Assalamualaikum
Ya Allah, hamba bersyukur kepada Mu kerana hamba masih diberi teguran. Terima kasih sahabatku Rabiatul Adawiah Bahrunnizam kerana setelah berdiskusi denganmu sebentar tadi memberi penawar kepada hatiku yang lalai dan alpa.
Sebentar tadi baru saya terasa membuka mata dalam hati kelam . melihat dengan mata hati. Apakah kehidupan saya ini yang hampir 20 tahun ini harus berlalu begitu sahaja. Tanpa perlu membaiki yang mana ada robek atau cacat celanya. Atau masihkah saya ingin menjadikan kehidupan saya menjadi statik tanpa pembaharuan atau tranformasi kearah kebaikan. Atau apakah saya masih merindui kehidupan saya yang penuh kelam tiada cahaya.
Ramai manusia sudah menganjak paradigma masing-masing berkenaan kehidupan. Masing-masing punya cita-cita yang harus digali atau dibeli dengan usaha. Apakah yang saya mahu di dunia ini? Apakah saya mahu mati dalam husnul khatimah atau sebaliknya. Nauzubillah. Inilah yang harus saya bertanyakan dalam diri saya; dalam roh saya.
Kadang-kadang hati saya terasa terasing di dunia ini. Seperti ada sesuatu yang membuatkan saya terfikir apakah saya sudah jauh daripada landasan sebenar sebagai seorang muslimah? Bagaimanakah saya ingin bermula menjadi seorang muslimah dan kekalkannya sehingga akhir hayat saya. Bagaimanakah saya ingin berpegang teguh pada syariat sedangkan persekitaran di luar sana memaksa diri saya menjadi ‘orang lain’.
Boleh saya katakan saya terlalu dahagakan hidayah, dahagakan semangat kental. Seharusnya saya baca buku mengenai semangat para isteri Rasulullah lalu saya kutip semangat mereka dan letakkan dalam diri saya.
Cukuplah sekadar ini sahaja tulisan saya.
Cukup aku katakan
Pada mereka
Aku bukan sesiapa
Aku bukan si cantik
Aku bukan si baik
Aku bukan si solehah
Aku bukan si lembut lemah
Aku insan bernama wanita
Yang hanya di kenali sebagai
Si faqir dalam agama
Si cacat fizikalnya
Si keras jalannya
Aku hamba Allah
Dan aku ingin menjadi
Hambanya yang solehah
Walau segala kecacatan
Terang atau sembunyi
Ada pada diriku
Aku ingin mandikan
Rohku dengan mandian kehambaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan