Assalamualaikum!
Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai sikap segelintir mahasiswa Islam yang mengambil jurusan selain pengajian Islam.
Kadang- kadang kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan selain agama berasa bangga dengan ‘course’ yang kita ambil. Bangganya kita apabila jurusan tersebut antara jurusan yang popular dalam kalangan mahasiswa. Contohnya undang- undang yang cukup ‘glamour’ dengan pakaian ‘black and white’.
Kadang-kadang kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan selain agama berasa hebat dan memandang rendah terhadap masiswa pengajian islam. Siapakah kita untuk memandang rendah kepada mereka yang mempelajari Islam? Mereka lebih mulia daripada kita. Apabila kematian menjelma, apakah saudara mara kita akan membaca al-quran atau seksyen-sekyen daripada sebarang akta? Nah, tepuk dada tanyalah iman!
Kadang-kadang kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan selain agama meletakkan tanggungjawab Islam, dakwah ke atas pundak mahasiswa pengajian Islam. Sedangkan kita meneruskan sikap ‘enjoy’ kita tanpa memikirkan tanggungjawab yang besar yang telah tergalas di pundak kita
Kadang- kadang kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan selain agama tidak memikirkan tentang hukum halal dan haram dalam pergaulan ,pemakaian , aktiviti persatuan dan sebagainya. Dan apabila kita ditegur oleh pensyarah yang bergelar ustaz / mahasiswa pengajian Islam, kita terus melenting! Siapa kita untuk melenting? Mengapakah kita marah kepada mereka yang menyuruh kita melakukan pembaikan diri sendiri? Mengapakah kita marah kepada mereka yang mengatakan sesuatu daripada Allah yang Maha Mencipta? Apabila kita marah kepada mereka beerti kita marah kepada Pencipta Hukum. Astaghfirullah.
Kadang-kadang kita sebagai mahasiswa yang mengambil jurusan selain agama akan cepat-cepat melenting apabila adanya isu –isu berkaitan dunia Islam.contohnya isu Palestin. Sebenarnya itu bagus. Tetapi, kadang – kadang itu hanyalah retorik sahaja. Mengapa saya berkata sedemikian? Ini kerana, kita hanya sayangkan Islam pada luarannya sahaja. Lihatlah pakaian kita, apakah kita sudah menilai pakaian yang dipakai oleh kita semua sememangnya menepati syarak? Apakah kita telah membataskan pergaulan kita antara ajnabi, apakah persatuan kita telah mengadakan Sesuatu aktiviti yang menepati syarak? Contohnya, malam ‘annual dinner’.
Ayuh, bangkitlah mahasiswa-mahasiswa( sahabat-sahabatku) sekalian! Marilah kita bersama-sama memartabatkan Islam selari dengan martabatnya yang tinggi. marilah kita meroboh ‘iceberg libeiralisme’yang selama ini terus berada dalam fikiran kita.
Assalamualaikum...
BalasPadamnih admin baru di ar-risaalah nih...huhuhuhu...
ana nak cerita sket nih...
secara totalnya ana sangat bersetuju dengan ape yg enti cakap...
kerana ana sendiri di sini pown menghadapi senario yang sama...perit tuh perit jugak untuk ditelan apatah lagi ana ini sebenarnya dihadapi oleh pergaulan yang memang "hebat dan dasyat" nih...