Isnin, 10 Januari 2011

JANGAN MARAH YE! SEKADAR KOMENTAR SAHAJA!

Assalamualaikum!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah terlalu lama saya menyimpan satu ketidakpuasan dalam hati. Ia timbul bukan untuk suka-suka tidak berpuas hati. Namun,ianya timbul kerana penyebab kepada ketidakpuasan itu menjadikan sesuatu itu Nampak tidak gah. Walhal sifatnya adalah untuk disanjung bukannya diremeh temehkan.

Peningkan pernyataan ini?

Bidang Syariah! Ya,Inilah apa yang akan saya perkatakan sepintas lalu. Maaf andai saya menulis ini terkasar bahasa; tersilap mengatur bicara.

Sebenarnya dan setulusnya, saya memandang tinggi kepada mereka yang mengambil jurusan syariah kerana simboliknya merekalah yang belajar tentang hukum hakam Islam a.k.a undang-undang Islam atau Islamic Law.

Namun, di manakah martabat mereka di mata masyarakat sekarang? Di mana? Mengapakah pada saat ini,mereka yang belajar undang-undang sivil dilihat bagaikan gah! Lebih gah daripada mereka yang bersengkang mata demi syariah! Walhal ia hanyalah undang-undang ciptaan manusia yang sering salah dan lupa.

Andai persoalan ini ditanya terus kepada saya, saya akan memberi jawapan:

Syariah itu adalah undang-undang yang dicipta oleh Allah untuk umat manusia. dan umat manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengimplementasikan undang-undang syariah dalam segenap aspek undang-undang.



Namun, kebanyakan mereka yang belajar tentang syariah mengambil sikap remeh atau sikap tidak acuh dalam mempelajari syariah. Selepas mereka tamat pengajian, mereka akan mengambil inisiatif untuk menjadi seorang ustaz atau ustazah. So simple and easy!

Dimanakah rasa tanggungjawab mereka untuk menjadi mereka yang mengambil wadah memartabatkan undang-undang Islam di persada perundangan Malaysia? walaupun,
Sebenarnya tidak ada salahnya untuk menjadi ustaz dan ustazah! Namun,hakikat yang perlu kita lihat dan telan adalah undang-undang sivil lebih terkedepan dan dipandang jauh lebih tinggi. Bilangan peguam syariah lebih sedikit berbanding peguam sivil.

Dan satu soalan lagi, bagaimanakah kita mahu mengimplementasikan syariah dalam Negara sedangkan kebanyakan keluaran jurusan syariah mengambil jalan pintas untuk menjadi ustaz dan ustazah berbanding peguam syarie demi mengelakkan pengangguran?

Ops!



Sekarang ini, apabila saya memberi pendapat kepada seseorang bahawa saya mahu menyambung jurusan kepada syariah, wajah-wajah mereka seakan -akan menampakkan bahawa jurusan syariah itu hanyalah untuk mereka yang akan bergelar ustaz dan ustazah bukannya peguam yang bakal mengimplementasikan undang-undang Allah di Malaysia amnya. Jadi, Siapa yang salah?

Tuntasnya, fikir-fikirkanlah!

Ayuh, marilah kita memartabatkan undang-undang Islam yang sememangnya tinggi di sisi Allah!


p/s- mereka yang ambil jurusan syariah (pure) boleh jadi peguam syarie...termasuk mereka yang belajar di mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari