Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokaatuh
ألحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى ألهوصحبه أجمعين
Saya mulakan penulisan pada kali ini dengan hadis yang bermaksud:
DARIPADA ABU HURAIRAH R.A BERKATA RASULULLAH SAW BERSABDA: ISLAM BERMULA DENGAN KEADAAN DAGANG (ASING) DAN IA AKAN KEMBALI ASING. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG – ORANG YANG ASING.
Pembaca yang saya cintai,
Hadis ini telah membawa satu pengertian yang cukup indah kepada saya khususya. Hati dan jiwa saya akan berasa tenang dan resah akan hilang apabila teringat akan hadis ini.
Sebenarnya saya mempunyai kisah di sebalik hadis ini. Dalam ruangan ini, izinkan saya bercerita serba sedikit tentang kehidupan saya setelah saya mempelajari hadis ini daripada seorang ustazah (Ustazah Rahimah) ketika saya menuntut di Sekolah Maahad Muhammadi ( p) Jalan Merbau.
Sebelum ini, saya hanya memakai tudung 3 segi yang labuh sahaja. Dan pada suatu hari, Ustazah Rahimah mengajar mengenai hadis ini dan beliau memberikan penerangan yang jelas sehinggakan air mata saya hampir tumpah. Sehinga kini kata – katanya terngiang – ngiang di telinga saya. Katanya, “pada masa sekarang dunia serba moden dan umat Islam semakin hilang identiti Islam kerana mengikuti arus kemodenan. Dan di sini (di sekolah) kamu masih lagi memakai jilbab tetapi di luar sekolah atau apabila kamu berjaya memasuki universiti apakah kamu akan terus memakai jilbab? Di sini apa yang ustazah nak bagitahu ialah Islam pada mula kedatanganya kelihatan asing dan akan kembali asing. Maksud kembali asing di sini ialah apabila kamu memilih untuk memakai jilbab kamu akan dipandang aneh, apabila kamu membataskan pergaulan antara lelaki kamu dianggap tidak tahu bersosial dan sebagainya. Jadi hal seperti ini telah berlaku sekarang. Dalam ayat terakhir hadis ini berbunyi beruntunglah bagi orang – orang yang asing. Andai kamu semua ingin beruntung berpeganglah pada ajaran pada ajaran Islam. Dan dalam konteks sekarang, ustazah mahu kamu meneruskan pemakaian jilbab sehinggalah kamu memasuki alam universiti dan pekerjaan. Andai ada yang memandang serong kepada kamu anggaplah hadis ini sabagai penawar.”
Pembaca yang saya kasihi,
Hadis inilah yang menjadi penawar tika hati saya sedang berduka. Berduka tatkala dianggap ‘semacam’ apabila saya melawan arus kemodenan yang menjerat, tatkala berkata yang hak tetapi yang jahil mempersoalkan, tatkala disindir kerana membataskan pergaulan dengan kaum lelaki. Walau apapun, ranjau atau cubaan, hadis inilah yang menjadi penenang jiwa kerana saya ingin menjadi orang yang beruntung (insyaAllah) seperti akhir ayat hadis ini “beruntunglah orang – orang yang asing”.
Di sini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Rahimah kerana beliau telah banyak mengajar saya mengenai ilmu akhirat (walaupun saya hanya menuntut ilmu dengannya hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja). Selain beliau, ibu bapa saya (yang saya amat cintai)juga telah banyak memberi dorongan kepada saya untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.
Tuntasnya, semoga dengan penulisan kali ini pembaca semua akan mendapat manfaat walaupun sedikit. Semoga kita semua menjadi lebih baik daripada semalam.
salam...sebelum saya respons saya memohon kemaafan atas kelewatan mereply comment nie..untuk pengetahuan saudari tara tiana...pihak mpp telah berusaha sebaik yang mungkin untuk menegakkan amal maaruf nahi mungkar di udm..ia bukan tggungjawab kami sahaja tapi sudah menjadi tanggungjawab semua.. cuma kami sebagai pemimpin mahasiswa tampil paling hadapan untuk mengetuai perjuangan ini..
BalasPadamuntuk maklumat saudari..saya masih ingt lagi persoalan-persoalan yang ditanya semasa perjumpaan bersama pelajar sem lepas.. bagi pihak mpp kami sudah mengadakan perbincanagn bersama HEPA dan pihak keselamatn..pihak HEPA juga telah adakan poster mengenai etika pemakain yang betul dan sopan di U..cuma mahasiswa tidak pernah ambil berat mengenai peringatan ini..memg benar,,jika sebelum ini (KUSZA) mengenakan cara pemmakain lelaki dan wanita adalah sebagai satu peraturan tetapi sekarang tidak..kita tetap perlu menjaganya..ia berkaitan aurat dan sahsiah pelajar secara amnya.. JIka saudari bertanyakan apakah tindakan saya selaku presiden pelajar, saya telah mengadakan kempen etika pemakaian melalui program yang kami adakan.setiap pelajar perlu memakai pemakaian yang sopan dan kemas untuk hadiri program kami..Alhamdulillah..kami mendapat kerjasama penuh dari persatuan mahasiswa fakulti terutama sekali PMKi di bawah pimpinan saudara Aswad.
tapi pernah saudarI terfikir..kenapa kita masih tak dapat untuk membwa sinar islam ini kepada semua?...saya yakin bila kita bicarakan tentang perubahan..kita tidak melihat perubahan yang drastik tapi melihat apa yang kita dapat dari perubahan itU walaupun sedikit demi sedikit...jika pemakaiAn sempurna (mengikut islam) kita cari..kita akan dapat..tapi ia lahir dari 'niat' mahasiswa itu sendiri..kita tak dapat paksa manusia berubah..tapi kita boleh mendidik mereka untuk berubah...INsyaAllah..semoga Allah memberkati kita di dunia dan akhirat jika kita berpegang pada syariatNya sampai bila2..
tambahan respons>>
BalasPadamBerkenaan isu MAKES (malam keseniaan UDM) , kami mohon semoga isu ini diperinci terlebih dahulu...pihak penganjur adalah dari Pusat Seni UDM dan juga MPP.ini bermakna kita sudah pecah bahagian kerja.dan untuk pengetahuan saudari...kita dimaklumkan perubahan acara asal pada saat2 akhir..dan kita fight untuk mengurangkan persembahan yang tak mengikut garis panduan Islam yang sebenar..Alhamdulillah..pihak mpp dapat mengurangkan keadaan itu hinggalah persembahan sebenar pada malam berkenaan..
Untuk maklumat semua mahasiswa, saya sudah mendapat pandangan dari Ustaz Anas dan Ustaz Syahfiee dri FKI berkenaan masalah ni..respon yang diberikan oleh mereka adalah 'kita sebagai pemimpin melakukan yang terbaik supaya hidup ini sentiasa mendapat keberkatan dari NYA..tindakan mengurangkan keadaan yang asalnya teruk adalah lebih baik daripada tiada sebarang tindakan.Usaha itu penting'...saya tertarik apa yang ustaz anas katakan...walaupon manusia tetap menghukum pemimpin..tapi Allah tetap Maha Mengetahui apa yang kita niatlkan dan kita lakukan.
berkenaan yang keluar DABS pada malam itu..saya tidak bersetuju langsung...memg ia tidak bagus dan TAK BOLEH TERUS DIadakan persembahan percampuran lelaki dan perempuan tapi....dalam ISlam masih ada maksud MENGHORMATI MAJLIS..kenapa kita disarankan kita untuk hadiri majlis perayaan orng bukan Islam..adakah kita menyokong? adakah kita meraikan sekali?tidak...tapi kita menghormati mereka dan dalam masa yang sama kita menjaga hubungan sesama manusia..HIDAYAH ALLAH tidak hadir waktu itu..mungkin dengan cara kita yang ikhlas dan bersungguh2 dalam mengajak mereka masuk ke agama Islam akan melembutkan hati mereka tertarik dengan ISlam...mudah-mudahan denagn izin Allah
Saudari dan sahabat2 UDm sekalian, marilah kita BERSAMA-SAMA membangunkan sinar Islam di U kita. InsyaAllah..dari kita sendiri kita boleh mulakan dengan nasihat dan didikan yang baik kepada sahabat2 kita..sesungguhnya selemah2 tindakan adalah doa kita..Allah sentiasa mendengar permintaan dan rintihan dari hambanNYa.
(",) kepada tara tiana..> terima kasih atas respon ini..insyaAllah..bagi saya dan MPP UDM sesi 08/09 , kami tak pernah jemu untuk menghidupkan suasana ISlamic di UDm dan kami mengharapkan kerjasama dari seluruh warga udm untuk mencari dan mendapatkan KEREDHAanNya..InsyaAllah..
" ISLAM ITU INDAH DAN ISLAM ITU MUDAH JIKA KITA KENAL DAN MENDALAMI ISI KANDUNGANNYA..KEKALKAN PEGANGAN PADA AL_QURAN DAN SUNNAH SEMOGA KITA TIDAK TERGELINCIR DALAM KALANGAN ORANG2 YANG FASIK DAn JAHIL"