Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
* saya sudah tak respek kepada pihak polis dan pihak media arus perdana secara total dek sanggup membawa misi BN untuk dicapai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum Helaian maya ini sudah lama tidak dilakar tulisan. Puisi-puisi juga jarang –jarang menutur kata. Tanda pemilik helaian ini s...
-
Assalamualaikum Peristiwa itu telah berlalu hampir tiga minggu yang sudah. Memorinya pasti terpatri dalam sebuah ingatan yang takkan luput ...
-
Assalamualaikum Pada kali ini saya utarakan masalah yang berlaku kepada pasangan yang berkahwin lari atau lebih tepatnya be...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan