Sabtu, 6 Februari 2010

BERLABUHLAH SUKA; BERLALULAH DUKA



Assalamualaikum!


Perasaan sedih,gembira telah bercampaur baur. Saya tidak mengerti perasaan ini. Begitukah sukar untuk ditafsirkan. Penantian yang sememangnya saya tunggu. Begitu menyeksakan batin dan menyebabkan nafas tersekat –sekat pada setiap hari yang berlalu. Fikiran sering menerawang apakah ia akan menjadi hak sementara saya atau pun tidak.


Dan pada hari ini Allah telah merungkaikan segalanya. Penantian yang sudah memakan masa telah terbuka hijabnya. Sesuatu yang ingin sekali saya gapai dan miliki. Namun, hijabnya yang telah terbuka menyebabkan rasa nafas ini semakin lemah, lemah tanpa kekuatan. Diri terasa longlai. Ia bukan untuk saya. Malah saya mungkin tidak akan memilikinya walau sesaat. Sedih.



Walaupun begitu, saya harus kuat dan tabahkan hati kerana apabila seseorang ingin menggapai sesuatu , sedangkan dia tidak tahu samaada sesuatu itu akan ia gapai atau tidak. Dan sebarang keputusan seharusnya diterima dengan baik walaupun keputusan tersebut tidak menyebelahinya. Setiap harapan pasti ada risikonya. Inilah yang dapat saya konklusikan. Mungkin ia bukan yang terbaik untuk saya. Inilah yang saya katakan bahawa perasaan sedih dan gembira bercampaur baur. Saya harus bangkit!titik!






‘’Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Ya Allah, biarkan pedih ini berlalu, seperti berlalunya hembusan bayu. Ya Allah, sembuhkanlah luka hati ini, seperti hilangnya tinta pada penanya. Ya Allah, kuatkanlah langkahan kaki seperti kuatnya akar pepohon mencengkam tanah. Ya Allah, hanyalah kepadaMu tempat hamba bermohon.
Ya Rahman Ya Rahim, hamba mohon dengan sangat, Engkau titipkanlah kepada hamba sesuatu yang lebih daripada sebelum ini. Amin. “

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari