Ahad, 8 Mei 2011

Hanya sebuah perkongsian sebagai pelajar undang-undang

Assalamualaikum


Setelah 3 tahun lamanya berhempas pulas dengan buku-buku law juga menghafal kes-kes law , akhirnya membawa kepada titik akhirnya. Belajar undang-undang sangat interesting and challenging. Bukan hanya setakat menghafal kes-kes tetapi juga memerlukan skil untuk mengimplementasikan undang-undang kepada situasi yang diberikan.


Dalam jangka waktu 3 tahun tersebut, ada sahaja yang akan bertanya kepada saya adakah saya berminat dengan law. Ya, sudah tentu saya berminat! Sangka mereka di awal pertemuan , jurusan dakwah, syariah atau usuluddin adalah jurusan pengajian saya. tetapi, apabila saya mengatakan saya mengambil law course, riak-riak wajah mereka seakan berubah terkejut. It’s ok, sememangnya wajah saya ni macam innocent je kan? tak pantas ambil jurusan law!Hehe.



Kenapa minat law? Law is one of my passions in life. Actually, saya sukakan peraturan. Dalam hidup saya dan setiap perkara akan ada law tersendiri termasuk law of love. Besides that, saya sukakan fakta dan akan berhujah bila situasi yang memaksa saya.


Btw, mengambil law sebagai pengajian khusus di universiti banyak ranjau dan cabarannya.



Pertamanya, iktikad kena betul. Jika, seseorang mengatakan criminal law in Malaysia is the best law so habislah! Habislah iktikad sebagai muslim. So, kena tanamkan pada diri bahawa hudud adalah the best law and not common law or etc. walau belajar sedalam manapun tentang common law, niat yang perlu disematkan adalah:
Aku belajar law sivil bukan untuk diimplementasikan di Malaysia but aku hanya belajar untuk membuat perbandingan law sivil and Islamic law. Titik!




Banyak contohnya yang saya pelajari bahawa common law bertentangan dengan prinsip islam. Contohnya, dalam Islam, untuk mendapatkan sebarang bukti harus secara legal tetapi prinsip di dalam common law pula adalah the evidence is acceptable if it is relevant under evidence law but the court will not concern how it is obtained. Nah! Itu baru satu contoh…



Kedua, belajar law, kebanyakannya berteraskan common law. Tapi, Alhamdulillah ada juga saya belajar tentang undang-undang Islam. Contohnya, Islamic legal law, Islamic family law, evidence and procedure of shariah court.
Selain itu, saya bersyukur apabila faculty law mewajibkan studentnya mengambil subjek tajiwd, ayat ahkam, ulum hadith, ulum quran. Dan semua subjek ini kami belajar in Arabic.



Ketiga, penganjuran aktiviti oleh persatuan fakulti (saya hanya bercakap hanya pengalaman di university saya sahaja) kadang-kadang tidak menepati syarak. Bergaul bebas antara dua gender yang berlainan. Berpakaian seperti artis di Annual Dinner. Ini sangat mendukacitakan!


Kadang-kadang saya jadi dilemma samaada ingin mengikuti atau tidak aktiviti-aktiviti yang dianjuran oleh mereka. Menangis itu sudah pasti! Pernah saya menangis kerana tidak mahu ke Annual Dinner ketika saya berada di tahun1. Kalau saya tak pergi pasti diherdik oleh -----.


Pernah juga saya membangkang apabila ada nyanyian ketika malam AGM. Sudahlah malam Jumaat; malam yang penuh barakah.saya keluar dewan dan manangis… Menyanyi + gitar! Bayangkan saya sepatutnya solat Isya’ terlebih dahulu tetapi saya tetap ke sana kerana berasakan saya harus menepati waktu majlis berlangsung. Namun, majlis itu sudah dicemari dengan nyayian. Ah, lantas saya ambil mikrofon terus nyatakan bantahan! Memang saya tak patut buat macam tu cz tak proper. Tetapi, it’s late. Maybe ada hikmah disebaliknya. Mungkin saya kena berhikmah! Namun, saya sudah awal-awal mintak maaf andai x proper cara saya bagi bantahan.



Dan kerana tidak berhimahnya saya, pada malam itu juga saya kena sound oleh president dan vice president. Dalam hati saya terdetik apakah saya bersalah hundred percent? Atau cara sahaja salah? Kan tadi saya sudah minta maaf. Antara kata-kata salah seorang daripada mereka berdua :

Izzati, budak pengajian Islam tu hanya pandai tahu cari salah kita jer…


Dalam hati saya: jangan nangis, izzati! Biarlah tak da orang sokong pun…it’s ok! Allah kan ada.
Dan Alhamdulillah, saya x nangis kat situ dan juga saya tidak keluar dewan! Dan thanks to Allah as saya dapat merasakan Allah ada bersama saya ketika itu.

Itu baru satu…

Keempat, teman-teman sekuliah kadang-kadang bukan sefikrah. Itu adalah hakikatnya. Untuk mencari permata dalam timbunan pepasir sangat sukar. Jadi, sesiapa sahaja perlu kuat semangat dengan prinsip. Tidak boleh jadi seperti lalang! Pernah saya bertemu dengan seseorang yang dulunya berjilbab dan sekarang berpakaian ketat. Na’uzubillah…



Dan penutupnya, persediaan mental dan rohani begitu penting apabila seseorang sudah memilih jurusan bukan pengajian Islam sebagai bidangnya. Begitu banyak ujian dan ranjaunya. Jadi, berdoalah kepada Allah akan menetapkan hati kita dengan Islam selamanya…

Semoga apa yang saya kongsikan ini diambil pengajarannya dan sempadan…

*penulisan bertulisan rojak…harap maklum.
dan paling best masa buat praktikal di mahkamah dan di jabatan bantuan guaman...

3 ulasan:

  1. wow! satu experience yang sya rse nk clap mmy hand for you. gudluck friend. =)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ...

    saya kagum dengan segala ulasan saudari, ntah sampai page ke berapa saya asyik membaca ... alhamdulillah, membuatkan diri saya rasa agak kerdil di bumi Allah ini .. terima kasih kerna berkongsi segala pengalaman ..

    cuma saya ingin berkongsi sesuatu kepada saudari...yang saya lihat mmg agak berleluasa ketika ini ..

    mungkin pengalaman2 saudari lebih terjurus kepada pengalaman di university, belum menempuh alam pekerjaan .. yang mana mmg lebih banyak dugaannya .. masyaAllah, susah sekali ...

    apa tindakan saudari sekiranya majikan kita jelas dan nyata banyak menggunakan helah untuk
    mendapatkan keutungan dalam syarikatnya .. bukan setakat helah tapi sanggup memutuskan silaturahim sesama saudara .. kkdang terfikir wujud lagikah pepatah ini 'air dicincang tidak akan putus' ... adakah kita tidak boleh memaafkan sekiranya berlaku persilihan faham...mengapa mengambil langkah untuk bermasam muka, dan bukankah ia termasuk dalam dosa2 besar , sdangkan dgn jiran lagi kita kena anggap seolah2 sebagai saudara..dan yg paling perit lagi, mengumpat .. walaupn kita ingin menyatakan kpd insan yg kita rapat, ttg apa yg berlaku..tp semua itu termasuk dlm umpatan... nauzubillahminzalik..

    diri ini menjadi tertekan segala politik berlaku di dlm syarikat .. utk menjadi seperti saudari, masih tidak mampu ..kagum dgn keberanian saudari merampas pembesar suara ketika acara sdang berlangsung..dan saya tiada kekuatan utk bercakap ketika meeting sdang berlangsung..utk mengatakan kepada majikan, walaupon sekadar "cukuplah" ..

    adalah berbaloi utk kita berhenti, sedangkan desakan hidup yg makin ketara ketika ini ... untuk menegur dan menasihati adalah amat susah
    sekali...jika diri saudari berada di tmpat saya apa yg saudari lakukan ..

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam...

    terima kasih kerana sudi membaca blog yg x seberapa ini...

    Insan,

    Sebenarnya, sy bukanlah seseorang yg layak untuk menjawab persoalan ini..lebih2 lagi sy hanyalah insan yang kurang pengalaman; masih kecil dugaannya...berbanding Insan. Dan sememangnya, saya kagum dengan Insan kerana dugaan Insan jauh lebih besar dari sy...namun, saya yakin Allah memberi dugaan kepada hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya. Mungkin, ujian berbentuk sebegini x datang lagi kepada sy... insyaAllah, saya akan bagi pandangan walaupun pandangan sy x lah seberapa

    Insan mengenai permasalahan Insan, bagi pendapat saya... Insan bekerja dulu di syarikat itu sambil mencari pekerjaan yang lain. Namun, dalam pada masa yang sama, Insan harus mengelak daripada melakukan apa2 arahan majikan yang tidak kena pada syarak...jauhi syubhah...dan saya yakin, Insan seorang yang kuat prinsip.


    erm..berkaitan dengan majikan Insan yang memutuskan silaturrahim atau sebagainya...itu sememangnya salah..dan sebagai pekerja Insan atau( saya sendiri jika berada di tempat Insan) x da kekuatan untuk mencegah dengan kuasa atau lisan..so, kita hanya dpt benci melalui hati..itu sudah mencukupi..


    Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
    “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”


    Insan, sy tahu masalah ini memang membuatkan Insan tertekan...namun, yakinlah bahawa Allah maha Mendengar dan Maha Penyayang...ada ganjaran pahala di sisi Insan..bersabarlah saudara seagamaku..bersabarlah....


    Memang, menyuruh seseorang itu agar sabar memang mudah diungkapkan.namun, hanya itu lah yang mampu sy ungkapkan....walauapapun,, saya percaya Insan sememangnya sudah bersabar selama ini.


    Saya berharap, Insan akan berjaya melewati dugaan ini dengan penuh sabar...kerana diakhirnya, Insan akan dapat merasai kemanisannya.. Inilah jihad ..inilah dugaan yang membawa Insan kepada cinta Illahi...


    Dan satu lagi...insyaAllah, Allah akan berikan pekerjaan yang baik dan majikan yang baik kepada Insan. Solatlah sunat dhuha...kerana dengan solat sunat Dhuha, rezeki akan melimpah , InsyaAllah..

    terakhir, semoga Insan terus tabah mengharungi segala dugaan...dan saya berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan Insan.


    maaf, hanya pandangan yang sebegitu kerdil shj yang dpt sy bagi...hanya Allah, yang bisa membantu Insan..berdoalah kepadanya nescaya dia mendengar..

    Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku,maka katakanlah aku dekat, Aku akan mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila memohon kepadaKu"(al-Baqarah:186)

    BalasPadam

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari