Assalamualaikum
Kata-kata beliau selalu sahaja membuatkan saya berfikir. Walaupun kata-katanya sangat pedas namun sebolehnya saya anggap itu adalah cabaran daripadanya.
Sejujurnya , saya hamper ingin menangis di situ sahaja apabila beliau memerli orang-orang agama termasuk saya sendiri dihadapan orang lain! Namun, menangis dihadapannya akan membuatkan saya kalah dan beliau menang!
Setelah saya mengulang dengar kata-katanya yang sudah terpahat di minda saya, saya mengambil inisisatif untuk menulis sesuatu yang dapat saya ambil daripada katakata pedasnya.
Dan hakikat pada hari ini adalah pelajar yang mengambil jurusan agama diperlekehkan buat masa sekarang! Mereka diperlekehkan kerana itu bukan bidang professional tetapi bidang kea rah menjadi seorang ustaz dan ustazah.
Mereka juga diperlekehkan kerana lepasan agamawan (pelajar agama) lebih suka bercakap tentang agama daripada memasuki bidang professional seperti perbankan atau undang –undang atau sebagainya.
Dan mereka diperlekehkan kerana mereka tidak dapat mengubah keadaan pada hari ini dan mereka hanya tahu berteori tetapi praktikalnya tiada.
Pedas bukan kenyataan diatas?
Ya, sememangnya sangat pedas dan ia lebih pedas daripada sambal belacan. Darah juga akan meningkat naik.
Bagi saya, individu-individu agamawan tidak boleh lagi berada dalam landasan static seperti selepas tamat ijazah sarjana muda pengajian Islam terus menjadi seorang ustaz atau ustzah. Dan bagi saya, ada baiknya mereka menyambung pengajian yang lebih tinggi dan kuasai juga ilmu duniawi. Seperti mengambil Phd dalam bidang duniawi walhal ketika ‘degree’ dahulu mengambil jurusan yang Islamic. Itu tidak mengapa kerana mereka akan menjadi rujukan kepada ahli perniagaan lain mengenai halal haram dalam perniagaan . itu merupakan satu wadah yang cukup praktikal dan sangat berkesan untuk menyampaikan dakwah Islam.
Selain itu, kuasai ilmu-ilmu hadis dan hafal ayat-ayat quran. Fahami sejarah yang tepat kerana ada sebahagian sejarah Islam yang ditulis tidak benar. Yang baik dikata jahat dan sebaliknya!
Mungkin ada yang cakap, entri ini menyakitkan hati. Ya, memang ia mengguris perasaan lebih-lebih lagi kepada mereka yang berpengajian Islam di Univeristi-universiti. Saya pun tidak tahu untuk menulis ayat –ayat lembut agar saya tidak menyakitkan hati pembaca. Namun, ini sahaja yang dapat saya bawakan kepada kalian semua.
Satu lagi situasi sebenar untuk saya gambarkan keadaan pada hari ini, undang-undang syariah yang terpakai di Malaysia tidak mempraktikan syariah secara hakikinya.dan kebanyakan undang-undang syariah di Malaysia mempraktikkan hukuman takzir sahaja. walau bagaimanapun, ramai ahli agamawan mahukan undang-undang Malaysia bertukar kepada undang-undang Islam. Cuma bagamanakah caranya?
Secara amnya,undang-undang bukan senang untuk diaktakan kerana ia dirangka atau dibentangkan dalam parlimen oleh meeka yang bergelar Yang Brhormat. Dan jika majority tidak menyokong usul, jadi usul itu ditolak.
Dan saya menyeru agar ahli agamawan ramai-ramai jadi Yang Berhormat untuk tegakkan Islam di Malaysia. Selain itu, ayuh asah diri agar jadi pempipin Negara kelak insyaAllah, bila jadi pemimpin Negara, kelak boleh tukarkan undang-undang sekarang kepada undang-undang Islam
Dan tuntasnya, saya memohon maaf jika saya terkasar bahasa dalam penulisan ini. Saya tidak mahu dikatakan seorang yang liberal kerana saya bukan liberal! Saya hanya member I pendapat dek acapkali saya diperli dan saya tidak mahu orang-orang agamawan juga diperli kerana dikatakan sempit skopnya. Nah, ayuh kita perluskan skop untuk menyampaikan mesej dakwah kepada mereka yang punya intelek tinggi selain meraka yang berada di luar Bandar.
• Di sini saya tegaskan bahawa, bukan semua pelajar pengajian Islam yang kurang cemerlang. Adik saya mendapat 7A1 dalam SPM manakala PMR beliau mendapat 9A dan ada antara sahabat saya yang mendapat 12A dalam SPM mengambil jurusan Islam. Bukan ingin mendabik dada dengan kecemerlangan dunia tetapi, ingin membalas cemuhan mereka yang anti’pelajar pengajian Islam’ dan membetulkan persepsi rendah mereka terhadap golongan yang berpengajian Islam.
Saya budak law mahukan Islam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan