Sukar untuk menjelaskan…
Mengapa sering disalah fahami…
Terulit kecewa dalam kalbu..
Bersahabat kerana Allah! itu yang sering saya dengar dan
baca. Dan sepotong hadis Rasulullah juga
mengenai persaudaraan semuslim juga sering diperdengarkan dalam majlis ilmu. Lalu
saya pasakkan dalam hati bahawa saya mahu menjadi seorang sahabat yang
mencintai sahabatnya. Yang menasihati apabila sahabat terlena di ulit masalah
dunia. Yang menjadi pundak ketika sahabt merintih. Yang menjadi senyuman
apabila sahabat bergembira.
Namun, sedikit kekecewaan dalam hati. Gerimis ini sudah ada
dalam hati. Entah mengapa sahabat itu tersalah faham tentang tingkah saya.
apakah dalah hatinya ada sedikit pesimis terhadap saya? apakah dia fikir saya
punya maksud lain di sebalik itu. mungkinkah ini andaian saya semata? Atau hanya saya
sahaja berfikiran seupama itu?
Ya Allah…sesungguhnya
Aku mencintai sahabat-sahabatku
Aku ingin mendekati mereka
Ketika mereka gundah gulana
Aku ingin menjadi obor
Memarakkan semangat untuk perjuangan mereka
Aku ingin menjadi tanah
Untuk mereka menghampar penat lelah mereka
Ya Allah
Aku mencintai sahabat-sahabatku
Aku ingin mendekati mereka
Dan aku ingin didekati mereka
Ya Allah
Andai ada antara sahabatku sangsi denganku
Kecewa dengan tingkahku
Pedih dengan bicaraku
Benci denganku
Aku mohon pada-Mu ya Rabb
Engkau perlihatkan kepada mereka
Betapa aku ikhlas
dalam bersahabat…
Betapa aku mencintai mereka umpama aku mencintai diriku
sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan