Isnin, 24 Ogos 2009

VIRUS SEKULARISME KIAN MEREBAK DALAM KALANGAN MAHASISWA ISLAM HARI INI

Pada hari ini, mentaliti sebilangan mahasiswa sekarang semakin dibawa arus sekularisme yang hanya memikirkan akademik sahaja dan mengetepikan ajaran agama. Hal ini kita boleh dilihat apabila sesetengah aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa jauh menyimpang dari lunas – lunas Islam seperti percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi dalam sebuah aktiviti yang memerlukan saling bersentuhan. Hal ini amatlah mendukacitakan.. Sebenarnya Islam tidak melarang beraktiviti yang bercampur antara dua jantina yang berbeza tetapi perlu diingatkan ajaran Islam juga menetapkan syarat – syaratnya demi kemaslahatan bersama.

Selain itu , ada diantara mahasiswa yang menganggap hanya mahasiswa fakulti pengajian Islam sahaja yang perlu membawa imej Islam tetapi mahasiswa fakulti lain bebas untuk membawa apa – apa imej sekalipun. Aduhai! Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka juga beragama Islam sama sahaja dengan mahasiswa fakulti pengajian Islam? Agama Islam yang diturunkan oleh Allah adalah untuk semua bukan hanya diturunkan kepada mahasiswa pengajian Islam tetapi semua tanpa mengira jurusan. Andai ada diantara pembaca yang berfikiran bahawa hal agama dan imej agama hanya untuk mereka yang mengambil jurusa agama sahaja, ubahlah persepsi itu kerana pembaca juga seorang muslim dan mempunyai taklif yang sama.

Tambahan lagi ada diantara sebilangan mahasiswa yang melabelkan orang yang ingin menyampaikan dakwah Islam sebagai penyibuk bahkan ada juga melabelkan sebagai terroris, kuno dan ketinggalan zaman.

Secara konklusinya, jangan biarkan pemikiran yang mengatakan islam dan kehidupan perlu dipisahkan. Dan ubahlah persepsi seumpama ini dengan menterjemahkan melalui perbuatan. Jangan pembaca berasa sedih dan marah andai Islam dicaci dan dihina oleh orang bukan Islam andai pembaca sendiri tidak menjaga dan menterjemahkan Islam dalam kehidupan. Tetapi ini bukan bermakna pembaca perlu ketawa jika Islam dikeji dan dihina tetapi pembaca perlu berfikir sejenak apakah pembaca telah menuruti ajaran Islam dalam segenap aspek kehidupan . DEPANI CABARAN MAJUKAN UMMAH. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari