Sabtu, 6 Februari 2010

ANTARA KENANGAN DAN SUKARNYA HIDUP

Assalamualaikum!

Sesekali ingin mengimbas kenangan. Kenangan manis dan pahit. Antara Kenangan ketika bersekolah sehinggalah menjadi penuntut di sebuah Universiti. Begitu banyak kenangan-kenangan manis yang menyebabkan saya tersenyum sendirian. Namun, kenangan-kenangan pahit juga menyebabkan saya tersenyum puas kerana telah berjaya mengharunginya walaupun kadang-kadang perkataan mengeluh sering terkeluar tanpa sengaja.
Kenangan indah pastilah bersama keluarga. Melihat ibu dan abah tertawa, menjadikan hati ini tersenyum simpul. Melihat adik-adik membesar dengan pelbagai telatah dan ragam menghiburkan jiwa. Sesekali hati ini tidak keruan mengingati insan-insan yang sangat saya cintai dan rindui.




Kadang-kadang ingatan ligat mengingati setiap peristiwa-peristiwa yang agak mencemaskan diri. Ketika saya melalui peristiwa-peristiwa tersebut, seringkali saya menangis kerana rasa beban yang tersangat berat. Sedangkan Allah tidak akan memberati hambanya dengan beban yang tidak dapat dipikul oleh hambaNya.
.....................................................................................
Sukarnya hidup pada masa kini!

Nun dalam hati saya berkata, “ betapa banyaknya pengaruh persekitaran yang membolehkan saya menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan tanpa saya sedar”. Ya, begitulah keadaan pada hari ini yang menyebabkan saya takut untuk melangkah ke hari esok.
Televisyen, kawan-kawan yang membawa idealisme kebaratan dan memuja ‘coupling’ , hiburan dan sebagainya sangat dasyat pengaruhnya. Jika pada hari ini kita benci pada budaya ‘coupling’ yang tidak mengikut syariat, mungkin pada suatu hari nanti kita sendiri yang menghalalkan perkara tersebut. Nau’zubillah!




Sukarnya mencari kawan atau sahabat yang benar benar sahabat sejati. Sahabat yang akan menegur dek kesilapan yang kita lakukan, sahabat yang akan sama-sama membantu dalam mengharungi suka dan duka di waktu bersama, sahabat yang sama-sama akan mempertahankan diri kita dek kebenaran yang kita bawa. Namun segala-galanya hanyalah tinggal impian. Entah mengapa hidup ini begitu sukar untuk mendapat kawan-kawan yang idealismenya adalah berkaitan Islam. Ah, begitu sukar untuk mendapatkan seorang sahabat yang setianya seperti Saidina Abu Bakar.
Ah,betapa sukarnya hidup ini! Semoga Allah mempermudahkan saya dan anda semua dalam mengharungi segala-galanya sebelum nyawa diseru keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari