Assalamualaikum dan salam cinta buat semua pembaca.
Pada hari ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai permasalahan yang berlaku di Shah Alam baru – baru in dan masalah itu masih berlanjutan sehingga kini. Masalah yang dibicarakansaya di sini ialah destinasi untuk pembinaan kuil yang berdekatan penempatan orang -orang melayu. Dan apa yang lebih gawat, ada sebilangan penduduk tempatan dan ‘orang yang berkepentingan peribadi’ telah melatah secara melulu dengan menyembelih kepala lembu dan diarak. Apakah pendapat pembaca mengenai situasi yang berlaku sekarang?
Menurut Perlembagaan Persekutuan perkara 3 mengatakan: agama Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama – agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana – mana bahagian persekutuan. Jadi dalam konteks sekarang, agama lain seperti hindu bolehlah diamalkan termasuklah pembinaan kuil.
Dalam agama islam pula, Islam telah melarang penganutnya tidak menghormati agama lain. Seperti contoh, umat Islam tidak boleh meroboh tempat – tempat ibadat penganut agama selain agama Islam.
Pada pendapat peribadi saya, orang – orang melayu adalah bangsa yang cukup sensitif mengenai hal – hal agama, bahasa dan lain – lain. Namun, pada masa yang sama, mereka yang berarak membawa kepala lembu ( lembu dianggap tuhan oleh penganut hindu dan menyembelih kepala lembu seumpama menghina tuhan mereka)itu telah melakukan kesalahan dari segi agama Islam iaitu tidak menghormati agama lain.selain itu, telah memberi kesan besar dari segi persepsi penganut agama lain terhadap Islam.
Manakala, pembinaan kuil sepatutnya dibina di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk beragama hindu.
Jadi dapatlah saya simpulkan di sini bagi mengelakkan masalah ini timbul pasa masa akan datang yang memungkinkan peritiwa 13 Mei berlaku lagi ialah pabila pihak tertentu ingin membina rumah – rumah ibadat selain masjid dalam kawasan majority penduduk Islam haruslah dielakkan atau berbincang dahulu dengan para penduduk dan menjelaskan alasan - alasan yang menyebabkan pembinaan rumah ibadat itu perlu didibina di situ.
Kedua, penduduk islam pula perlulah mencari alternatif lain bagi menyuarakan bantahan mereka tanpa menyakiti hati penganut bukan islam. Jangan dek kemarahan kita maruah Islam tergadai. Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud penganut agama lain boleh memijak kepala penganut Islam atau penganut Islam tidak perlu sensitif mengenai isu – isu keagamaan.
Harapan saya, biarlah masalah ini diselesaikan dengan cara yang baik dan tidak ada keganasan melampau. Bagi penduduk Islam pula, anda haruslah bersabar, bertenang dan berbincang baik – baik dan don’t be a child. Manakala bagi penduduk beragaam hindu pula anda seharusnya tahu sensitiviti penduduk Islam khususnya dan umat Islam amnya.
Dan terakhirnya, sya ada memetik tulisan di bawah ini dalam satu laman web mengenai agama Islam di Amerika. Jadi, selepas pembaca semua membaca artikel di bawah dan kaitkan dengan isu yang kita bincangkan sekarang.
|
Salam Ramadhan buat semua. Saya mengikuti perkembangan isu kuil di Shah Alam dari jauh dengan penuh minat. Dalam kita menerima kunjungan Ramadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangat menyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protes mereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam. Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangat ekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Tidak pernah kita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain. Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah, mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu Islam. Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil ini telah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesi dialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat. Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusan kerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga. Menyambut Ramadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Saya dapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, di tengah-tengah bumi Amerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yang indah dan selesa. Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meter jaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakat Kristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu. Malah apa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan ada beberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akan mengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid. Mungkin, itu perkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan, saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. Kebetulan Ramadhan tahun in berlangsung di hujung musim panas, maka waktu Isya'nya sedikit lewat dari Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengan situasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintir umat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerika ini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia? Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan? Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islam dalam situasi ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yang telah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar ini terutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah dan beberapa yang lain. Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagi pemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampil kehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor dan menyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini. Masyarakat sedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yang dilaung-laungkan. _ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan