Assalamualaikum dan salam mawaddah,
Pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi khabar gembira kepada semua pembaca. Alhamdullah, dengan izin Allah. Adik saya (Wan Muhammad Izzat) akan berlepas ke
Saya masih ingat lagi ketika adik saya mendapat tawaran masuk ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA / IIUM) sesi 2009/2010, pada bulan jun lepas. Beliau bermati – matian tidak mahu ke
Kini, yang pasti adik saya akan berangkat ke bumi Anbiya’,
Pembaca yang saya kasihi sekalian,
Hati ini menjadi sayu tatkala membaca sajak hasil tulisannya dalam blog beliau. (www.alkutawisyah.blogspot.com). Dan sememangnya sajak ini akan bermain difikiran saya tatkala beliau pergi jauh ke perantauan. Di bawah ini merupakan sajak tulisannya yang berbunyi :
Sekejap lagi aku akan ke
Merantau pulang entah bila
Atau mungkin tak akan pulang selama-lamanya
Kerana bukankah syahid itu cita?
Selamat tinggal ibu abah dengan lelahnya aku dewasa
Selamat tinggal kakakku, Izzati dan adik-adik saudara mara
Selamat tinggal teman-temanku Umar dan Zul Fadhli bersamamu kubahagia
Selamat tinggal guru-guru yang banyak berjasa
Selamat tinggal pak cik-pak cik yang bersujud bersama
Selamat tinggal kampungku Kampung Kota
Selamat tinggal
Selamat tinggal semua
Doakan daku sentiasa
Moga-moga menjadi manusia
'Abid dan 'alim hakiki
Menegakkan kalimah Allah dengan berani
Lalu bangkit bertemankan bidadari
Selamat tinggal.
Semoga beliau pulang ke tanah air dengan selamatnya sebagai pembela Islam. InsyaAllah.
# dalam tulisan mengenai sms cinta itu, saya ada berjanji akan memberi penjelasan tetapi sehingga sekarang saya tiada kelapangan waktu untuk meneliti dalil – dalil dan juga untuk mengkaji mengenai hal ini dengan lebih mendalam. Hal ini disebabkan saya mempunyai banyak tugasan dan komitmen lain. Walaupun begitu, andai saya ada kelapangan waktu, InsyaAllah, saya akan mengotakan janji saya.#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan