Assalamualaikum!
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Kelu lidah sejenak
Sukar untuk berkata-kata
Sehingga bibir terketar-ketar
Payah untuk Akal menyusun bicara
Sehingga dahi basah berair
Sudah aku putuskan
Untuk menyampaikan
Bahawa aku adalah si Hina
Hanya pura-pura bermaruah
Hingga mereka bilang
Ini dia si solehah!
Itu dia si pemalu!
Ah, masakan aku tidak tahu
Akan diriku sendiri!
Terpalit dosa menambah kelam di hati
Cukup!
Biar si hina ini bersendiri
Engkau kata si hina ini penipu?
Untuk tidak lagi engkau dekatinya lagi
Ah!
Apakah aku ingin mengungkit masa silamku
Untuk menjadi saksi atas kesilapan lalu?
Sedangkan bertahun lamanya
Kututup rahsia dalam rahsia
Aku si hina lagi cacat!
Tidak layak untuk sesiapa
Walau sesiapa pun!
Usah engkau berdalih
Sambil mengatakan itu tidak benar
Apakah engkau mahu melihat keaibanku
Barulah engkau pergi meninggalkanku?
Sehingga tidak pernah
Engkau berpaling lagi
Kearah si Hina yang Cacat ini?
aku si Hina yang Jelek
(Persoalan yang harus dijawab dengan bertanggungjawab. Soalan yang mudah bagi jawapan yang sukar. kadang-kadang kata-kata adalah sesuatu yang belum pasti kebenaran, kadang-kadang dengan perlakuan memberitahu kebenaran sesuatu. bak kata pepatah 'love is verb'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan