Assalamualaikum
Ketika ini saya menoleh kenangan ketika bersekolah dulu. Dari darjah satu sehingga tingkatan 5. Sebanyak 6 buah sekolah telah saya langkahi. Begitu banyak tawa dan tangis ketika bersekolah. Begitu banyak ragam kawan telah saya temui. Dan akhirnya , sehingga kini, saya hanya mempunyai dua sahabat baik. Merekalah sahabat saya ketika belajar kami belajar di sekolah rendah. Alhamdulillah!
Begitu susah untuk menemui permata…
Ketika menjadi timbalan ketua pengawas pula, ketika itu ada peristiwa yang memerlukan hak ditinggikan, kawan yang saya anggap baik pun meninggalkan saya. terkontang kanting sendirian. Sedangakan mereka tahu saya berada di atas jalan untuk memberikan keadilan (dalam hal tersebut). Mereka memilih untuk diam sebagai langkah selamat.
Di univerisiti pun begitu. Ada yang cakap:
“awak…saya tahu awak benar tentang itu, tapi saya tak berani nak cakap saya setuju dengan awak kat diorang”.
Ketika saya membentangkan hujah betapa dalam persatuan mempunyai elemen tidak islamik, mereka marah saya. DKU senyap sunyi tanpa ada suara yang membangkitkan kata setuju . padahal itu benar. Saya takkan kecewa kalau mereka menentang jika kata saya itu salah. Its fine!
Kawan-kawan saya Semuanya senyap pada malam itu. Malam itulah yang cukup membekas di hati saya.
Di sini saya tidak meminta simpati atau empati para pambaca sekalian. Tetapi, cukuplah untuk saya katakan bahawa lakukan sendirian untuk kebenaran andai tiada yang sefikrah. Kuatkan semangat. Jangan jadi seperti saya. asyik sedih apabila sedikit dicemuh.
Kalau kita berada di jalan yang benar, ingatlah Allah bersama kita. Biarlah kawan yang kita sudah anggap sebagai sahabat menjauhkan diri daripada kita tatkala kita sendirian cuba melawan arus atau memperjuangkan sesuatu.
Senyum selalu walau di sebalik tirai duka
saya stju dgn kata2 awk izzati....
BalasPadambiarlah org lain xse sokong kita, tp biar kt ada pendirian yg tersendiri..... :D
afifah azlan..
syukran, fifah...
BalasPadamdoakan keselamatan sahabat-sahabat kita di bumi Mesir juga doakan agar yang menang di sana adalah Pejuang Islam