Assalamualaikum!
Bismillah...
Dengan Nama Allah...
“ Janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya “ ( al-Baqarah:42)
Sengaja saya mendahulukan bicara saya dengan menuliskan sepotong ayat daripada surah al-Baqarah. Ayat ini melarang kita untuk mencampurkan yang benar dan yang tidak benar atau kejahatan . malah diakhir ayat ini juga melarang kita menyembunyikan kebenaran sesuatu yang kita sudah ketahui. Contoh yang boleh kita lihat ialah,seseorang yang sedang belajar untuk memperoleh ilmu. Secara umum ialah ilmu itu adalah cahaya tetapi cahaya tidak akan masuk apabila ada maksiat. Belajar merupakan sesuatu perkara yang diberi ganjaran pahala tetapi jika pelajar tersebut memakai pakaian yang tidak menutup aurat ; apakah berkat pembelajarannya?
Kolotkah saya apabila saya menyisihkan diri daripada ikut serta aktiviti yang melibatkan lelaki dan perempuan yang sememangnya tiada pengawasan daripada mereka yang ‘wara’ mengenai ‘ikhtilat’ antara lelaki dan perempuan? Disana,pasti akan ada sentuh menyentuh antara lelaki dan perempuan. Bertepuk tampar! Dan juga gelak ketawa.
Kolotkah saya apabila saya mengatakan ‘couple’ ialah perbuatan yang boleh mendatangkan dosa? Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:
“ janganlah kamu menghampiri zina”
Kolotkah saya apabila saya kurang bercakap dengan kaum lelaki di dalam kelas? Mengapakah ada antara insan mengatakan bahawa saya ini sempit ruang fikiran? Sedangkan bagi saya, bercakap dengan kaum bukan sejenis perlulah hal-hal yang penting sahaja. Tidak perlu untuk berbicara soal yang tidak perlu.
kolotkah saya?
Di sini saya akhiri dengan sebuah hadis yang bermaksud:
“hisablah dirimu sebelum dihisab, dantimbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum! Pagi tadi, saya telah ke kedai buku bersama ibu. Ibu mencari-cari ‘white board’ untuk dibelinya dan saya pula membelek bel...
-
Tangisan mereka yang menderita Masih terngiang-ngiang di umbu telingaku mana ibuku…? Mana ayahku…? Memecah kesunyian batin Ironisnya, Aku se...
-
ASSALAMUALAIKUM! "Equity aids the vigilant, not the indolent" This principle recognizes that an adversary can lose evidence, wit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan