Jumaat, 27 April 2012
kerana cinta, puisi tidak dilagukan
ketika roman cinta mengalir ke muara sungai
kerikil-kerikil di muara
mula tersenyum indah
katanya: cinta itu indah membuatkan sang pencinta
rebah meresahkan yang membahagiakan
ah,Itu bukan cinta!
Kerana Cinta itu adalah indah
yang membuatkan Sang pencinta segar dalam beribadah
Tangkas dalam mengatur langkah
Kerana cinta itu adalah ciptaan Tuhan!
Kerana cinta, Kutegaskan nada
Kerana cinta, Puisi tidak dilagukan
Kerana cinta, Lafaz pencinta tidak diungkapkan
kerana cinta, ukiran rindu tidak bersambut dengan kata
ini kerana diriku tidak mahu menghamparkan
permaidani kemurkaan Illahi untuk orang yang kucintai
itu tandanya ku kasih padanya
Biarlah
Sebelum detik itu tiba,
semuanya hambar,
biarkan begitu,
kerana kasih Allah yang mahu dicari
kerana redha Tuhan yang mahu diraih
kelak barakah menanti
ganjaran ibadah berlipat kali
semoga mengerti...
• Menggunakan watak ‘aku’ dalam puisi ini bukan beerti menunjukkan situasi penulis namun untuk pembaca lebih menjiwainya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum… Wanita bknlh sprti barang yg boleh di“booking” atau di“cancel” sesuka hati, jika tahu tidak mmpu maka usahlah gatal menjali...
-
Assalamualaikum! Pagi tadi, saya telah ke kedai buku bersama ibu. Ibu mencari-cari ‘white board’ untuk dibelinya dan saya pula membelek bel...
-
Tangisan mereka yang menderita Masih terngiang-ngiang di umbu telingaku mana ibuku…? Mana ayahku…? Memecah kesunyian batin Ironisnya, Aku se...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan