Sabtu, 23 Januari 2010
" Aku bahagia...andai.."
Assalamualaikum!
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
“... dan katakanlah kepada para perempuanyang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang(biasa) terlihat...” (surah an-Nur :31)
Pada hari Jumaat yang lepas; seusai solat maghrib berjemaah,jemaah muslimat di musollah Habibah telah mengadakan liqa’ ilmu bagi membincangkan mengenai perihal wanita atau berkaitan wanita. Pada kali ini, kak Salwa telah membawa satu isu mengenai aurat wanita. Walaupun isu aurat wanita sering dibincangkan, tetapi masih ramai lagi yang tidak memahaminya.
Seperti dalam ayat di atas telah menyebut mengenai suruhan untuk menjaga aurat daripada menampakkan kepada golongan yang telah ditetapkan oleh syara’ sebagai bukan mahram atau lebih dikenali sebagai lelaki ajnabi.
Sebenarnya, bagitu banyak pendapat mengenai aurat wanita. Ada yang menyebut aurat wanita adalah seluruh badan dan sebagainya kerana berlainan fahaman mazhab. Tetapi mengikut mazhab shafie, aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan.
Selain aurat, pakaian yang yang dipakai oleh wanita Islam perlulah yang menepati hukum syara’ seperti longgar, tidak jarang
------------------------------------------------------------------------
‘ Aku bahagia, andai..’ pasti inilah ayat yang sering dilontarkan oleh kaum Adam yang soleh atau yang mengetahui hukum hakam Islam andai para wanita Islam menutup aurat mereka. Pasti para lelaki ini, tidak mahu menambahkan dosa mereka kerana melihat aurat wanita .
Kepada muslimah , jagalah aurat yang sememangnya telah diperintahkan oleh Allah keatas kamu. Khas untuk kamu. Bacalah surah an-Nur dan kamu akan menjumpai ayat-ayat perihal aurat. Janganlah berasa ego atau buat tidak tahu sahaja sedangkan perihal ini kamu sudah tahu seawal baligh lagi!
Akhirul kalam, hayatilah firman Allah yang bermaksud:
“ dan di antara manusia ada yang berkata ‘ kami beriman kepada Allah dan hari akhir’,padahal sesungguhnya mereka bukanlah orang-orang yang beriman” (surah al-Baqarah:8)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum… Alhamdulillah…segala puja dan puji hanya untuk Allah. Alhamdulillah…atas nikmat Iman dan Islam… Hanya ingin me...
-
Mungkinkah mimpi-mimpi indah ini adalah ujian buat kita? Mungkinkah ini adalah bicara Allah untuk kita memilih antara mengimplementasikan m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan