Oh, Tuhan
Bukanku tak setia pada janji
Bukanku tak sudi untuk kotakan
Bukanku tak cinta
Sungguh ku tak berdaya
Menggenggam erat janjiku pada-Mu
Oh, Tuhan
Leraikan segala duniawi dalam hatiku
Agar kubisa persembahkan setiaku pada-Mu
Monolog: apakah cinta sejati yang kekal abadi dan tiada fananya
tidak memerlukan pengorbanan?
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman
bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada
bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada
agama Allah). al-Baqarah 214
Tiada ulasan:
Catat Ulasan