Si berbaju biru
Si berbaju biru itu,
Sering kutunggu-tunggu,
Di waktu-waktu tertentu,
Melaung-laungkan ajakan jaya,
Memanggil-manggil mereka,
Yang berkelana,
Menyembah tuhan yang Esa.
Si berbaju biru itu,
Tunduk selalu,
Mata tertunduk,
Pandangan ditunduk,
Takut-takut ternampak,
Si berbaju ketat,
Lagi sendat,
Si berbaju biru itu,
Pandai bermain kata,
Berbicara agama,
Di surau baru dan lama,
Semua mengangguk faham,
Menghayati makna dari dalam,
Itulah bakat,
Itulah nikmat,
Yang dikurniakan
Tuhan,
Di lubuk hati,
Tersirat yang tersurat,
Terselit satu hikayat,
Si kuntum mawar,
Ingin bertanya khabar,
Untuk merisik,
Bukan dirisik,
Entah tidak ,
Entah bila,
Menanti kata hikayat,
tertanam rata,
Terkubur rapat,
Tiada lagi istilah,
“ perigi mencari timba”.
Tiada istilah "perigi mencari timba" di dalam Islam. Istilah ini hanya masyhur dalam kalangan masyarakat Melayu kita sahaja. Mengikut hukum syari'at yang sebenar, perbuatan yang dikatakan "perigi mencari timba" merupakan amalan yang telah wujud pada zaman Nabi sallallahu'alaihiwasallam lagi. Bahkan, ianya berlaku pada diri Baginda sallallahu'alaihiwasallam juga. Ana pernah ditanya berkenaan hal ini: bagaimanakah keadaannya Nabi dan Siti Khadijah, sperti yang tersebut bahawa Siti Khadijah melamar Nabi sallallaualaihiwasallam, bolehkah begitu?
BalasPadamAna menjawab: Bagi pendapat ana, dalam kisah tersebut, Siti Khadijah bukanlah melamar dengan meminang Nabi sallallau'alaihiwasallam, bahkan Sayyidah bertindak dengan merisik Baginda sallallahualaihiwasallam dan menyatakan hasrat hatinya, lantas, Rasulullah sendirilah yang meminang.
Daripada kisah ini, dapat diambil kesimpulan, bahawa, tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang wanita menyatakan hasrat hatinya kepada seseorang lelaki, dengan cara yang dibenarkan syara', dan tidak timbul pula istilah "perigi mencari timba"...Kisah seperti ini bukan sekali berlaku dalam hidup Nabi, bahkan, semasa perkahwinan Baginda bersama Ummu al-Mu'minin 'Aisyah, pihak perempuanlah yang merisik Baginda, dan ini tidak khusus kepada Nabi sahaja, kerana ianya turut berlaku kepada sahabat yang lain. Ini dapat dirujuk di dalam kitab-kitab hadits sunan sittah...
Kesimpulannya, Islam meletakkan hak kepada seseorang wanita untuk memilih pasangan hidupnya, seperti juga lelaki diberikan hak tersebut. Inilah bukti bahawa Islam tidak memilih antara lelaki dan perempuan, jua tidak melebih satu sama lain. Allah berfirman yang bermaksud: ((Sesungguhnya, yang paling mulia disisi Allah, hanyalah hamba-hambanya yang paling bertaqwa))..Tanpa ada kelebihan bagi lelaki keatas perempuan, mahupun sebaliknya dari segi kedudukan mereka disisi Allah. Wallalhua'lam...Salam..