Assalamualaikum!
Sedikit gementar. sedikit kebimbangan apabila melihat jadual
peperiksaan sememangnya padat. Tiada gap langsung. Setiap hari ada paper. Dan ada
dua paper untuk satu hari. Sepertinya tidak boleh bernafas!
Tiba-tiba jadi rindu pada ibu dan abah! Rasa nak calling
lama-lama dengan mereka. lebih-lebih lagi dah 8 minggu duk sini. Tak balik kampong
even kampong kat kota bharu sahaja. Hanya 3 jam sahaja untuk sampai ke sana. Btw,
ibu abah tak balik lagi dari umrah. Kalau ibu call pun kejap je rasa. Tak sempat
nak mengadu kestresan..manja!huhu.
Biasanya, apabila stresss bertandang ketika study week,
mulalah calling ibu abah. Mengadu kerana stress! Ibu pula sentiasa akan cakap,
jangan stress. Ibu dah doakan kakak.tidur dulu . Lepas bangun, study balik.
Yang ajaibnya, selepas sahaja menuruti kata-kata ibu, memang
mudah untuk memahami subjek yang dibaca.
Benar kata pensyarah saya, gunakan kuasa magis seorang ibu
atau ayah untuk mendoakan kita. inshaAllah makbul doa mereka!
Kalau mengadu kat abah, abah mesti Tanya carry mark dapat
berapa…selepas itu, abah pun cakap la..ok dah tu..carry marknya. Jangan rungsing
sangat.
Erm…
Esok merupakan hari
pertama peperiksaan semester berlangsung. Dua paper pulak tu. Doakan saya ye. Semoga
Allah menerima usaha saya. semoga segala
usaha saya dalam belajar ini adalah kerana Allah bukannya untuk mendapat markah
yang tinggi semata. Semoga niat belajar juga tidak dicemari oleh hal-hal remeh.
Semoga saya dapat aplikasikan ilmu yang saya tuntut ini dalam kehidupan harian
saya.
Ya Allah,
Permudahkanlah urusanku
Dunia dan akhirat…
Ya Mujib..
Doakan saya!
Erm: lepas je final..akan pening sal asrama lak. Orang lain
dah sibuk cari rumah sewa…saya je wat x
tahu je…cam yakin sangat akan dapat asrama next sem..dengar-dengar probability tuk dapat
asrama rendah sangat. Huhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan