Selasa, 8 Jun 2010

BIARKAN JEJARIKU MENULIS UNTUKMU DAN DIRINYA bahagian 2(terakhir)

dibawah ini saya gantikan engkau= saudara, aku = saya
_______________________________________________________



Saudara yang aku sanjungi,

Saudara merupakan seorang yang cukup saya sanjungi walau belum pernah saya bersua wajah dengan saudara. Saya menyanjungi dek kerana ilmu yang ada pada dirimu mengalahkan seseorang yang sudah tamat pengajiannya dari negara panas.
Apakah saudara tahu bagaimanakah saya mengenali saudara dengan lebih dekat walau saya belum pernah menghampiri saudara? Bagaimanakah saya dapat mengetahui apakah saudara sakit atau ada masalah? Tentu saudara pingin tahu bukan?


Saudara percayalah bahawa saya tidak pernah mencari atau menyelidiki hal ehwal saudara termasuklah tarikh lahir saudara sehinggalah keluarga saudara. Saya hanya dapat tahu semuanya kerana kebetulan.
Ya, kebetulan!

Saya masih ingat pada suatu petang saya berteleku di atas bangku. Dan di sebelah bangku saya itu ada satu lagi bangku. Di bangku tersebut ada seorang siswi yang saya kira seorang senior. Pada waktu itu saya sedang membaca buku lalu terdengar suara persis suara saudara. Saya begitu mengenali suara itu. Dan saya pasti itu adalah saudara. Saya ingin mendongak kepala. Tetapi, hati berbisik, usah didongak kepala hanya untuk melihat dirinya. Itu adalah panahan syaitan!


Saya tahu saudara berbual dengan ‘akak’ disebelah bangku itu sambil memberitahunya bahawa hari tersebut adalah hari lahir saudara. 30 Julai ! saya masih ingat pada waktu tersebut saudara membahasakan dirinya sebagai ‘akak’. Mungkin untuk mengelakkan fitnah.

Selang beberapa waktu, saya bertemu dengan saudara. Mata saya terarah kepada batang tubuh saudara. Saya fikir saudara adalah salah seorang pensyarah di bumi UDM namun sangkaan saya disangkal oleh sahabat saya sambil mengatakan itulah Adam Daniel!


Saudara, bukan itu sahaja tetapi banyak sekali kebetulan yang terjadi. Sesungguhnya saya bersyukur kerana dapat mengenali saudara dengan kebetulan.

Saudara,



Maaf kerana saya katakan bahawa saya tidak sedar bahawa ada ketika detik dalam hati saya ditumbuhi kuntuman-kuntuman cinta. Sedangkan saya merupakan anti-cinta kepada lelaki ajnabi. Baru saya sedar bahawa rasa cinta adalah anugerah Illahi, tiada salah tiada keji. Yang salah dan yang keji adalah konsep menterjemahkan cinta pada jalan yang salah pada lorong yang bengkok.


Lalu, hari-hari yang berlalu saya habiskan dengan bersimpuh di atas sejadah. Meminta apa yang terbaik bagi saya dan diri saudara. Saya serahkan segalanya kepada Allah kerana saya tahu saya tidak setanding dengan saudara.


“saya tahu saudara seorang yang alim agama dan saya Cuma siswi bukan aliran agama.
Saya tahu saudara sentiasa tertunduk tawadhu’ dan saya Cuma tertuduk malu
Saya tahu saudara tidak mahu pada jalan yang salah dan saya juga mahu saudara tahu bahawa saya tidak mahu menjadi fitnah bagi saudara
Lalu saya putuskan untuk berdoa menaruh harapan pada Allah.

Saudara yang saya kasihi,

Mungkin saya bukanlah seorang yang baik untuk saudara.
Saya seorang yang jelek dan tiada celik pada ilmu agama. Tidak layak menjadi peneman hidup bagi seorang pejuang agama. Dan dek kerana saya telah menjumpai si Bidadari untuk saudara jadi saya menulis tinta-tinta ini untuk saudara. Saya membiarkan jejari saya menulis bagi pihaknya.

Saudara,


Dia seorang yang cantik dan celik agama. Bagaikan bidadari dari bumi. Membawa satu pakej yang mahal. Itulah dia sahabat saya a.k.a kakak angkat saya dan juga sahabat saudara (satu kuliah dengan saudara), Nur Anna Salsabila dan saya memanggilnya sebagai kak Anna.





Mungkin saudara tidak tahu bagaimana sahabat sekelas saudara ini menjadi sahabat saya. manakan tidak , dia seorang senior dan saya seorang junior. Namun, Allah menetukan segala-galanya. Dia memilih Surau Habibah sebagai penghubung ukhuwwah antara hambaNya.


Pada waktu asar, saya termenung sendirian dalam Surau Habibah. Termenung sambil mata menatap alam ciptaan Tuhan di cermin tingkap. Saya tidak sedar akan kehadirannya. Dia menegur saya dan kami saling berkenal-kenalan. Indahnya ukhuwwah yang terpatri kerana Allah. Dan pada waktu itu, melalui cermin tingkap kami melihatmu berjalan kearah surau untuk bersama-sama solat asar. Lalu kami cepat-cepat tutup tingkap tersebut takut-takut saudara melihat kami.


Dan di saat itulah, kami berdua menjadi rapat. Segala cerita dan kisah saudara dapat saya ketahui daripada Kak Anna. Namun, aku berasa sedikit gundah dan sedih apabila saya tahu Kak Anna punya hati pada saudara. Namun, segala kegundahan dan kesedihanku itu tidak berlabuh lama dan angin masa telah membiarkan ia berlalu pergi. Saudara, akal saya telah membenarkan bisikan hati saya bahawa Kak Anna adalah seorang yang sangat sesuai denganmu. Kak Anna merupakan seorang mahasiswi yang hebat daripada aspek pelajarannya apabila kerap mendapat anugerah dekan setiap semester; aktif berpersatuan dan debat bahasa Arab dan banyak lagi keistimewaanya yang belum dapat dirungkai.

“ Ya Allah, kumohon dengan sangat, jalinlah benang-benang cinta dalam hati mereka. Kaitlah cinta itu bersandarkan cinta mereka kepadaMu. Ya Allah, aku mohon, biarlah mereka bersatu di bawah bait muslim. Semoga Kak Anna mendapat jodoh yang diingininya dan inilah yang terbaik untuknya.”


Saudara,

Saya tidak tahu sama ada saudara punya benih-benih cinta kepada Kak Anna. Namun, melalui mata Kak Anna, saya tahu dia sangat mencintai saudara. Saya ingin saudara tahu bahawa Kak Anna pernah menangis kerana saudara ; gembira kerana kejayaan saudara ; berdoa untuk saudara . Dan saya yakin jika saudara mengetahui mengenai hal ini, pasti mengalirlah air mata saudara.


Justeru, saya mohon jangan saudara sempitkan mata saudara untuk melihat yang lain, suntinglah Kak Anna sebagai permaisuri di dunia ini agar dunia saudara menjadi indah di bawah naungan kasihNya.

Saudara,


Saya ada satu rahsia untuk saudara. Sayalah merupakan insan yang selalu menitipkan surat kepada saudara melalui Kak Anna. Mengapa ? kerana saya yakin saudara memerlukan kata-kata yang boleh memulihkan semangat saudara apabila saudara lemas dihanyut permasalah diri dan persatuan. Saudara, berterima kasihlah kepada Kak Anna kerana dia ,saya dapat memberikan buah tangan kepada saudara. Saya dapat membantu saudara walaupun kita saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Saudara ,


Kini saudara sudah tamat menuntut ilmu di sini. Tiada lagi suara saudara yang akan mengumandangkan azan, ; tiada lagi bait-bait tazkirah saudara yang dapat saya dengar, tiada lagi ‘tok guru’ untuk mengajar kitab ‘Ayyuhal Walad’ di surau. Dan kini tiada lagi kisah saudara untuk saya karang panjang-panjang. Kisah kita sudah bersimpang dua.


Saudara, ingin saya lafazkan bicara buat kali terakhir supaya jelas inti bicara bahawa saya biarkan jejari saya menulis untuk saudara dan dirinya. Semoga saya diberikan ganjaran pahala dalam menjadi penghubung kepada si Bidadari dari bumi; Nur Anna Salsabila meluahkan isi hatinya kepada saudara.




Yang pernah memberi cinta tanpa memiliki cinta,
Nur Aisya Kisra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari