Assalamualaikum!
Kali ini saya masih ingin memperkatakan mengenai mentaliti mahasiswa Islam bukan daipada Fakulti Pengajian Islam. Namun, tulisan ini bukan untuk memperlekehkan para mahasiswa Islam bukan daripada Fakulti Islam. Tidak sama sekali! Namun, tulisan ini hanyalah untuk menyedarkan sebilangan daripada mereka yang masih dibuai mimpi yang indah tanpa mereka sedar sebenarnya mereka mempunyai identiti Islam yang perlu mereka bawa.
Di sini saya ingin mengaitkan peristiwa yang pernah seseorang alami dengan tajuk entry pada kali ini. Sebelum itu, saya ingin menyatakan bahawa saya tiada niat langsung untuk menceritakan keburukan sesiapa tetapi ingin menjadikan ‘peristiwa’ ini sebagai pengajaran atau memberi persoalan yang perlu dijawab oleh setiap pembaca mengenai circurmtances yang akan saya cerita.
Pada suatu hari, kelas A telah mengadakan mensyuarat untuk membuat persembahan kerana persatuan mereka telah mengarahkan kepada setiap kelas untuk mengadakan persembahan pada hari yang akan ditetapkan. Diantara mereka, ada yang mencadangkan untuk membuat persembahan sajak dan juga boria. Jadi, secara sebulat suara atau suara majoriti bersetuju untuk membuat persembahan boria.
Namun, A $telah bangkit dan menyatakan bahawa dia tidak bersetuju mengenai hal ini kerana satu sebab iaitu persembahan akan dilakukan secara bercampur antara lelaki dan perempuan. Sememangnya , A cukup sedih apabila A berhujah tiada seorang pun yang bangkit sokong. Bukan A minta untuk disokong tetapi A telah berhujah dan ada dalil-dalilnya.
Akhirnya, mereka mengatakan bahawa mereka akan membuat persembahan boria ala nasyid tetapi masih lagi bercampur antara lelaki dan perempuan. Yang lebih memelikkan, posisi perempuan untuk membuat persembahan di belakang lelaki ( macam solat berjemah pula). Bagi saya, yang salah tetap salah dan yang boleh tetap boleh.
Ya,inilah situasi apabila suara majoriti disalahgunakan. Memang suara majoriti itu demokrasi. Tetapi, jika sesuatu yang haram disisi agama disokong oleh suara majoriti , apakah ia akan menjadi halal? Inilah persoalan yang perlu dijawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan