A dedication to my inspiration
-Terima kasih atas segalanya -
Kuyakin dia tidak pernah tahu
Betapa dia punya warna yang
Membuatkan diriku sentiasa bersemangat
Dalam melangkah maju kehadapan
Dia selalu menulis untukku satu perkataan : cayoik3!
Kuyakin dia itu ikhlas orangnya
Memberi nasihat dalam salahku
Ajari ilmu dalam jahilku
Menjadi doktor dalam sakitku
Dia selalu begitu seumpama sang mentari pagi yang
sentiasa menyinar
Iya,
Ingin saja kusuarakan padanya
Biar dia mengerti dan tahu
Bahawa dia punya value dalam hidupku
Bahawa dia punya nilai disisiku
Terima kasih kerana membuatku sentiasa terinspirasi
Ya Allah,
Engkau berikanlah kepadanya
Yang terbaik untuk kebaikan akhiratnya
Ya Allah
Engkau permudahkanlah
segala urusannya
Agar dia merasakan kehadiran pertolongan dari-Mu
Ya Allah
Andai dia semakin jauh dariku
Andai dia tidak lagi seperti dulu
andai tiada lagi kata
ucapan semangat darinya
kumohon biarlah spiritnya mahupun auranya kekal dalam
semangatku
walaupun dia tidak lagi menjadi bayangku
amin…
(bermula saat ini, saya ingin menulis ‘karangan roman’ untuk
setiap insan yang dekat dengan hati saya inshaAllah.. kerana saya bimbang saya
tidak punya ‘masa’ lagi untuk menghargai mereka sekurang-kurangnya dengan
menulis perihal kebaikan mereka. ajal maut seseorang itu hanya Allah yang
tahu )