Assalamualaikum!
Di dunia ini,
Tanpanya
Cahaya bagaikan hilang
Kejora bagaikan tiada sinarnya
Purnama hilang merajuk
Mentari bagaikan enggan tampak
Begitulah
Dunia tanpa wanita;
Sememangnya
Seindah hiasan adalah
Wanita solehah
Wanita ialah hiasan dunia dan seindah hiasan merupakan wanita solehah. Begitu rumit untuk menjadi solehah walaupun jalan untuk menujunya telah ditunjukkan oleh Islam. Namun, di sini saya tidak ingin memperkatakan mengenai ciri-ciri solehah. Tetapi, saya ingin memperkatakan mengenai maruah wanita pada masa sekarang ini.
Wanita sekarang seperti kaca yang dilihat jauh cantik, apabila dipegang pecah. Begitulah rapuhnya wanita zaman melenium ini. Di sini saya bukan mempersoalkan mengenai akademik atau kejayaan wanita tetapi maruah wanita seperti hilang seiring arus kemodenan. Lihat sahaja di institut pengajian tinggi, mahasiswi-mahasiswi seakan-akan hilang malunya apabila mudah diajak berbicara dengan kaum adam; berpakaian sendat seakan-akan susah untuk bernafas; berwangi-wangian seolah-olah merekalah makhluk yang paling berbau wangi. Begitu aneh sekali!
Apabila bercakap soal maruah, bukan bermaksud maruah untuk seorang wanita sahaja. Maruah termasuklah maruah kedua ibu bapa, agama, masyarakat dan negara. Apabila wanita-wanita ini telah melanggar etika sebagai wanita Islam, maka rosaklah maruah kesemuanya.
Terakhirnya, saya ingin berpesan kepada diri saya dan pembaca sekalian:
‘ ingatlah Allah menjadikan kita perhiasan yang sememangnya kitalah seindah hiasan di dunia ini. Seharusnya kita memilih untuk menjadi perhiasan yang terindah untuk selama-lamanya. Bukan untuk sementara. Sukakah kita apabila di tangan kita ada hiasan. Andai dilihat dari jauh kelihatan berseri-seri, namun andai dilihat secara dekat, itu bukan hiasan tetapi kaca yang tiada nilainya.
Sesungguhnya maruah itu begitu mahal. Mahal sekali. Tiada siapa yang boleh membelinya walaupun dengan jutaan ringgit. Usah dijual maruah kerana lelaki. Lelaki yang baik adalah lelaki yang ingin memperisterikan kita bukan menjadikan kita sebagai barang untuk memuaskan nafsu mereka. Memuaskan nafsu bukan sahaja bermaksud berzina.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan