Insyirah termangu bersendirian di birai katil. Khabar yang baru diterimanya melalui pesanan ringkas itu begitu membuatkan hatinya terusik .Khabar yang tidak disangka-sangka akhirnya singgah jua. Matanya sekali lagi terarah pada skrin telefon bimbitnya. Dan sekali lagi dia membaca SMS yang disampaikan oleh sahabat baiknya, Huda.
“ Ah, akhirnya, misteri hidup sudah tersingkap. Tiada lagi pengharapan setelah 8 tahun berharap tanpa henti. Menunggu jawapan yang pasti. Merindui dalam diam tanpa mmengungkapkan kata rindu. Ah, inilah takdirku!”. Bisik insyirah sendirian. Hanya bejana hatinya sahaja berbicara tanpa sekelumit suara berkumandang.
Hatinya mendengus resah. Kisah 8 tahun dahulu yang masih tersisa diingatannya menerjah kembali ingatannya. susuk tubuh seseorang yang bernama Adam kembali bermain di layar matanya. Bayangan Adam ketika memberi ‘hint’ bahawa Adam menyukainya tidak dipandang walaupun sebelah mata walau hakikatnya dia juga begitu menyukai Adam. Bagaikan tampak ego di luar fiziknya sedangkan hatinya tiada siapa yang tahu ketika hatinya mula menguntum bunga-bunga ceria 8 tahun yang lalu.
“ Adam, Insyirah suka Adam… namun bukan ‘hint’ yang Insyirah mahukan…tetapi kepastian dari kata-kata Adam lagipun pada waktu itu kita masih bersekolah”. Monolog demi monolog menerja h ruang angkasa hatinya.
Dia masih ingat sekeping kad yang telah diberikan oleh Adam kepadanya melalui perantara seorang cikgu dikoyaknya setelah kad tersebut di simpannya selama beberapa hari. Ketika itu hatinya bagaikan mempunyai dua suara. Satu suara mendesak agar membalas kad tersebut. Manakala satu suara lagi mendesak untuk sebaliknya. Lalu dia ambil keputusan untuk membuang kad tersebut.
“ Adam… maaf kerana Insyirah tidak membalas kad yang Adam bagi kerana prinsip Insyirah, Insyirah tidak mahu ada ‘rekod’ yang Insyirah pernah membalas surat atau kad kepada sesiapapun yang bernama lelaki yang bukan mahram.”
Tangan mulus Insyirah masih lagi memegang telefon bimbit kesayangannya. Matanya seakan sudah mula berair. Dia sudah kalah dengan prinsip hidupnya, bahawa dia tidak akan menangis kerana seorang lelaki. Tidak akan!. Namun, pada ketika itu, khabar itu telah mengalahkan prinsipnya. Khabar itu membuatkan semangatnya kian hilang.
Bunyi kilat dari luar jendela biliknya menyapa lagi, mata beningnya menyoroti kea rah luar tingkap. Kelihatan hujan yang tadi renyai-renyai mula menjadi ribut. Seperti hatinya yang sedang ribut dengan kenangan lalu.
Keluhan hatinya terus bermonolog hampa
“ Adam…Adamlah antara yang menjadi inspirasi Insyirah dalam menuntut ilmu. Ingatkah, masa sekolah dulu, Adam selalu mendapat nombor satu dalam kelas. Insyirah tak pernah dapat kalahkan Adam.Lalu, Insyirah jadikan Adam sebagai sumber inspirasi kerana Insyirah mahu menjadi seperti Adam. Sehinggalah sekarang..ya, sehinggalah Insyirah di alam universiti.”
Salam. Insyirah, Adam dah nak kahwin bulan 4. Eisya yang bagitahu.
Insyirah membaca lagi SMS yang dihantar oleh sahabat baiknya itu entah untuk beberapa kali.
SMS yang diterimanya itu selepas solat maghrib, menyebabkan Isyirah rebah di atas katil. Al-Quran yang dipegangnya dipeluk kuat-kuat. Lalu diletakkan di atas meja bacaan.
Kenangan-kenangan lalu masih bermain di ingatannya. Suatu hakikat yang tidak diketahui oleh sahabat-sahabatnya masih tersimpan rapi dalam diari hatinya. Hakikat bahawa selama ini dia sememangnya ada hati terhadap Adam tidak pernah diungkapkan kepada sesiapapun. Hatta sahabat baiknya, Huda sekalipun. Cuma, mereka semua menafsirkan bahawa Insyirah teramat benci akan Adam. Manakala Adam ada hati dengan Insyirah. Ini semua kerana Insyirah berlagak ego bahawa dia sememangnya tidak suka akan Adam dek Insyirah berprinsip bahawa sebelum ada kata muktamad dari Adam, sebaiknya dia tidak memulakan langkah untuk memulakan hubungan yang direstui oleh keluarga. Namun, prinsip itu juga telah membuatkan dia rebah ketika ini.
Cinta pertamanya yang tidak dapat dilupakan selama 8 tahun itu terpaksa dilupakan sampai nyawanya tersisa di halkum kerana kini Adam sudah ada pengganti dirinya. Adam sudah ada cinta baharu yang sudah berputik. Cinta yang bukan untuk dirinya. Tetapi cinta untuk seseorang yang lain.
Begitukah, Allah mengatur takdir untukku? Takdir yang menyingkap satu misteri hidupku yang selalu menjadi persoalan. Dan inilah jawabannya. Jawaban yang muktamad dari Tuhan. Dan aku harus bangkit! Bersyukurlah Insyirah…mungkin Adam bukan yang terbaik…”, Insyirah memujuk hatinya yang sedang lara.
Seperti ada satu kekuatan yang dicambah oleh Tuhan menusuk dalam jiwanya. Kekuatan itu seperti mengatakan kepadanya tentang syukur:
“ bersyukurlah kerana andai selama ini Insyirah menerima cinta Adam sedangkan jodoh Adam bukan Insyirah namun untuk seseorang yang lain. Bersyukurlah kepada Allah kerana Allah memberikan sejuta kekuatan untuk menolak cinta Adam ketika Adam memberi seribu pengharapan. Bersyukurlah…bersyukurlah”.
karya saja-saja oleh
NUR a.k.a Izzati
( cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Cerita ini juga dibuat khusus untuk remaja-remaja yang kecundang dalam percintaan. Ayuh, bangkitlah…cinta bukan untuk memiliki tetapi cinta mendoakan kebaikan orang yang dicintai)
• Kadang-kadang kita perlu menulis tentang cinta kerana cinta adalah bahagian dari hidup. Cinta untuk Allah itu yang paling hak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan