Ahad, 17 Januari 2010

KULAYANGKAN AKSARA-AKSARA BUAT TATAPAN ADIKKU YANG JAUH



Sesungguhnya kita saling jauh,

jauh beribu batu,

benua telah memisahkan kita,

sempadan telah digarisi,

jasad kabur di mata,

suara sunyi di telinga,

rindu kian bertamu,

entah bila kitakan bertemu,

ingin sekali menatapmu,

ingin sekali menyentuhmu,

ingin sekali menyapamu,

duhai adikku,

biarlah kita saling jauh,

asalkan hati kita saling mengingati,

biarlah kita saling jauh,

asalkan dirimu bisa menjadi pahlawan Islam,

yang gagah melawan musuh dalam selimut,

yang berani melaungkan

ALLAHU AKBAR!

di persada dunia.


khas kepada adikku yang disayangi,
dirimu sentisa kuingati,

Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas,
Universiti Mu'tah, Jordan

daripada kakakmu,
Wan Nur Izzati bt Wan Nor Anas,
Universiti Darul Iman Malaysia

2 ulasan:

  1. Terima kasih kak. Insya-Allah abe akan berjuang sampai dapat bersama-sama dengan ibu, abah, kakak, dan adik-adik masuk ke dalam syurga. Amin...

    BalasPadam

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari