Rabu, 26 Ogos 2009

SMS CINTA

Assalamualaikum dan salam kasih sayang saya ucapkan kepada pembaca sekalian.

Semalam , seorang kawan saya telah menghantar beberapa short messages service kepada saya. Beliau bertanyakan mengenai cinta! Sememangnya muda mudi sekarang berminat mengenai cinta. Di sini, saya akan tuliskan antara soalan – soalannya kepada saya. walaupun begitu, saya hanya menjawab soalan – soalan tersebut semampu mungkin kerana yang lebih arif mengenai cinta adalah ustaz ataupun ustazah. Namun, kita hendaklah memilih ustaz atau ustazah yang betul – betul alim dalam perkara ini. mengapa? Kerana ada diantara ustaz atau ustazah yang mengambil sambil lewa mengenai pergaulan berlawan jenis( bukan semua kerana ustaz dan ustazah bukannya maksum). Antara soalan beliau antaranya :

* Seorang lelaki mencintai kekasihnya kerana Allah, boleh terangkan sedikit?

* Kalau kita minat kepada seseorang, adakah lebih baik kahwin keranan mampu, jadi couple memang tidak boleh kan?

* Andaikata dua orang bercinta walau masih belajar dan belumberkahwih tetapi hubungan mereka direstui keluarga, apakah hubungan mereka sah di sisi agama?

Bagaimana pembaca sekalian untuk menjawabnya? Soalan tersebut boleh dijawab tetapi kita perlu mengkaji terlebih dahulu mengenai cinta. Kita tidak boleh menjawab soalan tersebut secara lewa tanpa menggunakan dalil dalil yang terdapat pada Al-Quran dan hadis.

Pembaca yang budiman sekalian,

insyaAllah , dalam tulisan lain saya akan bincangkan mengenai cinta dan menjawab kepada soalan – soalan yang telah ditanya oleh kawan saya. sampai di sini sahaja tulisan pada kali ini.

salam cinta daripada saya…buat kalian.

1 ulasan:

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari