Khamis, 11 Ogos 2011

kalau cinta mesti sensitif...!

Assalamualaikum…

Sensitifkah kita…?

Kisah satu:

Seorang pelajar tingkatan 4 ada bertanyakan kepada ustazahnya yang sedang mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran ketika itu adalah subjek Tarikh Islam yang sememangnya antara subjek penting dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama yang sememangnya wajib diduki oleh setiap pelajar sekolah agama di Kelantan.
Tanya pelajar tersebut:

Ustazah, saya tak faham macamana Muawiyah tu dikatakan jahat tetapi seperti yang kita tahu Muawiyah tu antara penulis wahyu. Macamana ye?

Ustazah tersebut terpinga-pinga. Soalan itu ditinggalkan tidak berjawab sama sekali.

Kisah dua:

ketika berjalan-jalan bersama seorang kakak senior . tentunya banyak hal dibicarakan. Dan satu isu pula ditimbulkannya.

“izzati, lecturer akak ada cakap yang beliau tak berapa suka cara Maulana Asri tu yang menyebabkan orang awam jadi …

Saya sangat terkejut dengan ucapan senior saya itu. Lecturer senior saya itu seakan-akan tidak suka Maulana Asri yang mempertahankan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Katanya, boleh menyebabkan orang awam menjadi ‘kelam kabut’(pening). Saya beristighfar dalam hati.


Walaupun, saya bukanlah selalu menghadiri kuliah Maulana Asri. Dan kalau mendengar kuliah Maulana pun boleh dikira dengan jari maklumlah saya hanya akan pergi ke sana bertemankan adik saya. Setelah adik saya menyambung pelajarannya ke Jordan manakala sahabat karib saya pula menyambung pelajarannya ke Mesir , saya sudah tidak pergi ke sana.

Begitukah gaya seorang pensyarah yang sememangnya mendalami agama mencemuh usaha yang dilakukan oleh Maulana Asri untuk mengembalikan maruah kepada para sahabat Rasulullah yang diputarbelit oleh penulis sejarah Islam yang banyak menipu? Seperti sahabat Rasulullah SAW yang bernama tha’labah?


Kalau mengikut akal logik pun, kalau seseorang mencintai sahabatnya, mana mungkin dia berdiam diri jika orang-orang membuat cerita yang tak betul tentang orang yang dicintainya. Apalagi sahabat –sahabat Rasulullah itu sememangnya wajib dicintai. Di manakah kesensitiviti dalam mencintai sahabat Rasulullah?



Cerita tiga:

Semasa berada dalam tingkatan 6 (sekejap sahaja), ada subjek Mutolaah. Dalam buku teks tersebut banyak mengisarkan tentang sejarah Islam. Namun, dukacita kerana dalam buku teks tersebut banyak yang salah fakta. Ya, salah fakta! Antaranya,tentang peristiwa Isra’ Rasulullah..? dan ustaz yang mengajar subjek tersebut langsung tidak menyentuh kesalahan-kesalahan fakta dalam buku teks tersebut. Di manakah kesensitiviti letaknya?



Kesimpulan:


Banyak sejarah Islam yang ditulis salah dan mungkin ditulis salah secara sengaja kerana ada ‘udang di sebalik batu’. Persoalannya,sampai bila kita-kita ini harus berdiam diri apabila sebilangan sahabat Rasulullah yang dikatakan yang tidak enak didengar serta mencemarkan martabat mereka sebagai sahabat Baginda serta sejarah Islam?


• Pelajar dalam cerita satu dan cerita tiga tersebut adalah saya…

4 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum wrth wbth,

    Kisah 2: Most dari kita mencemuh orang lain dengan hanya mendenagr kata-kata orang tanpa mnyelidiki dan mengkaji, bahaya jika berilmu namun mudah merendahkan dan menyalahkan sesama. Ramai yg bersifat sebegini zaman ini. Minta dijauhkan!

    :) Nice blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. wassalamualaikum..

    terima kasih atas ulasan and nasihat;)

    bukan mencemuh kak (cz sy sndiri x thu siapa lecturer tu cz senior yang bgthu sy itu tidak menyebut 'nama lecturer' and sy pun x bertanaya siapa gerangan lecturer tersebut),lagipun senior yg bagithu sy tu boleh dipercayai ketsiqahannya...erm, hanya menulis di sini untuk memberi pengajaran kepada pembaca dan juga saya sendiri..;) tqvm 4 ziarah...

    BalasPadam

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari