Selasa, 31 Mei 2011

ibu abah..24 tahun bersama...

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-24 untuk ibu dan abah. Abah dan ibu telah menemui jodoh pada 30 Mei 1987. Ketika itu ibu berumur 21 tahun dan memegang title mahasiswi tahun 1 di USM (mengambil jurusan pendidikan kimia dan minornya matematik). Manakala abah berumur 24 tahun dan sudah bekerja. Hehe…kahwin muda!

Dan sehingga sekarang, abah dan ibu dikurniakan 7 anak-anak yang comel-comel.hehe...alhamdulillah.

Izzati a.k.a kakak (21 tahun)
Izzat a.k.a abang ( 20 tahun)
Izzul a.k.a Cik (17 tahun)
Izzuddin a.k.a Din (13 tahun)
Izzrusyaidi a.k.a Di (11 tahun)
Irsyad ( 8 tahun)
Izzah a.k.a Ijah (4 tahun)

Kakak doakan semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke syurga…amin!



naungan kasih tempat kita semua berkumpul...

Sabtu, 28 Mei 2011

Anak-anak permata hati ayah bonda

Assalamualaikum

Salam ukhuwwah fillah


Pada kali ini, hati saya tergerak untuk menulis bingkisan yang berkisar anak-anak bagi persediaan mereka yang mahu memulakan hidup berumah tangga. Bercakap mengenai perkahwinan, semuanya menjadi galak. Yang matanya terlelap, menjadi luas; yang bermurung menjadi ceria. Ini semua penangan perkataan ‘perkahwinan’


Namun, perkahwinan bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang payah. Untuk berkahwin itu mudah. Namun, untuk melayari bahtera itu agak sukar andai tidak diamati dengan baik. Sukar bukan beerti ternoktah pada aspek material sahaja . bahkan aspek pembangunan spiritual itu kalau tidak diperhalusi baik-baik dengan iman maka bahtera yang gah juga akan tersadai.



Baiklah, sekarang saya fokuskan kepada persediaan spiritual dan anak-anak.



Wahai bakal raja sehari,


Sebentar lagi, setelah kalian mendirikan mahligai cinta, tentulah di sana juga akan lahirnya zuriat cinta kalian. Dan sekarang adalah masanya untuk kalian memikirkan bagaimana kalian ingin mencorakkan anak-anak kalian. Kerana kehidupan anak-anak, kalian lah pencoraknya. apakah kalian ingin mereka menyebut nama kalian terlebih dahulu daripada menyebut nama Allah?


Selain itu, kalian perlu menjadi seseorang yang memiliki kesabaran yang tinggi. Untuk berhadapan dengan seorang kanak-kanak., Kalian memerlukan tingkat kesabaran yang tinggi. Ini disebabkan, kanak-kanak tidak mengetahui apakah ibu bapanya sedang berhadapan masalah. Mereka tidak tahu apa itu makna salah dan betul. Yang hanya mereka tahu adalah bersuka ria. Dan ini sememangnya fitrah kanak-kanak.



insyaAllah akan bersambung kalau ada masa …


-Akhirnya naluri seorang ibu terlakar jua(hehe)

(mission- nak amik anak angkat..tapi x thu bile)

Rabu, 18 Mei 2011

awak cikgu? baca erk...

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim…


Firstly, nak ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu/ ustaz/ustazah/sir/madam/teacher…thanks to all…

Masa kecil-kecil dulu, cita-cita nak jadi cikgu. Memang pun, biasanya kalau Tanya budak perempuan yang umurnya darjah satu tentang cita-cita , pasti mereka akan mengangkat tangan sambil mengatakan :
Cikgu, saya nak jadi cikgu..macam cikgu

Termasuk juga saya. memang dulu nak jadi cikgu cz tengok ibu jadi cikgu cam best jer..tapi, bila dah besar dan dewasa , cita-cita itu semakin menipis.. its normal lah tu..

Tetapi, semasa saya jadi student, sy memang perhatikan tingkah2 cikgu2 kat sekolah dan konklusinya adalah :
ADA CIKGU NAK JADI CIKGU SEMATA
ADA CIKGU MEMANG LAYAK BERGELAR MUROBBI

Bisalah , manusia tak perfect kan. Tapi tugas cikgu mulia. Bukan sahaja mengajar tetapi cikgu juga merupakan seorang murobbi. Murobbi, yang menyemai nilai-nilai agama terhadap anak didiknya..sanggup mengorbankan waktu demi anak bangsa.

Namun, nowadays… entahlah…

Jadi, para guru, sematkan dalam dada bahawa kalian adalah pendidik anak bangsa. Jika cikgu kencing berdiri..maybe masa hadapan anak murid kencing berbasikal no more kencing berlari!

Harapan sy pada cikgu2 dan bakal cikgu:

Didiklah anak bangsa(students) tanpa memilih bulu. Tak semestinya, murid yang kalian sayang adalah murid yang baik. Mungkin mulutnya manis berbicara dengan guru2 mereka.
KALAU SAYA JADI CIKGU:

- sy akan menyebut nama anak2 murid saya dan sy akan tick setelah nama mereka sy sebut dlm kelas. Why? Sebabnya, sy mahu pastikan semua nama students sy disebut dan tidak ada yg terkecuali. Sy mahu students sy di hargai walaupun ada di antara mereka pendiam.

Selain itu, time pekse, sy nak jadi cikgu paling garang…kalau ada student yang nak meniru atau sudah meniru, sy nak amik kertas peksenya dan tulis koyak kat depan student yang meniru tu… sy takkan tidur masa jaga pekse…hehe..sebabnya, nak tgk taktik budk2 meniru, then rampas kertas pekse mereka..best! puas hati..sorry to say cz masa sy jadi students , ramai gak cikgu2 buat tak tahu je masa exam..so, budak2 leh sling meniru..and, sy pernah mengadu kat cikgu yang kawan sy meniru depan mata sy, and tak da investigation atau action pun dr cikgu tersebut..

Maybe yang terakhir, masa proses P&P , sy nak students sy enjoy..so, ubah pendekatan mengajar ..sy rasa masa jadi student kat university dan sekolah berbeza sgt. Kat U, sgt santai dan enjoy..pernah sy dan ahli group wat persembahan untuk subjek Arabic for law…cam budak2..kami pernah berlakon and siap pakai bunga2 yang kami wat ngan manila card lagi sebagai costume ..hehe. best, lebih best lagi siap movie maker lagi… and, sy rasa …cikgu2 boleh apply cara mereka belajar di U tu kat sekolah masing2..barulah happening..

Setakat itu sahaja …Kalau Saya Jadi Cikgu…


Terima kasih untukmu ibu abah, para guru dan para pensyarah juga terima kasih pada kawan-kawan yang sudi membantu saya dalam pelajaran mahupun membina sahsiah peribadi yang baik…

saya anak murid selamanya………

(tulisan rojak)

Ahad, 8 Mei 2011

Hanya sebuah perkongsian sebagai pelajar undang-undang

Assalamualaikum


Setelah 3 tahun lamanya berhempas pulas dengan buku-buku law juga menghafal kes-kes law , akhirnya membawa kepada titik akhirnya. Belajar undang-undang sangat interesting and challenging. Bukan hanya setakat menghafal kes-kes tetapi juga memerlukan skil untuk mengimplementasikan undang-undang kepada situasi yang diberikan.


Dalam jangka waktu 3 tahun tersebut, ada sahaja yang akan bertanya kepada saya adakah saya berminat dengan law. Ya, sudah tentu saya berminat! Sangka mereka di awal pertemuan , jurusan dakwah, syariah atau usuluddin adalah jurusan pengajian saya. tetapi, apabila saya mengatakan saya mengambil law course, riak-riak wajah mereka seakan berubah terkejut. It’s ok, sememangnya wajah saya ni macam innocent je kan? tak pantas ambil jurusan law!Hehe.



Kenapa minat law? Law is one of my passions in life. Actually, saya sukakan peraturan. Dalam hidup saya dan setiap perkara akan ada law tersendiri termasuk law of love. Besides that, saya sukakan fakta dan akan berhujah bila situasi yang memaksa saya.


Btw, mengambil law sebagai pengajian khusus di universiti banyak ranjau dan cabarannya.



Pertamanya, iktikad kena betul. Jika, seseorang mengatakan criminal law in Malaysia is the best law so habislah! Habislah iktikad sebagai muslim. So, kena tanamkan pada diri bahawa hudud adalah the best law and not common law or etc. walau belajar sedalam manapun tentang common law, niat yang perlu disematkan adalah:
Aku belajar law sivil bukan untuk diimplementasikan di Malaysia but aku hanya belajar untuk membuat perbandingan law sivil and Islamic law. Titik!




Banyak contohnya yang saya pelajari bahawa common law bertentangan dengan prinsip islam. Contohnya, dalam Islam, untuk mendapatkan sebarang bukti harus secara legal tetapi prinsip di dalam common law pula adalah the evidence is acceptable if it is relevant under evidence law but the court will not concern how it is obtained. Nah! Itu baru satu contoh…



Kedua, belajar law, kebanyakannya berteraskan common law. Tapi, Alhamdulillah ada juga saya belajar tentang undang-undang Islam. Contohnya, Islamic legal law, Islamic family law, evidence and procedure of shariah court.
Selain itu, saya bersyukur apabila faculty law mewajibkan studentnya mengambil subjek tajiwd, ayat ahkam, ulum hadith, ulum quran. Dan semua subjek ini kami belajar in Arabic.



Ketiga, penganjuran aktiviti oleh persatuan fakulti (saya hanya bercakap hanya pengalaman di university saya sahaja) kadang-kadang tidak menepati syarak. Bergaul bebas antara dua gender yang berlainan. Berpakaian seperti artis di Annual Dinner. Ini sangat mendukacitakan!


Kadang-kadang saya jadi dilemma samaada ingin mengikuti atau tidak aktiviti-aktiviti yang dianjuran oleh mereka. Menangis itu sudah pasti! Pernah saya menangis kerana tidak mahu ke Annual Dinner ketika saya berada di tahun1. Kalau saya tak pergi pasti diherdik oleh -----.


Pernah juga saya membangkang apabila ada nyanyian ketika malam AGM. Sudahlah malam Jumaat; malam yang penuh barakah.saya keluar dewan dan manangis… Menyanyi + gitar! Bayangkan saya sepatutnya solat Isya’ terlebih dahulu tetapi saya tetap ke sana kerana berasakan saya harus menepati waktu majlis berlangsung. Namun, majlis itu sudah dicemari dengan nyayian. Ah, lantas saya ambil mikrofon terus nyatakan bantahan! Memang saya tak patut buat macam tu cz tak proper. Tetapi, it’s late. Maybe ada hikmah disebaliknya. Mungkin saya kena berhikmah! Namun, saya sudah awal-awal mintak maaf andai x proper cara saya bagi bantahan.



Dan kerana tidak berhimahnya saya, pada malam itu juga saya kena sound oleh president dan vice president. Dalam hati saya terdetik apakah saya bersalah hundred percent? Atau cara sahaja salah? Kan tadi saya sudah minta maaf. Antara kata-kata salah seorang daripada mereka berdua :

Izzati, budak pengajian Islam tu hanya pandai tahu cari salah kita jer…


Dalam hati saya: jangan nangis, izzati! Biarlah tak da orang sokong pun…it’s ok! Allah kan ada.
Dan Alhamdulillah, saya x nangis kat situ dan juga saya tidak keluar dewan! Dan thanks to Allah as saya dapat merasakan Allah ada bersama saya ketika itu.

Itu baru satu…

Keempat, teman-teman sekuliah kadang-kadang bukan sefikrah. Itu adalah hakikatnya. Untuk mencari permata dalam timbunan pepasir sangat sukar. Jadi, sesiapa sahaja perlu kuat semangat dengan prinsip. Tidak boleh jadi seperti lalang! Pernah saya bertemu dengan seseorang yang dulunya berjilbab dan sekarang berpakaian ketat. Na’uzubillah…



Dan penutupnya, persediaan mental dan rohani begitu penting apabila seseorang sudah memilih jurusan bukan pengajian Islam sebagai bidangnya. Begitu banyak ujian dan ranjaunya. Jadi, berdoalah kepada Allah akan menetapkan hati kita dengan Islam selamanya…

Semoga apa yang saya kongsikan ini diambil pengajarannya dan sempadan…

*penulisan bertulisan rojak…harap maklum.
dan paling best masa buat praktikal di mahkamah dan di jabatan bantuan guaman...

Jumaat, 6 Mei 2011

Din, Chayoik! Rabbi yassir wala tu'assir ya Kariim

Bismillahirrahmanrrahim

Rabbi yassir wala tu’assir yaa Kariim


Matanya kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu. Wajahnya seperti ada riak-riak sedih dan kata-katanya tidak sepetah dulu. Dan dia adalah adik saya , izzudduin a.k.a Din.


din dan izzah


Pada petang tadi, saya dan seisi keluarga pergi menjenguknya yang kini bersekolah di Mahhad Thfiz Sains di Kok Lanas. Dan semestinya setiap hari jumaat adalah rutin keluarga akan menjenguknya di sana.


Tadi, Din tidak seperti kebiasaan. Tidak galak untuk bercerita(walaupun dia sebenarnya seorang yang pendiam). Namun, hari ini, dia tak banyak cakap. Lalu, saya mengasak soalan demi soalan , takut-takut dia ada masalah di sekolahnya.


Oh, rupa-rupanya dia sedikit stress. Ya, stress kerana hafalannya tidak cukup target untuk beberapa helaian muka surat al-Quran yang perlu dihafalnya. Oh, adikku kini sudah mula stress!


Ya, saya tahu bagaimana stressnya seseorang yang menghafal al-Quran kerana bukan mudah untuk menghafalnya. Peristiwa sewaktu saya menuntut di tingkatan satu dan dua di Kostaq ak.a sekolah menengah agama Imtiaz masih saya simpan dalam ingatan apabila saya pernah dirotan dan berdiri di luar kelas kerana tidak ingat hafalan untuk ditasmi’. itulah ranjaunya tetapi akhirnya kemanisan dapat dikecapi walaupun hanya sempat beberapa juzu'. Ya, sewaktu itu, memang saya stress tambahan lagi berada jauh dengan ibu dan abah. Keluaga di Kelantan dan saya di Terengganu!
Dan daripada pengamatan saya,sebenarnya mereka yang tidak ingat untuk hafalan mereka bukannya kerana mereka malas untuk menghafaz. Cuma ingatan yang dikurnia itu berbeza. Ada sahabat saya akan ingat semuka penuh dalam beberapa jam sahaja. Dan ada juga sahabat saya yang memeng rajin menghafal tetapi tidak mudah mengingat. Namun, apapun, kesungguhan itu penting.

Berbalik pada cerita Din, saya hanya sempat memberikan kata-kata semangat padanya. Juga berpesan agar solat hajat every day. Jangan tinggal! Hanya itu sahaja yang dapat saya bantu selain berdoa kepada Allah agar Din dimudahkan untuk menghafal kalam-Nya. Kesungguhan itu pasti membuahkan berjuta pahala. Itu yang pasti!


Teringat pula, bila Din pernah bercerita ( 3 bulan yang lepas kut), ada kawannya menangis dalam toilet kerana tak ingat hafalan. Ya Allah, sampai begitu sekali ! saya tanya Din:Din pula camne? Dia hanya menjawab: tak nangis lagi…


Ya Allah Engkau berikanlah ingatan yang kuat kepada adikku , Din dan mereka yang sedang menghafaz kala-kalamMu. Permudahkanlah , ya Allah… permudahkanlah…

Rabbi yassir wala tu'assir ya Kariim



Jangan putus asa yer dik!

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari