Kini aku sendirian lagi
Sepi kembali dalam qalbuku
Fuadku terasa tersiyat
Aduh,
Betapa sakitnya
Penangan cinta!
.............................
Ya Allah,
Aku adalah insan biasa
Yang hanya mendambakan cinta
Bukan cinta yang jijik
Apatah lagi cinta yang jelek
.....................................
Ya Allah,
Sekian lama pintu
Qalbuku tertutup
Sengaja aku tutup
Kerana luka semalam
Masih berdarah
Namun,
Setelah awan berarak pergi
Setelah malam berganti siang
Setelah tahun berganti tahun
Qalbuku terbuka
Kerana dia mengetuknya
..............................
Dia mengetuk
Tanpa aku sedar
Fuadku mengalah kepadanya
...........................
Luka kembali bertandang
Dia sengaja mengetuknya
Padahal dia sudah menanti
Seseorang yang persis
Bidadari ainunnya
..........................
Ya Allah
Bantulah aku
Kuatkanlah qalbuku
Aku hanyalah insani
Yang ada hati nurani
Yang mendambakan
cinta yang halal
Untukku
Khusyu’ dalam sujudku
Untukku
Bahagia dalam ruku’ku
Untukku
Semai benih pahala
Agar aku menjadi
Hamba yang diredhaiMu.
..................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan