Selasa, 23 Februari 2010

SESUNGGUHNYA

Assalamualaikum!


Di sini penulis ingin memohon maaf kepada pembaca blog ini kerana penulisan dalam blog ini kurang ilmiah. Hal ini disebabkan penulis bukan pelajar jurusan pengajian Islam yang mendalami ilmu agama. Jadi, penulis tidak berani untuk mengulas isu-isu berkenaan ad-Din kecuali hal tersebut telah penulis pelajari. Namun, sekarang, penulis sedang menuntut ilmu agama walaupun pembelajarannya bukan dalam kelas kuliah yang berhawa dingin, bukan jua di waktu kuliah tetapi penulis hanya mencuri waktu pada waktu-waktu malam sahaja untuk mendengar ceramah-ceramah berkenaan ad-Din di surau kolej kediaman. insyaAllah,

Di sini apa yang penulis ingin tekankan ialah walaupun kita sebagai mahasiswa bulan aliran pengajian Islam kita mempunyai tanggungjawab yang sama dengan mereka yang aliranya pengajian Islam kerana satu titik persamaan. Dan titik persamaan tersebut ialah kerana kita umat Islam.


1 ulasan:

  1. Salam,
    Aiwah.. Setuju sangat.
    Kenapa ramai yang membeza2kan tanggungjawab belajar ilmu agama hanya kerana mereka bukan aliran agama?
    Walhal Ilmu agama itu wajib bagi seluruh umat Islam.
    Tolibul Ilmi faridatul ala kulli muslimin wa muslimah.

    BalasPadam

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari