Sabtu, 6 Februari 2010
Menangislah...
Teman,
Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah.
Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi.
Teman,
Menangislah kerana takut akan azab neraka jahaman.
Pabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi & tulang.
Teman,
Menangislah kerana keadaan di Padang Masyhar kelak,
Pabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya.
Teman,
Menangislah kerana keadaan di dalam kubur kelak,
Pabila tujuh langkah telah berlalu, Mungkar dan Nankir datang menyeru.
Sediakah kita dengan jawapannya?
Teman,
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang.
Leka dengan arus duniawi, tenggelam dibuai dosa
Teman,
Menangislah kerana mengharapkan keampunan Allah.
Menangislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya
Menangislah wahai teman kerana mata yang tidak menanggis untuk Allah itu adalah mata bagi orang yang hitam hatinya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum… Alhamdulillah…segala puja dan puji hanya untuk Allah. Alhamdulillah…atas nikmat Iman dan Islam… Hanya ingin me...
-
Mungkinkah mimpi-mimpi indah ini adalah ujian buat kita? Mungkinkah ini adalah bicara Allah untuk kita memilih antara mengimplementasikan m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan