Saya cemburu dengan mereka
Mereka… adalah kenalan yang saya kenali ketika di bangku
sekolah
Mereka…adalah kenalan yang saya kenali ketika di universiti
Mereka… sudah pun kecapi kebahagiaan itu
Mereka …terlalu ramai untuk disebutkan di sini
Sungguh, saya cemburu dengan mereka
Beberapa tahun ini, terlalu banyak perkhabaran bahagia tentang
kenalan dan sahabat datang kepada saya. Dan tak sampai seminggu ini juga,
perkhabaran itu sekali lagi singgah ke telinga saya. tahniah! Itulah perkataan
pertama yang akan saya ucapkan selepas beberapa detik mendengar khabaran tu.
Sungguh, saya cemburu dengan mereka!
Mereka telah pun memilih jalan yang Allah nukilkan dalam
firman-Nya. Mereka telah mempasakkan untuk beriman dengan ayat-Nya lantas
bertawakal setelah menuruti jalan redha Allah. Saya yakin Allah akan bantu
mereka walaupun ramai yang berkata kepada mereka bahawa mereka itu seharusnya
tidak memilih jalan itu kerana mereka miskin atau masih melanjutkan pengajian
atau apa-apa alasan sekalipun. Mereka tetap dengan jalan mereka. Benar, tawakal
mereka sungguh tinggi pada Allah. Mereka juga akan merasai betapa indahnya hidup
dalam tawakal kepada Tuhan. Dan pastinya terbit di hati mereka rasa kehambaan dan
merendah diri kepada Pemilik alam ini.
Sungguh, saya cemburu dengan mereka!
Pernah saya fikir, ada di antara mereka yang dipilih jalan ini, masih tidak tahu hukum hakam agama
atau masih tidak menutup aurat dengan sempurna atau masih tidak solat. Tetapi Allah
telah memilih mereka untuk memilih jalan ini. Sedangkan jalan ini akan membuahkan
generasi ummah! Andai mereka disatukan tanpa tahu hukum hakam pastilah generasi
ummah itu akan rosak.
Itu fikir saya sebelum ini.
Namun,
Saya tidak boleh berfikir seperti itu. Salah, untuk saya
berfikiran sebegitu. Dan Siapa saya untuk mengkonklusikan hal itu.
Saya fikir lagi.
Allah itu maha Penyayang. Dan Penyayangnya Allah itu
merangkumi semua hambanya. Tidak kira baik atau jahat. Allah sayang semuanya. Tandanya,
Allah membuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya sebelum maut menjemput
mereka. Buatlah seberapa banyak dosa, andai si pembuat dosa itu bertaubat denga
taubat nasuha, pasti akan diampunkan dosanya.
Jadi,
Allah telah memberikan kesempatan kepada mereka yang tidak
tahu hukum hakam itu dengan memilih jalan ini untuk mereka gandakan pahala. Sesiapa
yang memilih jalan ini, sudah pasti akan digandakan pahala setiap amalan yang diniatkan kerana Allah.
Selain itu, Allah sudah kurangkan dosa mereka dengan
menjadikan mereka terpilih untuk melalui jalan ini.
Sungguh, saya cemburu dengan mereka!
Mereka ini membuatkan saya cemburu…
Saya percaya bukan hanya saya seorang sahaja yang cemburu
dengan mereka…
Saya yakin bukan hanya saya seorang sahaja yang cemburu
dengan mereka…
Dan kerana itu
Tulisan ini walaupun saya tulis dengan membawakan watak ‘saya’
Namun
‘Saya’ itu kemungkinannya
Boleh diterjemahkan
sebagai
Anda; pembaca entri ini
Atau
Anda; yang pernah merasai perasaan ini
Terakhir…
Walaupun masih cemburu kerana waktu itu masih belum kunjung
tiba
Optimis seharusnya ada pada diri
Mungkin Allah mahu diri yang cemburu ini
Mengupgradekan iman, amal ataupun ilmu-ilmu agama
agar boleh menjadi perisai untuk masa mendatang
agar bersedia untuk mendidik generasi yang bakal datang dengan
ilmu
bukan dengan acuh tak acuh
tuntasnya…
semuanya ada hikmah
cepat…lambat atau sememangnya Allah tidak memilih untuk
melalui jalan ini
sehingga maut menjemput
pastinya ada hikmah
yang tersembunyi…
apapun..yang pasti
saya cemburu dengan mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan