Jumaat, 21 Ogos 2009

SURAT TERBUKA KEPADA PARA MAHASISWA YANG BERGELAR DAIE

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa khas buat para mahasiswa yang bergelar daei khususnya di UDM.

Saudara - saudaraku, pertamanya saya merupakan antara ribuan pelajar di sini ingin berterima kasih kepada kalian kerana di UDM masih lagi ada sebilangan kecil yang sanggup menegakkan agama ISLAM di sini. Dan sememangnya ini bukanlah tugas kalian sahaja tetapi tugas semua mahasiswa Islam. Saudara - saudaraku, saya bukanlah ingin menyanjung kalian di sini tetapi ingin saya katakan rasa syukur saya kepada Allah kerana masih lagi ada yang sanggup menyatakan yang hak dan menentang kebatilan sementara yang lain telah mencampur adukkan antara yang hak dan batil.

Saudara - saudaraku, apabila kalian sudah menjadi seorang daie, sudah tentu kalian akan melalui pelbagai dugaan dan rintangan, cemuhan dan cacian mahupun duri dan ranjaunya. Saudara - saudaraku, usahlah kalian bersedih atau kecewa dengan dugaan seumpama ini.Sesungguhnya ini adalah dugaan kecil kalau hendak dibandingkan dengan orang terdahulu. Saudara - saudaraku, adakah kalian mengenali Zainab AL- Ghazali yang pernah dipenjara dan dihukum dengan bermacam – macam hukuman. Kalau kalian sudah maklum,ambillah iktibar dari ceritanya. Saya tahu, kalian merupakan antara orang yang tabah dan tidak mudah berputus asa.

Saudara - saudaraku, kadang kadang iman kita akan bertambah dan berkurang kerana kita adalah manusia biasa. Begitu juga semangat dalam menjalankan dakwah. Jangan kalian biarkan semangat kalian pudar dek cacian. Ingat, selagi ada kemungkaran di sini , kita ada hak untuk menghalangnya. Saudara- saudaraku, semoga kalian tidak tersalah faham akan maksud saya. Saya bukannya ingin meletakkan tanggungjawab ini diatas pundak kalian sahaja. Tentu sama sekali tidak. InsyaAllah, saya akan mengikuti langkah kalian.

Celaan itu menjadi manis,

Andai dicela dek menegakkan hak,

Pulauan itu menjadi tenang,

Andai dipulau kerana benar,

Hinaan itu menjadi pembakar semangat

Andai dihina dek menjaga maruah Islam

Akhirnya, panjatkanlah kesyukuran kepada Allah kerana sesungguhya Dia telah memilih kalian melalui jalan ini. Suatu jalan yang mulia. Semoga dengan tulisan ini kalian akan lebih bersemangat lagi. DEPANI CABARAN MAJUKAN UMMAH. Di sini saya titipkan hadis ini untuk tatapan kalian sebagai pembakar semangat dalam menghadapi cabaran dalam berdakwah.

DARIPADA ABU HURAIRAH R.A BERKATA RASULULLAH SAW BERSABDA: ISLAM BERMULA DENGAN KEADAAN DAGANG (ASING) DAN IA AKAN KEMBALI ASING. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG – ORANG YANG ASING.

Wassalam

Tara Tiana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari