Assalamualaikum
Salam ukhuwwah fillah
Pada kali ini, hati saya tergerak untuk menulis bingkisan yang berkisar anak-anak bagi persediaan mereka yang mahu memulakan hidup berumah tangga. Bercakap mengenai perkahwinan, semuanya menjadi galak. Yang matanya terlelap, menjadi luas; yang bermurung menjadi ceria. Ini semua penangan perkataan ‘perkahwinan’
Namun, perkahwinan bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang payah. Untuk berkahwin itu mudah. Namun, untuk melayari bahtera itu agak sukar andai tidak diamati dengan baik. Sukar bukan beerti ternoktah pada aspek material sahaja . bahkan aspek pembangunan spiritual itu kalau tidak diperhalusi baik-baik dengan iman maka bahtera yang gah juga akan tersadai.
Baiklah, sekarang saya fokuskan kepada persediaan spiritual dan anak-anak.
Wahai bakal raja sehari,
Sebentar lagi, setelah kalian mendirikan mahligai cinta, tentulah di sana juga akan lahirnya zuriat cinta kalian. Dan sekarang adalah masanya untuk kalian memikirkan bagaimana kalian ingin mencorakkan anak-anak kalian. Kerana kehidupan anak-anak, kalian lah pencoraknya. apakah kalian ingin mereka menyebut nama kalian terlebih dahulu daripada menyebut nama Allah?
Selain itu, kalian perlu menjadi seseorang yang memiliki kesabaran yang tinggi. Untuk berhadapan dengan seorang kanak-kanak., Kalian memerlukan tingkat kesabaran yang tinggi. Ini disebabkan, kanak-kanak tidak mengetahui apakah ibu bapanya sedang berhadapan masalah. Mereka tidak tahu apa itu makna salah dan betul. Yang hanya mereka tahu adalah bersuka ria. Dan ini sememangnya fitrah kanak-kanak.
insyaAllah akan bersambung kalau ada masa …
-Akhirnya naluri seorang ibu terlakar jua(hehe)
(mission- nak amik anak angkat..tapi x thu bile)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan