Terfikir dan terfikir...
Di sana
Saudara seislam ditindas demi menegakkan Islam
di sini
Kita hanya buat tak endah dengan suruhan agama
Di sana
Sudah ada Marwa Syarbini yang terbunuh demi menjaga kesucian jilbab
Di sini
tuntutan menutup aurat hanya sekadar mainan
Di sana
Air mata mengalir tanpa henti bersedih kerana Umat Islam diperang habis-habisan
Di sini
air mata turun kerana berpisah dengan kekasih hati
cukup!
cukup!
Di sini hanya mementingkan diri sendiri!
ya Allah,
kupohon,
engkau berikanlah kami
kekuatan dan idea yang bernas
segala strategi memungkinkan
kami membantu
saudara seislam kami di sana
Palestin
ya Allah,
sungguh kami takut
apabila kami berhadapan dengan-Mu
mereka menjadi saksi bahawa
kami tidak pernah membantu mereka
dalam berjuang menegakkan syiar-Mu di sana
Palestin
tanah Mulia ISLAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum Helaian maya ini sudah lama tidak dilakar tulisan. Puisi-puisi juga jarang –jarang menutur kata. Tanda pemilik helaian ini s...
-
ASSALAMUALAIKUM! SESEKALI INGIN MENGABDIKAN KENANGAN KETIKA BEKERJA SAMBILAN DI SYARIKAT AYAH SAYA SEBELUM TAMAT CUTI SEMESTER PERKULIAHAN....
-
Assalamualaikum Peristiwa itu telah berlalu hampir tiga minggu yang sudah. Memorinya pasti terpatri dalam sebuah ingatan yang takkan luput ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan