Najwa Aiman berkata...
berahsia dlm bjuang bkn bmakne pengecut,
namun..
ade bnyk bnda yg plu difahami dlm konsep bjuang..
bdakwah x semestinya menzahirkan,
"AKU MASUK USRAH UTK BERDAKWAH!".
sememangnye dlm bjuang x dinafikan plu berani..
tp, bukanlah smpai berani itu memakan diri sendiri,
bukanlah brani itu membawa masalah kpd pjuangan Islam yg kita bawa..
org yg benar2 bjuang mempunyai strategi..
jika dizahirkan pergrakan..
mudahlah strategi diketahui musuh,
bukankah menghalang perjuangan?
cuba kita fikirkan..
berahsia sambil dpt mnjalankan dkwah dgn lancar,
sekaligus dpt belajar dgn baik [dpt melaksanakan tggjwb sbg pelajar juga]..
tp.. tidak berahsia, usaha dakwah terbantut, xdpt meneruskan tggjwb sbg pelajar, bukankah kemaslahatan lbih plu dititikberat?
konsep menipu n berhelah plu dibezakan..
dalam konsep dakwah tiade istilah menipu..
cuma berhelah..
fahamilah ape konsep berhelah krn Rasulullah sndiri menggunakan konsep berhelah..
JAWAPAN SAYA:
Bismillah
Terima kasih atas komentar yang diberi oleh saudari. Saya cukup hargai.
Saudari, saya setuju apa yang dikatakan oleh saudari, tetapi bukanlah secara hakiki
.
Sebenarnya, ramai mereka yang beranggapan seperti saudari. Namun, ada sebilangan besar yang tidak gemar dengan cara tersebut. Kerana apa? Kerana kita tidak perlu lagi bersembunyi menentang batil dan menjalankan ma’ruf secara takut.
Memang betul, nabi Muhammad SAW menjalankan dakwah secara sirr atau pari materia rahsia. Tetapi, itu merupakan taktik pada awal permulaan Islam. Itu merupakan satu taktik. Tetapi sekarang kita bukan lagi di awal perkembangan Islam. Tidak lagi!
Saudari mengatakan lagi, berani boleh memakan diri. Ya, betul kalau berani tersebut tidak berteraskan konsep dakwah. Namun, lihatlah konsep berani yang dibawa oleh Umar al-Khatab ketika mahu berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Sekarang, kita memerlukan manusia seperti Umar al-Khatab!
Saudari,
Saudari menyebut mengenai berdakwah secara tidak rahsia akan menyebabkan usaha dakwah akan terbantut.Di sini saya mahu bertanya, apakah saudari maksudkan dengan usaha dakwah akan terbantut kerana AUKU. Kalau betul tanggapan saya. Saya akan katakan apa yang saudari katakan tidak tepat kerana saudari sendiri tidak faham apakah isi kandungan AUKU. Dalam AUKU, tidak ada satu seksyen yang mengatakan usrah itu satu kesalahan dan tidak ada satu seksyen pun mengatakan pihak HEP ada kuasa pun untuk menyenarai hitamkan nama-nama mahasiswa yang mereka tidak senangi.
Saudari, anda perlu faham bagaimana rasa terkilannya saya apabila ahli usrah ( secara sembunyi) lebih mementingkan diri mereka sendiri melebihi kepentingan ummah.
Sebagai contoh , saya mempunyai seorang kawan yang tidak tahu langsung mengenai kegiatan usrah di kampus kami. Pada suatu hari, dia mengatakan bahawa dia sungguh mahu mendekatkan diri dengan agama walaupun dia bukanlah bertudung litup labuh. Namun, dia tidak tahu untuk ke mana selain mendengar ceramah agama(yang sekali sekala diadakan) dan ceramah di surau. Tiada hala tuju untuk dia menambah ilmu dan tiada seorang pun yang mahu memberi kata nasihat mengenai Islam yang benar kepadanya. Dia pernah mengatakan kepada saya bahawa dia berada dalam dilema. Dilema untuk menjadi baik atau statik dengan kehidupan sekarang.
Jadi, situasi ini silap siapa? Saya ulangi persoalan buat kali kedua, jadi ini silap siapa walaupun bukan 100% ? dan saya yakin, bukan kawan saya seorang sahaja yang mengalaminya tetapi ramai lagi.
Ahli usrah hanya tahu kepentingan diri masing-masing ( kononya kemaslahatan umum) tanpa mengetahui bahawa ramai orang di luar sana menantikan kehadiran ahli usrah untuk membangkitkan semangat mereka untuk menjadi lebih baik.
Kesimpulannya, tidak ada gunanya mengatakan bersembunyi itu taktik kerana taktik tersebut memakan diri organisasi usrah itu sendiri.
“ jangan yang hak itu menjadi penakut kepada yang batil”
saudari,
saya bukanlah marah kepada komentar saudari kerana apa yang saudari tulis sama pemikiran dengan kebanyakan 'orang kuat' organisasi usrah di kampus. saya sangat terkilan. Persoalan di akhirnya, saya tidak faham kepada siapa yang kita perlu takut dan apakah dengan mengadakan usrah secara sirr akan menjadikan para mahasiswa menjadi lebih beriman atau hanya ahli usrah sahaja yang menjadi wara' tanpa peduli dengan mahasiswa yang sedang dalam dilema diri samaada terus statik dengan keadaan diri yang menghadapi kebejatan sosial atau semakin baik?
Kalau dengan mengatakan bahawa para mahasiswa yang sedang dalam dilema ini akan menjadi baik dan lebih beriman jika diteruskan usrah secara sirr, ya teruskan dakwah secara sirr walaupun dakwah tersebut hanya untuk golongan ( yang berjilbab labuh dan berkopiah kepala sahaja).
Wassalam
syukran atas penjelasan :)
BalasPadamsungguh, saya hormati pndapat ni..
saya sekadar ingin memberikan pencerahan atas apa sbnrnye yang saya faham di sebalik post saudari..
mmg ada benarnya ape yg saudari katakan,
sesetengah pihak yg mementingkan diri..
cumanya.. saya ingin kita sedar n faham..
apa usrah itu sebenarnya..
apa tujuan sbnr berusrah..
kenapa usrah itu wujud..
dari mana datangnya usrah..
kenapa sirr itu wujud,
mengapa perlu sirr..
semua itu bukanlah krn hnye utk org btudung labuh atau tak..
masing2 ada cara brdakwah sendiri..
mgkin jika kita tidak berada di dlmnya..
kita bknlah org yg faham tntg apa yg org lain bawa..
saya sendiri..
saya xlayak mengkritik cara yg saudari inginkan..
smg kita saling menghormati :)
biasalah dlm Islam ada khilafnya..
krn khilaf itu suatu rahmat sbnrnye..
bukan 1 perpecahan..
maaf jika saudari kurang selesa dgn komentar saya.
skadar brkongsi pendapat mencambahkan minda :)
wallahu'alam..
assalamualaikum wbt,
BalasPadamsaudari yg sy syngi krn Allah :)
pndpt saya, kita perlu banyakkn lagi membaca,
saudari, dan saya
persoalannya, kenapa perlu scr sirr, & x trg-trgn..jika dlihat balik sejarah, pergerakan dilkukn scr terg trgn akn mdapat tntgn drpd pihak2 yg x suka kpd islam(wpun luarannya mrk islam)
hasilnya, dkwah islam sndiri trbntut, & trpksa dhentikn atas sbb sekatan2 yg blaku..
cthnya, gerakan hizbul muslimin, di msia 1 masa dahulu..mndpt tntgn drpd phak pmrintah..walhal matlamat hizbul muslimin pada masa itu jelas utk membawa islam dan menegakkn daulah..byk lagi contoh lain yg boleh kita cari2 & kaji :D
tntg AUKU, jika benar, HEP tiada hak utk menyenarai hitam mahasiswa2 yg tidak dsenangi sewenag-wenangnya,
cuba lihat hukum alam yg dgunapakai dmsia, d mana yg bkuasa blh btindak ssuka hati, & mngikut kpntingan diri..
cnthnya, bgaimana tun Dr mhathir dhlu mmbuat tuduhn x brasas thadap Anwar ibrhm, krn ingn mnjatuhknnya
sy yakin,,ada cth2 di pringkat mahasiswa yg critanya x smpai ke pengetahuan kita
Dan juga, yg mngikuti usrah, x smestinya yg btudung labuh, & bkopiah sj..hehe
ada je sahabat2 sy, pkai tudung biase..yg pnting, menutup aurat & menjaga syariat :)
wpun ada usrah, pjuangan d pringkat kampus x blh tnggal
masih ada usrah2 yg established di kampus dlm bentuk study circle..dll
ada baiknya juga, brtanya pd kawan yg mngikuti usrah tu,,@ mungkin wujudkn usrh sndiri dgn shbt2..
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(61;4)
alfaqir ilallah