Assalamualaikum!
Sudah dua minggu bercuti. Lagi 4 minggu semester baharu akan dibuka. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke kampus bagi meneruskan pembelajaran di sana. Ketika ini; cuti ini, saya tidak ‘bekerja’ di company abah dan juga di mana-mana. Saya menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa di Naungan Kasih tempat saya berteduh. Ramai sahabat yang mengagak saya akan bekerja di company abah namun itu salah kerana saya kurang ada minat dengan selok belok perniagaan.(mungkin kerana saya tak gemar subjek math ketika zaman sekolah dulu)
Menjadi ‘suri rumah’ sepenuh masa tersangat best.hehe. tugasnya adalah kemas rumah, jemur kain, masak dan apa-apa yang berkaitan dengan hal ehwal rumah. Alhamdulillah, dengan melakukan tugas ini dapatlah saya meringankan tugas ibu saya. Almaklumlah ibu saya guru dan pada petangnya ibu saya akan membantu abah dalam urusan company. Jadi, jika sebelum ini semua kerja-kerja rumah dilakukan oleh ibu sendirian (ketika saya berada di unisza), jadi, apabila saya pulang dari kampus, dengan cara inilah saya ringankan beban ibu.
Tinggalkan bab itu… dalam tempoh percutian ini juga, jadual sudah dirangka buku apa yang harus dibaca kerana banyak buku yang ditinggalkan oleh adik saya; izzat di bilik bacaan untuk bacaan adik beradik yang lain.Berapa juzu’ hafazan kena diulang semula walaupun hanya sempat menghafal beberapa juzu’ sahaja ketika berada di KOSTAQ dan juga menganalisis strategi dakwah untuk diri sendiri dan sahabat di unisza. Semoga apa yang saya ingin lakukan dalam percutian ini bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Semoga hati-hati kita dilindungi dari perasaan ria’, suuzzon, dan dendam.
Semoga para lecturer yang mengajar saya dipermudahkan urusan ‘tanda’ paper…lebih-lebih lagi kalau paper itu saya punya . semoga Allah memberikan ganjaran pahala kepada mereka kerana bersusah payah memberikan ilmu kepada saya dan para pelajar lain.
rindu meja bacaan di room saya di kolej kediamaan unisza
* erm..selalu je ym saya available...tapi itu bukan beerti saya selalu ada kat depan laptop :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan