulillah, pada hari ini,saya telah selesai menduduki semua peperiksaan bagi semua subjek yang diambil pada semester kali ini. Ingin saya kongsikan kepada anda semua antara subjek yang saya ambil pada semester ini:
- Arabic for law
- Fiqh ibadah
- Contract of law
- Islamic family law
- Law of tort
- Constitutional law
Alhamdulillah dan rasa syukur saya panjatkan lagi kepada Allah , kerana Dia telah mempermudahkan untuk saya menjawab setiap soalan yang telah disediakan dalam peperiksaan ini. Sekarang , tulang belakang terasa sakit dan lengan terasa lenguh akibat menulis long essay dalam masa 2 jam 1/2 bagi 4 subjek yang rumit.
Ingin juga saya kongsikan dengan semua mengenai jurusan undang – undang. Ramai yang memperkatakan bahawa law students need more to memorise the acts and provision of law. Tetapi, bagi saya, pendapat tersebut kurang tepat kerana law subject memerlukan kita untuk berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah (problematic question) mengenai kesalahan jenayah , tort, kontrak, undang – undang keluarga islam dan banyak lagi.
Setakat ini sahaja tulisan saya pada kali ini.
(To me, Islamic Family law subject is very touching in this semester because it about marriage, divorce and ect.)
Khamis, 12 November 2009
the golden words
Allah SayS All ThingS ArE PosSiblE..
WheN u Says I CanT MaNaGe..
Allah SayS I WiL SuPpLy All Ur NeEds..
WheN u Says I CanT Go On..
Allah SayS My GrAcE Is SuFfIciEnT..
WheN u Says I CanT FiGuRe ThinGs OuT..
Allah SayS I WiL DireCt Ur StepS..
WheN u Says I CanT Do It..
Allah SayS U CaN Do All ThinGs..
WheN u Says Im NoT AbLe..
Allah SayS Im AbLe..
WheN u Says Im AfRaiD..
Allah SayS I HavE NoT GivEn u A SpiRiT oF FeaR..
WheN u Says Im OweZ woRieD n FruStaTed..
Allah SayS CaSt All Ur CarEs On Me..
When U SayS I CanT 4GiV MySelF..
Allah SayS I 4GiV u...
WheN u SayS NoBodY ReallY LovEs me..
Allah SayS I LUV u..
WheN u SayS I DonT Hav EnouGh FaiTh..
Allah SayS I hAv GiveN EvRy1 A meAsuRE of FAITH...
ALLAH IS ENOUGH FOR US!!!!
Ahad, 11 Oktober 2009
Penyeri Idamanku
Penyeri yang aku rindui
adalah wanita yang mencintai Ilahi
tersulam dalam peribadi
hingga terpesona olehku, seorang lelaki
cinta, takut & harap pada-Nya menguasai diri
saban ketika, waktu & hari
hingga jasadnya ditelan bumi
Penyeri yang aku sayangi
lidahnya basah dengan zikrullah
sudut hatinya mengagungkan Allah
wajahnya memancarkan nur Ilahi
lantaran wudhuk menghiasai diri
hingga mataku tak puas merenungi
Wanita yang aku cintai
terhijab auratnya dari mata ajnabi
maruah dirinya dijaga rapi
mulia & terpelihara di mata sesiapa
bak mutiara putih ditutup baldu
menjadi pujaan kalbuku
Wanita yang aku impikan
menarik tanganku ketika kealpaan
lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan
lalu dibisikkan azimat penuh tulus
"Sayang, kembalilah kita mengingati ar-Rahman"
Wanita yang aku kasihi
cukup dengan apa yang ada
malah bersyukur tiada hentinya
redha pada apa yang tiada
malah memuji Kau yang Maha Kaya
dihiasi dengan sifat sabar pula
kerana dia cintakan hidup sederhana
yang langsung tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sanjungi
menjadi bulan kepada bakal zuriatku
menyimbah mereka dengan cahaya
menerangi kegelapan mereka
agar membesarlah semuanya
dalam acuan cahaya berganda sinarnya
untuk menyambung perjuangan Baginda S.A.W.
membawa cahaya buat umat seluruhnya
Sesungguhnya
penyeri yang aku idamkan itu
tak pernah luput dalam doaku
setiap detik & waktu
dia adalah dirimu
penyeri idamanku..
(semoga puisi ini menjadikan sumber inspirasi kepada mereka yang bergelar wanita untuk menjadi seindah mawar berduri.)
Penyeri Idamanku
-Penyeri Idamanku...-
Diambil dari laman web www.iluvislam.com
Penyeri yang aku rindui
adalah wanita yang mencintai Ilahi
tersulam dalam peribadi
hingga terpesona olehku, seorang lelaki
cinta, takut & harap pada-Nya menguasai diri
saban ketika, waktu & hari
hingga jasadnya ditelan bumi
Penyeri yang aku sayangi
lidahnya basah dengan zikrullah
sudut hatinya mengagungkan Allah
wajahnya memancarkan nur Ilahi
lantaran wudhuk menghiasai diri
hingga mataku tak puas merenungi
Wanita yang aku cintai
terhijab auratnya dari mata ajnabi
maruah dirinya dijaga rapi
mulia & terpelihara di mata sesiapa
bak mutiara putih ditutup baldu
menjadi pujaan kalbuku
Wanita yang aku impikan
menarik tanganku ketika kealpaan
lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan
lalu dibisikkan azimat penuh tulus
"Sayang, kembalilah kita mengingati ar-Rahman"
Wanita yang aku kasihi
cukup dengan apa yang ada
malah bersyukur tiada hentinya
redha pada apa yang tiada
malah memuji Kau yang Maha Kaya
dihiasi dengan sifat sabar pula
kerana dia cintakan hidup sederhana
yang langsung tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sanjungi
menjadi bulan kepada bakal zuriatku
menyimbah mereka dengan cahaya
menerangi kegelapan mereka
agar membesarlah semuanya
dalam acuan cahaya berganda sinarnya
untuk menyambung perjuangan Baginda S.A.W.
membawa cahaya buat umat seluruhnya
Sesungguhnya
penyeri yang aku idamkan itu
tak pernah luput dalam doaku
setiap detik & waktu
dia adalah dirimu
penyeri idamanku..
semoga puisi ini menjadikan sumber inspirasi kepada mereka yang bergelar wanita untuk menjadi seindah mawar berduri.
Ahad, 4 Oktober 2009
12 barisan...
PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah: Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.”(Surah an-Naba’, ayat 18).
Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri."
Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.
Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya.”
Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”
Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan keempat, diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.
Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan.
Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.
Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran.
Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat
Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih.”
diambil daripada laman web www.iluvislam.com
Isnin, 28 September 2009
BISIKLAH UCAPAN CINTA
BISAKAH KUBERDIRI TANPAMU DI SISIKU,
BISAKAH KUBERLAGU SUKA TANPAMU DI WAJAHKU,
BISAKAH KUTENANG TANPAMU DI PANDANGANKU,
BISAKAH KUSENDIRI TANPA HEMBUSAN NAFASMU,
BISAKAH KUHIDUP TANPAMU…IBU, ABAH
Sebenarnya, ibu dan abah atau pelbagai panggilan yang kita panggil lagi seperti umi, abi dan sebagainya merupakan dua insan yang sangat berjasa kepada kita yang bergelar seorang anak. Tanpa mereka siapalah kita. Mungkin bagi pembaca sekalian ayat ini merupakan satu ayat yang klise. Tetapi tidak bagi penulis. Ayat ini memberi sejuta erti kepada penulis yang bergelar seorang anak.
Di sini,penulis hanya ingin memberikan saranan kepada pembaca semua. Apakata mulai hari ini, cubalah membisikkan tiga perkataan ini kepada ibu bapa kita. Tiga perkataan keramat yang mampu membuatkan mereka tersenyum. Tiga perkataan tersebut ialah saya cinta ibu! Saya cinta abah!. Bisikkan melalui kata-kata/ short messages service , faks atau sebagainya.
Jumaat, 25 September 2009
ADIKKU, SELAMAT BERJUANG!
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua pembaca blog ini.
Pembaca yang saya kasihi,
Ingatkah semua kepada entry yang lepas berkenaan dengan adik saya yang akan berangkat ke
Pada hari ini, hampir 2 minggu adik saya meninggalkan
Pembaca yang saya cintai sekalian,
Perasaan ini sayu dan hiba tatkala berada di lapangan terbang (Pengkalan Chepa) kerana terpaksa melepaskan adik yang tersayang merantau ke negara orang. Manik – manik basah bagaikan mengalir tanpa dipaksa tatkala bersalaman dengannya. Kata- kata tidak lagi mampu berbicara. Mungkin perpisahan ini merupakan perpisahan (tempoh yang panjang) kali pertama antara saya, keluarga dengan beliau. Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimanakah untuk menggambarkan perasaan saya dalam tulisan ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Namun, saya pendamkan juga perasaan ini kerana perpisahan ini merupakan satu jihad baginya. Jihad untuk menuntut ilmu agama. Selain itu, beliau pergi menimba ilmu ke sebuah tempat yang sangat bersejarah. Di bumi sanalah tika dulu dikenali sabagai bumi Syam tempat Rasulullah berdagang. Di sanalah berlakunya peperangan Mu’tah.
