Assalamualaikum
Setelah 3 tahun lamanya berhempas pulas dengan buku-buku law juga menghafal kes-kes law , akhirnya membawa kepada titik akhirnya. Belajar undang-undang sangat interesting and challenging. Bukan hanya setakat menghafal kes-kes tetapi juga memerlukan skil untuk mengimplementasikan undang-undang kepada situasi yang diberikan.
Dalam jangka waktu 3 tahun tersebut, ada sahaja yang akan bertanya kepada saya adakah saya berminat dengan law. Ya, sudah tentu saya berminat! Sangka mereka di awal pertemuan , jurusan dakwah, syariah atau usuluddin adalah jurusan pengajian saya. tetapi, apabila saya mengatakan saya mengambil law course, riak-riak wajah mereka seakan berubah terkejut. It’s ok, sememangnya wajah saya ni macam innocent je kan? tak pantas ambil jurusan law!Hehe.

Kenapa minat law? Law is one of my passions in life. Actually, saya sukakan peraturan. Dalam hidup saya dan setiap perkara akan ada law tersendiri termasuk law of love. Besides that, saya sukakan fakta dan akan berhujah bila situasi yang memaksa saya.
Btw, mengambil law sebagai pengajian khusus di universiti banyak ranjau dan cabarannya.
Pertamanya, iktikad kena betul. Jika, seseorang mengatakan criminal law in Malaysia is the best law so habislah! Habislah iktikad sebagai muslim. So, kena tanamkan pada diri bahawa hudud adalah the best law and not common law or etc. walau belajar sedalam manapun tentang common law, niat yang perlu disematkan adalah:
Aku belajar law sivil bukan untuk diimplementasikan di Malaysia but aku hanya belajar untuk membuat perbandingan law sivil and Islamic law. Titik!

Banyak contohnya yang saya pelajari bahawa common law bertentangan dengan prinsip islam. Contohnya, dalam Islam, untuk mendapatkan sebarang bukti harus secara legal tetapi prinsip di dalam common law pula adalah the evidence is acceptable if it is relevant under evidence law but the court will not concern how it is obtained. Nah! Itu baru satu contoh…
Kedua, belajar law, kebanyakannya berteraskan common law. Tapi, Alhamdulillah ada juga saya belajar tentang undang-undang Islam. Contohnya, Islamic legal law, Islamic family law, evidence and procedure of shariah court.
Selain itu, saya bersyukur apabila faculty law mewajibkan studentnya mengambil subjek tajiwd, ayat ahkam, ulum hadith, ulum quran. Dan semua subjek ini kami belajar in Arabic.
Ketiga, penganjuran aktiviti oleh persatuan fakulti (saya hanya bercakap hanya pengalaman di university saya sahaja) kadang-kadang tidak menepati syarak. Bergaul bebas antara dua gender yang berlainan. Berpakaian seperti artis di Annual Dinner. Ini sangat mendukacitakan!
Kadang-kadang saya jadi dilemma samaada ingin mengikuti atau tidak aktiviti-aktiviti yang dianjuran oleh mereka. Menangis itu sudah pasti! Pernah saya menangis kerana tidak mahu ke Annual Dinner ketika saya berada di tahun1. Kalau saya tak pergi pasti diherdik oleh -----.
Pernah juga saya membangkang apabila ada nyanyian ketika malam AGM. Sudahlah malam Jumaat; malam yang penuh barakah.saya keluar dewan dan manangis… Menyanyi + gitar! Bayangkan saya sepatutnya solat Isya’ terlebih dahulu tetapi saya tetap ke sana kerana berasakan saya harus menepati waktu majlis berlangsung. Namun, majlis itu sudah dicemari dengan nyayian. Ah, lantas saya ambil mikrofon terus nyatakan bantahan! Memang saya tak patut buat macam tu cz tak proper. Tetapi, it’s late. Maybe ada hikmah disebaliknya. Mungkin saya kena berhikmah! Namun, saya sudah awal-awal mintak maaf andai x proper cara saya bagi bantahan.
Dan kerana tidak berhimahnya saya, pada malam itu juga saya kena sound oleh president dan vice president. Dalam hati saya terdetik apakah saya bersalah hundred percent? Atau cara sahaja salah? Kan tadi saya sudah minta maaf. Antara kata-kata salah seorang daripada mereka berdua :
Izzati, budak pengajian Islam tu hanya pandai tahu cari salah kita jer…
Dalam hati saya: jangan nangis, izzati! Biarlah tak da orang sokong pun…it’s ok! Allah kan ada.
Dan Alhamdulillah, saya x nangis kat situ dan juga saya tidak keluar dewan! Dan thanks to Allah as saya dapat merasakan Allah ada bersama saya ketika itu.
Itu baru satu…
Keempat, teman-teman sekuliah kadang-kadang bukan sefikrah. Itu adalah hakikatnya. Untuk mencari permata dalam timbunan pepasir sangat sukar. Jadi, sesiapa sahaja perlu kuat semangat dengan prinsip. Tidak boleh jadi seperti lalang! Pernah saya bertemu dengan seseorang yang dulunya berjilbab dan sekarang berpakaian ketat. Na’uzubillah…
Dan penutupnya, persediaan mental dan rohani begitu penting apabila seseorang sudah memilih jurusan bukan pengajian Islam sebagai bidangnya. Begitu banyak ujian dan ranjaunya. Jadi, berdoalah kepada Allah akan menetapkan hati kita dengan Islam selamanya…
Semoga apa yang saya kongsikan ini diambil pengajarannya dan sempadan…
*penulisan bertulisan rojak…harap maklum.
dan paling best masa buat praktikal di mahkamah dan di jabatan bantuan guaman...