Dalam tulisan ini, saya letakkan sebahagian foto – foto terakhir kami sekeluarga sebelum beliau berangkat ke KLIA.
Buat adikku,
Teruskan perjuangan suci ini. Jangan biarkan dirimu tersungkur sebelum berjuang. Anggaplah semua dugaan itu sebagai cabaran yang akan menggandakan pahalamu.Adikku, kami sekeluarga amat merinduimu dan dirimu sentiasa ada dalam doa kami.
Jumaat, 11 September 2009
hadis ini penawarku
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokaatuh
ألحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى ألهوصحبه أجمعين
Saya mulakan penulisan pada kali ini dengan hadis yang bermaksud:
DARIPADA ABU HURAIRAH R.A BERKATA RASULULLAH SAW BERSABDA: ISLAM BERMULA DENGAN KEADAAN DAGANG (ASING) DAN IA AKAN KEMBALI ASING. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG – ORANG YANG ASING.
Pembaca yang saya cintai,
Hadis ini telah membawa satu pengertian yang cukup indah kepada saya khususya. Hati dan jiwa saya akan berasa tenang dan resah akan hilang apabila teringat akan hadis ini.
Sebenarnya saya mempunyai kisah di sebalik hadis ini. Dalam ruangan ini, izinkan saya bercerita serba sedikit tentang kehidupan saya setelah saya mempelajari hadis ini daripada seorang ustazah (Ustazah Rahimah) ketika saya menuntut di Sekolah Maahad Muhammadi ( p) Jalan Merbau.
Sebelum ini, saya hanya memakai tudung 3 segi yang labuh sahaja. Dan pada suatu hari, Ustazah Rahimah mengajar mengenai hadis ini dan beliau memberikan penerangan yang jelas sehinggakan air mata saya hampir tumpah. Sehinga kini kata – katanya terngiang – ngiang di telinga saya. Katanya, “pada masa sekarang dunia serba moden dan umat Islam semakin hilang identiti Islam kerana mengikuti arus kemodenan. Dan di sini (di sekolah) kamu masih lagi memakai jilbab tetapi di luar sekolah atau apabila kamu berjaya memasuki universiti apakah kamu akan terus memakai jilbab? Di sini apa yang ustazah nak bagitahu ialah Islam pada mula kedatanganya kelihatan asing dan akan kembali asing. Maksud kembali asing di sini ialah apabila kamu memilih untuk memakai jilbab kamu akan dipandang aneh, apabila kamu membataskan pergaulan antara lelaki kamu dianggap tidak tahu bersosial dan sebagainya. Jadi hal seperti ini telah berlaku sekarang. Dalam ayat terakhir hadis ini berbunyi beruntunglah bagi orang – orang yang asing. Andai kamu semua ingin beruntung berpeganglah pada ajaran pada ajaran Islam. Dan dalam konteks sekarang, ustazah mahu kamu meneruskan pemakaian jilbab sehinggalah kamu memasuki alam universiti dan pekerjaan. Andai ada yang memandang serong kepada kamu anggaplah hadis ini sabagai penawar.”
Pembaca yang saya kasihi,
Hadis inilah yang menjadi penawar tika hati saya sedang berduka. Berduka tatkala dianggap ‘semacam’ apabila saya melawan arus kemodenan yang menjerat, tatkala berkata yang hak tetapi yang jahil mempersoalkan, tatkala disindir kerana membataskan pergaulan dengan kaum lelaki. Walau apapun, ranjau atau cubaan, hadis inilah yang menjadi penenang jiwa kerana saya ingin menjadi orang yang beruntung (insyaAllah) seperti akhir ayat hadis ini “beruntunglah orang – orang yang asing”.
Di sini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Rahimah kerana beliau telah banyak mengajar saya mengenai ilmu akhirat (walaupun saya hanya menuntut ilmu dengannya hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja). Selain beliau, ibu bapa saya (yang saya amat cintai)juga telah banyak memberi dorongan kepada saya untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Tuntasnya, semoga dengan penulisan kali ini pembaca semua akan mendapat manfaat walaupun sedikit. Semoga kita semua menjadi lebih baik daripada semalam.
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum… Alhamdulillah…segala puja dan puji hanya untuk Allah. Alhamdulillah…atas nikmat Iman dan Islam… Hanya ingin me...
-
Mungkinkah mimpi-mimpi indah ini adalah ujian buat kita? Mungkinkah ini adalah bicara Allah untuk kita memilih antara mengimplementasikan m...